Aku sibuk siapkan sarapan, setelah dua minggu betapa dirumah harini Wonwoo kena masuk Office untuk gantikan Daddy. Aku tuang nasi dalam pinggannya. Dia turun tangga, tercenggang tengok suami sendiri, berkarisma bila dia mengenakan kemeja. Rasa macam dah lama sangat tak tengok dia pakai baju macam ini. Tapi muka aku datar kembali bila dia pakai kaca matanya. Hilang kacak malah nampak seperti Office boy. Comel.
"kenapa sayang gelak?" laju aku menggeleng, sambil tangannya menghulurkan tali leher kepada aku. Tenang aku pakaikan sambil nyanyi sedikit. "kenapa comel sangat ni?" aku kerutkan kening. "siapa? Saya?" saja mempersoalkan dia. "siapa lagi," aku sapu ringan kemeja. "siap...duduk makan." kerusi dia tarik dan menjamah masakkan aku. Tengok dari anggukan dan reaksi mukanya, maknanya sedapla masakan aku itu.
"coffee or tea?" tenang aku bertanya. "sayang." terhenti tingkah aku nak mencapai cawan. Gigi dia tayang penuh. "okay..okay..sorry. Tea." sempat aku mengganguk sebelum tuangkan dalam cawan dan dengan sopan aku letakkan disebelah pinggannya. "abang balik makan tengahari tak?" dia berfikir, sambil mengaut nasi untuk dipenuhkan dalam sudu.
"rasanya tak, sebab today ada interview untuk PA baru.." berkerut kening aku, mana Eve? "Eve berhenti kerja..." sempat aku mengelamun sebelum Wonwoo mencuit untuk minta tambah. Kenapa dia berhenti? Aku biarkan soalan tersebut bermain dalam fikiran aku, malas nak rosakkan mood.
Puas aku melambai sampai hilang bunyi enjin kereta barulah aku masuk rumah. Ting! Notification. Minseo. Adik Mingyu. Boleh dikatakan kami rapat juga la. Aku buka.
'babe I'll be there in 10' terus senyuman aku terukir.
Ding dong!
Berdecit aku lari dari dapur menuju pintu utama. Elok aku buka. "Babee!" bergema satu rumah dengan dia menjerit. Tubuh kecil aku dipeluk erat. "rindunya aku dengan kau..." dia goncangkan badan aku kuat. Aku membalas pelukannya.
"nah.." aku letakkan secawan juice orange dihadapannya, lalu aku labuhkan punggung disebelahnya. "orang balik belajar jumpa parents dulu, engkau..?" dia menjeling tajam. "apa salahnya aku berjumpa dengan favorite girl aku ni..lagipun bukan ada sesiapa pun dekat rumah.." dia membebel panjang.
"so how married life?" dia tukar topik. aku senyum pahit. "alhamdulilah aku bahagia..Wonwoo baik sangat." dia senyum nakal, sambil memukul paha aku kuat. "eh..eh patutnya aku yang tanya engkau cana belajar?" terus senyumannya hilang, nafas dihelakan berat. "tak seronok pun penat lagi ada..maklumlah Abang aku kan Doktor.. aku mestilah kena up lagi." panjang bebelannya. Aku mengganguk setuju. Memang itulah keluhannya dari zaman diploma lagi.
"kalau susah sangat apa kata kau kahwin? Kan senang.." aku capai kuaci yang terletak elok atas meja. "aku? Kahwin? Memang tak laa..kalau aku ni rajin dan cantik macam kau takpa juga..." laju aku menggeleng, menyangkal apa yang dia cakap. "kau pun cantik Minseo." terus senyuman terukir. "cuma malas sikit.." drastik ketawa kami berdua tercetus kuat.
Rindunya dengan celotehnya..maklumlah dia je yang aku ada sekarang. "aku ada buat lebih rasa la.." terang matanya bila tengok lasagna dalam pinggan itu. Kini kami berpindah dimeja makan pulak, lama tak jumpa kan. Sementara tunggu Mingyu datang ambil. "rajinnnya..kan best kalau kau yang jadi kakak ipar aku.." dia tengok aku dengan mata yang berkedip.
"banyaklah kau." melawak tak kena tempat. Dia makan sesuap, jebeknya panjang. Dia buat muka menangis. "menyesal aku kenalkan kau dengan Wonwoo."
Bahunya aku pukul. "sayang?" damn. Mata aku bertembung dengan Minseo. Drastik bibir milik Minseo dikemam, aku capai shawl dan bergegas ke pintu utama. Tak sempat capai tombol pintu lagi, pintu terbuka. Senyum segaris dia berikan. "kenapa biar Mingyu dekat luar sorang-sorang ni?" cepat je aku jegulkan kepala keluar.
"kenapa tak ketuk pintu?" Wonwoo sedang sibuk buka stokin miliknya. Mingyu menggaru ringan kepalanya. "Minseo mana?" laju Mingyu bertanya. "dia tengah makan, masuklah." aku menjemput. Wonwoo turut menjemputnya masuk.
Aku hidangkan lasagna tersebut atas meja. Biar semua makan, untung buat banyak. Meja sunyi, hanya dengar orang mengunyah je. "lusa Mak sedara aku ada kenduri datang eh?" tepat pandangan aku kearah Wonwoo. Kenapa aku tak tahu ni? Aduh, sudahlah belum ada apa-apa berita baik ni, dengan Daddy pun masih belum settle datang pulak kenduri kahwin.. ya Allah.
Aku tengok Abayya pink yang sudah siap digosok itu. Aku nak prepare jawapan apa ni? Dari bulan pertama kahwin orang dah tanya, "dah ada isi ke?" sekarang pulak perkahwinan aku dah cecah 3 bulan masih belum ada apa-apa. Keluhan berat aku berikan. Mata aku pejam rapat. "boleh tak kalau aku taknak pergi?" aku lepaskan geram in silent. Orang lain berjuang nak dapatkan anak bertahun-tahun. Aku ni baru 3 bulan kahwin dah macam 13 tahun..
Kepala aku picit sedikit, cuba hilangkan rasa sakit kepala.
"la kenapa tak siap lagi ni?" Wonwoo membebel panjang. Terus senyuman aku ukirkan. "Adriana dah siap make up dah, tinggal nak tukar baju.." Wonwoo betulkan jam. Aku bangun, dan perlahan tolaknya keluar dari bilik. "nanti dah siap saya turun okay?" pintu aku tutup. Mujur tak membantah.
Aku berdiri didepan cermin. Perut yang kempis itu aku pegang. "it's okay sayang take time Ibu tungguu..." tak lupa menepuk ringan sebelum mencapai beg tangan. Insha Allah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Randomperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
