BAB 13

404 13 3
                                        

Satu hari ni je, tugas aku basuh kain, angkat kain dan asingkan semua baju bersih dan kotor lepas balik dari honeymoon semalam. Tak sangka sebanyak itu. Padahal tukarnya tak banyak pun.

Bila dah habis, laju sahaja aku kedapur. Bestfriend aku. Siapa lagi nak berkawan dengan aku selain dari dapur sekarang. Minseo? Sibuk dengan interview. Harap-harap dia dapatlah kerja kalini. Ameen. Lama aku tenung lauk dalam peti itu. "nak masak apa eh?" menari-nari jari aku dipintu peti ais. "tanya Wonwoo la."

Phone aku bawak keluar dari poket seluar. Aplikasi Whatssapp aku buka. loml. Nama contact tersebut aku tekan.

Loml<3

'Abang?'- me

'ya sayang'- loml.

'cana tahu Abang rindu ni?'- loml.

'craving something to eat?'-me.

'you.'- loml.

'abang?!'- me.

'ya sayang?'

'asam pedas? Ayam?'

'boleh?' -loml

'okie'-me

'love you'-me

'love you too, Adriana'

'miss you sayang..' -loml


Aku senyum, sahaja aku biarkan mesej itu tergantung. Lagi lama, lagi melalut mesej tu nanti. Laju aku buka langkah ke peti ais kembali. Ayam aku ambil dan bahan-bahan aku bawak keluar. Elok aku letak disingki, berderet mesej masuk. Aku ketawa. Nanti tak jadi kerja, tahu tak?

Aku silent kan phone, dan teruskan memasak. Senang je masak asam pedas ni, aku siap boleh dancebreak dekat dapur. Usai siap kerja didapur baju dalam mesin aku angkat. Sekarang misi untuk melipat pulak. Aku buka movie sambil lipat baju. Fokus mata aku kejar subtitle. Maklumlah tengok cerita hindustan kitanya melayu.

Aku letupkan lengan, baru nak sandarkan badan. Aku dengar enjin kereta berbunyi. Laju sahaja aku melangkah ke pintu utama. Elok aku buka, dia sedang buka kasut dengan muka masam. Merajuk?

Aku hulurkan tangan, dengan muka jebek dia beri beg kerja dan coat kepada aku. "abang nak makan dulu ke nak mandi?" sahaja aku pecahkan sunyi. Sempat dia jeling manja sebelum melangkah ke sofa untuk duduk.

"suami saya merajuk ke ni?" aku letak barang dia atas meja. Laju wajah aku tongkat menggunakan kedua-dua belah tangan aku. Dia tak tengok aku, malah berjuang dengan bahasa hindustan di televisyen. Aku geletek pahanya. "Abangkan kerja?" aku beri alasan. "nanti panjang cerita dia..." aku menyambung lagi.

Dia buat tak tahu. Aku betulkan tekak. Berdehem. "sayang okay ke?" aku menjuihkan bibir, lalu menggeleng. Cuba raih attention dia pulak. "pening.." lekas sahaja tubuh kecil aku ditarik dan didudukkan sebelahnya. Dia sandarkan badan aku didadanya. "abang picit kepala sayang okay?" aku mengganguk.

"why you work so hard hm?" aku senyum sendiri. Senangkan nak alihkan attention dia, pura-pura sakit. "habis siapa nak buat? Abang?" aku intai muka dia, senyum segaris dia berikan.

"im sorry okay? Bukan taknak balas mesej Abang nanti tak jadi kerja.." aku explain panjang. "okie sayang.."

"makan jom?" aku angkat kepala laju. Sampai berlaga dengan dagunya. "arghh sayang.." dia pegang dagunya dengan muka sedih. "ala sorry..sorry..sakit ke?" dia mengganguk. "meh nak tiup...fuhh" saja dia letakkan dahinya dibahu aku. "sakit.." dia mengadu manja, aku tepuk bahunya perlahan. "sorry saya excited sangat..sakit sangat ke? nak saya bubuh ubat tak?"

"nak..." dia muncungkan bibirnya. Dah agak dah. Cup. "muahh..okay dah?" dia tayang gigi penuh. "makan jom..lapar." aku angkat jari telunjuk. "jom" aku bangun dia turut berdiri dan mengikut.

Aku pakai losyen ditangan, tiba-tiba teringat ada perkara yang ingin dia bicarakan semalam. Lupa pulak, kenyang sangat gamaknya sampai terlupa apa yang dia nak cakap. Aku tolak comforter dan perlahan labuhkan punggung disebelahnya yang sedang main game.

"wanginyaa.." aku ketawa kecil. "Abang?" dia kalih kearah aku sekilas. "ya sayang?" aku masih lagi ratakan losyen ditangan. "I need your attention right now.." muka dia nampak terkejut, "wait.. sayang 5 minit." dia tunjuk tangannya. Laju sign okay aku angkat. Dia sangat menepati janji.

Aku tengok jam. Pantas phone dia tutup, dan mendekati aku. Saja mata dikedipkan berkali-kali. "emm, semalam.." dia mengganguk, tanda dia dengar tentang apa yang aku nak sampaikan. "Abang ada benda nak cakap kan?" keningnya drastik bertaut. "bila?" aku hela nafas.

"semalam? Abang lupa ke?" dia masih lagi berfikir, sampai give up aku tunggu tapi sabar je la yaa. "ouh? Yang tu eh?" aku pula confuse. Yang mana? "jangan main-main boleh tak Jeon Wonwoo?"

Dia buat muka terkejut. Dia kemudian dengan perlahan duduk, tangan aku dia usap perlahan. Tertanya aku dengan tingkah dia semenjak dua menjak ni.

"kalau Abang cakap ni sayang okay kan?" jantung aku tiba-tiba mengepam laju.

"kita TTC?" terbuntang luas mata aku.


TTC (Trying to Conceice) for pregnancy.

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang