Aku belek cawan yang berisi ais kosong itu. Macam mana la aku boleh setuju nak duduk satu meja dengan Eve ni?
"kau sihat?" sempat aku telan ludah sebelum mengganguk. "haritu kau pergi mana? Hilang macam tu je?" kening berkerut. Haritu? Ouh iya. Hospital. "aku ada hal." dia mengganguk mengerti.
Hening suasana, tak pernah aku rasa awkward dengan orang. Tapi Eve berjaya hadirkan rasa itu. "aku sebenarnya..." aku masih lagi menatap decoration restoran, dari pemilihan perabot, dan warna tema. Memang cantik.
"aku nak minta maaf...tapi aku tak tipu tentang perasaan aku Adriana.." mata aku pejam rapat. Dia takkan putus asa, aku tahu itu. "aku tahu macam mana perasaan Wonwoo dekat kau, tapi kalau kau setuju dia mesti okay.."
"setuju? Untuk apa?" air aku tolak jauh sedikit dari kedudukan aku. "untuk kahwin dengan aku!" aku hela nafas. "kau ni kenapa Eve? Ada benda lain ke yang aku tak tahu?"
"Wonwoo tak cerita apa-apa ke dengan kau?" tepat pandangan aku kearahnya. Hati aku mula tak sedap, macam ada benda yang tak kena. Tapi aku cuba kawal reaksi. "cerita apa?"sarkatik, aku kena percayakan Wonwoo.
"yang sebe--"
"sayang?!" panggilan itu buatkan aku kalih laju. Wonwoo. Lekas sahaja dia berjalan kearah aku, tangan aku dicapai dan kami berjalan tinggalkan Eve macam tu je. Bila dah masuk bilik cepat-cepat dia capai bagasi dan ambil semua baju dalam almari lalu berkemas. "Abang?" dia endahkan aku.
Dia ulang alik, tanpa berlipat baju itu dia sumbat dengan penuh amarah dalam bagasi. "Abang?" aku tarik tangan dia menghadap aku. Nafasnya tak teratur. Tangan aku didadanya. "kenapa ni?" barulah dia helakan nafas. Rambutnya diusap perlahan kebelakang. Perlahan aku dudukkan dia dihujung katil. Air mineral dalam peti ais aku ambil dan aku hulur kepadanya.
Dia tengok aku, aku hulur lagi dekat. Dia capai dan minum. "kenapa ni? Awak pergi mana tiba-tiba hilang hm?" aku usap paha dia perlahan. "Abang.." dia terhenti. Aku cuba fokus. "im sorry.." berkerut kening aku. "hey? Kenapa pulak ni...awak tak buat salah pun..kenapa nak minta maaf?" kini tangan aku dibahunya. Menanti dia untuk membalas.
Terus sahaja tubuh kecilku dipeluk. Aku agak terkejut, tapi dengan perlahan belakang badannya aku usap. "you trust me kan sayang?" sekali lagi aku tertanya, "mestilah.." aku dengar keluhan dia.
"kita balik okay?" dia bercakap lagi. "are you sure?" aku bertanya, bahunya aku tolak perlahan. Kini wajahnya menatap aku kembali. Laju dia mengganguk.
Aku tengok dia yang dah tertidur dalam teksi. Ada apa sebenarnya dengan dia? Kenapa muka dia panik sangat bila nampak Eve tadi? Lagi satu macam mana Eve boleh ada dekat situ? Cepat sahaja aku menggeleng. Aku tepuk dada sendiri. "jangan fikir negatif Adriana..." menyangkal lebih baik.
"Puan kita dah sampai." suara itu menghentikan lamunan aku. Terus senyuman aku berikan. Lengan Wonwoo aku tepuk sedikit. Terus sahaja kepala diangkat. "sampai dah ke?" aku mengganguk sambil lincah tangan mengambil padding jacket dan handbag. Wonwoo selesaikan bil teksi, dan aku pulak sibuk menolak bagasi masuk dalam perkarangan rumah.
Masuk je rumah, kami berdua terus rebahkan badan atas sofa diruang tamu. Wonwoo menguap besar, lekas sahaja aku tutup mulutnya. Kemudian rumah sunyi kembali. "sayang?" kami berbalas pandangan. "abang lapar." terus ketawa aku tercetus. "Abang nak makan apa?" saja aku bertanya. Aku duduk. Pin tudung aku buka, satu persatu.
"sayang goreng telur pon okay..Abang nak makan dengan kicap.." aku tengok dia kembali. "biar betul?" dia mengganguk. "I know you tired too..tapi abang lapar.." meleret nada suaranya. Aku usap kepalanya. "kejap okay?" kiss in the air dia berikan.
Lepas 10 minit berperang didapur, aku letakkan nasi dalam pinggan. Aku tambah sedikit sambal tumis ikan bilis. Jadi Isteri jangan malas. Taklah kosong dia makan. Aku berjalan ke ruang tamu kembali. Tengok Wonwoo sedang bermain dengan phone. Hal kerja mungkin. "Abang.."
Terus dia duduk. "wah..." phone dia tutup. "aik? Sayang tambah sambal?" aku senyum segaris dan mengganguk. "saja..terajin hehe." aku tayang gigi penuh. Penat dah aku hulur pinggan, tapi dia hanya memerhati.
"suap." manja terdengar suaranya. Aku kecilkan mata. Dia ketawa sampai terangkat bahu. Comel. "kejap saya ambil sudu." baru nak bangun tangan aku dia tahan. "suap dengan tangan..puas sikit nak makan yang.." kening aku bersatu. Belum sempat aku bicara apa-apa mulut dia nganga luas. "cepatla yang lenguh.." senyuman aku terukir.
Bila nasi dah selamat masuk dalam mulut dia. Thumbs up dia berikan. "sedap yang..lagi sedap kalau sayang yang suap..emmm" aku menggeleng. Bertuah la dapat suami manja macam ni.
"okay cepat last.. aaaaa" laju dia sahaja dia makan. Habis je dia kunyah dia landingkan kepalanya dia bahu aku. "im so full.." dia bercakap sambil menepuk-nepuk perutnya.
"tepi saya nak bangun.." dia angkat kepala. "yang?" terbantut aku nak bangun.
"hm?"
"pergilah basuh dulu.. abang nak mandi nanti abang cakap okay?" terkebil-kebil aku, bila dia bangun dan tinggalkan kucupan didahi aku.
Dia nak cakap apa?
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Разноеperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
