Aku buka peti ais, kosong. Macam mana aku boleh tak perasan dalam peti tiada apa-apa. "nak hidang apa ni?" aku tengok kabinet. Lama aku termenung. "takpayah buat apa-apa, kitaorang dah makan tadi." terkejut aku bila dengar suara Mingyu. Aku kalih, tengok dia. Elok dia sandarkan badan ditepi dinding dapur. Mati kutu aku. Aku larikan pandangan. Rasa berdebar pulak.
"Ibu.." fuh. Aku lepas nafas lega. "ya sayang?" aku tengok dia. "hari ahad ni, kita pergi taman dengan Papa dengan Aunty , boyeh?" Wana bercakap dengan mata yang sengaja dikelipkan berkali-kali. "um..." Minseo berlari laju. Terkejut aku. "aku dah beli tiket!" dia tunjuk phone kearah aku. Mingyu dengan laju capai phone milik Minseo. Aku belum bagi jawapan tapi Wana dah terlompat-lompat seronok.
Berkedip-kedip mata aku tengok roller coaster yang laju tu. Cepat je aku menggeleng. "aku nak baliklahh." takut aku, tengok pun dah seriau ni apatah lagi suruh aku naik memang tak la. Lengan aku Minseo tahan. Dia senyum nakal. "aku beli tiket mahal tau, suka-suka kau je nak balik." aku menggeleng. "banyak lagi game boleh main!" tangan aku ditarik mendekatinya, dan digenggam kemas.
Aku mengikuti setiap langkahnya. Mata aku melihat kiri kanan, mencari jugak kelibat si Mingyu dan Wana yang dari tadi tak muncul-muncul. Minseo membebel sendiri. Selamba je berhenti di kedai mainan ditepi. Mujurlah tak ada orang. "nah!" dia hulurkan dart kepada aku, aku tengok berulang kali. "baling dekat balon tu, kalau pecah dapat present..." excited bukan main dia explain.
Aku tengok dia main dulu. Dalam 4 dart yang dia baling tu semua terjatuh. Aku ketawa. "sini!" satu tangan itu laju merampas dart dari tangan aku, elok pulak landing di balon yang betul-betul ditengah. Tongue click berbunyi. Aku kalih. "yeyy, Papa good!" Wana yang berada didukungan itu tepuk tangan kuat. "eleh.." Minseo dan kata-kata mutiaranya.
"comelnya macam happy family dah.." aku intai suara itu dibalik belakang Mingyu. Terang mata aku.
Mingyu pusing badannya kearah Eve, yang elok memegang erat tangan Ryan. Anak lelaki dia. "Wonwoo?" Mingyu menyapa Wonwoo, mereka memilih untuk berdamai. Aku larikan pandangan. "aduh... macam mana mak lampir ni boleh ada dekat sini?" Minseo berbisik. Aku tepuk lengannya. "korang datang main game jugak ke?" Eve bersuara. Mingyu mengganguk. Aku diam tak berkutik, sibuk tengok Wana yang melepek di bahu Mingyu.
"alang-alang dah jumpa macam ni, apa kata kalau korang join kitaorang sekali?" damn. Terkejut aku dengar statement Mingyu. "Abang aku ni gila gamaknya." laju Minseo buka langkah dan memukul lengan Mingyu. Dia tayang gigi penuhnya. "kita orang sebenarnya.."
Belum sempat habis bicara Minseo. "boleh! Kitaorang okay je kalau nak join korang." lancar suara Wonwoo memotong kata Minseo. Aku hela nafas. Dia ni memang ada dekat mana-mana je ke? Esok aku kena hadap muka dia lagi waktu lunch. "Wana jom dengan Ibu.." aku pegang lengan Wana. "takpa dengan aku je.." Mingyu membantah. Haih. Niat nak mengelak tapi tak jadi.
Aku tengok Minseo, "sorry." aku menggeleng. Minseo capai tangan aku. "Adriana" aku toleh kebelakang. Eve. "I nak cakap dengan you sekejap bole-"
"tak boleh! Jangan kacau waktu orang nak berseronok boleh tak?" terkejut aku bila Minseo mencantas. "I tak cakap dengan you.." Mingyu dengan Wonwoo dah jauh kedepan. "aku pun taknaklah cakap dengan kau--" mulut Minseo aku tekup. Sebelum dia mencarut lebih baik aku bertindak. "aku bukan tak nak bercakap dengan kau, tapi waktu tak sesuai." sopan aku membalas.
Rasanya tengah seronok macam ni tak perlu kot untuk bersembang hal peribadi. Itu apa yang aku rasa. "Ibu?" Wana memanggil. Aku kalih. "cepatlah..." dia merengek kecil. "kejap!" perlahan nada suara aku. "aku pergi dulu.." sempat aku senyum segaris sebelum beredar.
Aku teman Wana main dalam taman, renyah ketawanya. Main kejar-kejar dengan Mingyu. Seronok aku tengok Wana begitu. Ryan pun main juga ditempat yang sama, tapi kenapa tampak sendu? Wonwoo memang tak pandai main dengan budak-budak atau macam mana? Tiba-tiba aku nampak Wana hulurkan tangan kearah Ryan. Persis aku peramah tak tentu pasal.
"jom la main sama-sama." kuat suara Wana. Aku tahan ketawa. Wonwoo senyum segaris selepas menatap aku buatkan senyuman aku pudar drastik. Aku kalih kearah Eve yang dari tadi menghadap phone. Diorang ada masalah ke? Aku menggeleng cuba tak masuk campur. "Adriana, aku pergi toilet jap." Mingyu bercakap. Aku mengganguk.
Aku bangun mendekati Wana. Tak boleh tinggal, nanti ada je dramanya. "Ibu!" dia menjerit kuat, saking seronoknya. Terkebelakang aku bila kaki aku dipeluk kuat, takut gamaknya kena kejar dengan Wonwoo. Baru aku nampak dia selesa. Ryan turut mengikut. Terkejut aku. Aku usap kepala Ryan.
"hey Daddy dekat sinilah" Wonwoo memanggil Ryan. Aku kaku. Erat pelukan Ryan dikaki aku. "ni Ibu kita laa." Wana bersuara. Wonwoo perlahan mencangkung dihadapan Wana dan Ryan. "kalau Wana share Ryan dengan Ibu boleh?" terkejut aku dengar. "awak cakap apa ni?" dia hela nafas. "dua-dua anak saya Adriana, what's wrong with that." dia berdiri.
Aku menggeleng, angkuh dia bercakap. "Wana go play with Ryan first..." aku memujuk barulah pelukan terlepas. "jangan cakap benda bukan-bukan depan anak saya boleh?"
"anak abang jugak. Wana anak abang, awak tak boleh menyangkal perkara tu," aku telan ludah. "terima kasih, sudi mengaku Wana tu anak awak..walaupun sampai nak kena bertumbuk dengan orang lain dulu..it is?" mata dia terpejam. Dia serbasalah.
"tak ada peluang langsung ke untuk abang balik pada awak?"
Berani dia bercakap dekat sini. Aku menggeleng. "takkan ada.."
"Adriana..please..abang merayu."
"you rayu janda you balik ke?" aku kalih kearah Eve. Nafas berat aku hela. Wonwoo garu keningnya laju. "you ni memang buruk perangai kan, Adriana." aku pulak dipersalahkan. Aku kerutkan kening. "Eve stop.." lengan yang Wonwoo pegang itu dia tepis. Aku diamkan diri.
Dia nak aku buka cerita dekat sini ke?
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
De Todoperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
