Aku tengok plaster yang tertampal elok di bahagian tepi tangan, tak sedar melecur. Dia dah sihat ke? Aku lupa yang dia hanya mengalami patah tangan dan operasinya hanya dimasukkan plate besi dibuku lali kirinya. Dia memang boleh jalan seperti biasa cuma, tak laju. "Cik Safiyya okay ke ni?" aku tersedar bila Dian memanggil nama aku. "ha?" aku mengganguk. "sikit je ni.." Dian hela nafas perlahan. "Cik Safiyya ada masalah ke?" aku ketawa menampakkan gigi.
"saya okay la.." lagi besar senyuman aku berikan. "eumm..saya nak awak setkan lunch lusa dengan Mr. Wong, boleh?" dia mengganguk laju, "baik Cik." usai Dian keluar. Aku rehatkan badan dikerusi. Apa yang aku nak buat ni? Baru dua minggu. Seketika aku berdebar. Kenapa aku ada perasaan aneh ni? Aku istighfar sambil mengusap dada perlahan.
Ting! Phone aku berbunyi. Aku angkat phone aku sedikit. Mingyu. Sempat aku telan ludah sebelum bawa phone tu dekat dengan aku.
"kau dah dapat bunga?" - Mingyu.
Lama aku tenung mesej tu. Nak balas ke tak?
"kita jumpa?"- Mingyu
Aku letakkan phone tu kembali, dan biarkan mesej tak berbalas. Aku nak jawab apa? Okay? Padahal aku masih lagi rasa serbasalah. Sudahlah dia masih dalam keadaan yang macam tu, aku pula boleh kahwin dengan lelaki lain. Aku genggam tangan kuat tangan aku. "he don't deserve you.."
Apa sebenarnya maksud dari ayat tu?
Hadapan rumah yang gelap itu aku tengok, "haih.." pergi pagi balik malam. Aku membebel sendiri. Handbag, pelan aku capai dan aku kunci kereta. Masuk je rumah, tak ada perkara lain yang aku fikir selain bersihkan diri dan tunaikan solat.
"astghfirullahal'azim." aku istighfar dan menggeleng. Kurang fokus dalam tunaikan ibadah buatkan aku sedar tentang kelemahan aku sebagai hamba Allah. Dalam keadaan yang macam ni, aku masih lagi banyak fikiran. Aku hela nafas. Telekung aku buka dan tuala aku capai. Aku keringkan rambut manual sambil berjalan menuju ke meja kerja. Belum sempat kerusi aku tarik, satu bag yang elok terletak disitu buatkan pergerakan aku mati seketika.
Aku tarik talinya dan mengintai sedikit. Ada satu pendrive yang elok terletak atas tudung warna putih. Aku capai dan aku belek perlahan pendrive tu.
"kau kena janji, yang kau kena tengok dengan aku malam akad nikah kita..promise?"
Baru aku teringat. Mingyu bagi present ni dua hari sebelum dia kemalangan. "apa dia ya?" aku tertanya sendiri.
Tok! Tok!Ketukan pintu yang kuat dari ruang bawah buatkan aku kalihkan pandangan. "Adriana?" aku scanned suara tu sekali lagi. "Asalamualaikum sayang?" Wonwoo? Dia buat apa dekat sini? Aku letakkan pendrive tu kembali dan rambut aku kemaskan. Shawl yang elok tersangkut dibelakang pintu tu aku capai. Laju aku turun tangga. "Adriana?" sempat aku hela nafas sebelum pintu aku buka.
Muka aku datar tengok dia dengan dua bungkusan makanan ditangan. "awak nak apa?" sarkatik. Senyuman drastik pudar. "teman Abang makan?" aku pegang pintu, acuh tak acuh. "please?"
"Eve mana?" dia mengeluh. "dia tak ada dekat rumah." muka dengan penuh harapan itu buatkan rasa serbasalah aku berkumpul menjadi satu. Aku lepaskan nafas perlahan. "masuklah, lagipun saya ada benda nak cakap dengan awak." aku tolak pintu utama tu besar dan tahan menggunakan selipar.
Elok je dia jejakkan kaki atas tiles rumah, bungkusan makanan ditangannya aku capai. Aku dah janji nak jalankan tugas sebagai Isteri jadi apa salahnya.
Aku ambil pinggan dan sudu. Lalu aku letakkan dimeja makan. Lincah tangannya membuka plastik makanan. Aku hanya perhati. "awak nak minum air apa?" dia tengok aku. "air kosong pun tak apa..asalkan sayang duduk makan dengan Abang." dia senyum. aku dengar air kosong tu je, yang lain masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aku kedapur kembali. Nescafe aku capai. Aku bancuhkan air panas untuk dia. Sebab itu memang minuman dia.
Kemudian aku susun langkah ke meja makan dan labuhkan punggung di kerusi sebelahnya menghadap tingkap, tak la awkward sebab dia menghadap ruang tamu. "Abang minta air kosong je..kenapa rajin sangat bancuh Nescafe?" aku ambil sudu. "benda dah ada, so kenapa?" dia ketawa kecil. "thank you sayang.." aku berdehem sedikit. Usai kami habis makan, automatik suasana menjadi hening.
"eum.." aku tengok dia yang sedang cuci tangan. Macam mana aku nak cakap ni? "kenapa?" aku blank. Belum bersuara lagi dia dah tanya dulu. Sunyi seketika suasana. Tangan aku capai pinggang kotor dan bungkusan makanan yang kosong lalu aku tumpukkan menjadi satu, supaya senang nak angkat nanti. "saya nak jumpa Mingyu.." dia nampak terkejut, tapi tenang dia mengawal reaksi wajahnya.
"bila?" kini tangannya mencapai cawan didepannya dan diteguk perlahan. "saya cuma minta izin..yang lain tu tak payah ambil tahu kot." dia mengganguk. "pergilah.." aku agak terpana dengan jawapan yang dia bagi, tapi aku endahkan perasaan tu. "terima kasih." terus sahaja punggung aku angkat dan mengambil pinggan yang dah aku kumpulkan tadi. Aku dengar dia mengeluh.
Baru buka langkah, skreekk. Aku dengar kerusi ditolak, lengan aku ditahan. "Adriana, Abang balik dulu.." dia letakkan something dalam celahan jari aku. "jangan lupa sapu ubat tu, nanti melarat pula...lagi satu, terima kasih teman Abang makan.." Aku diamkan diri, macam mana dia tahu? Aku berdehem. "eum." itu je yang aku jawab.
dia hulurkan tangan kepada aku. Aku tengok kosong. "tangan saya kotor." drastik dia genggam dan berikan senyuman kearah aku. "Asalamualaikum." aku tak menjawab. Biarkan tergantung untuk seketika.
Bila aku dengar pintu rumah tertutup barulah aku jawab. "Waalakumusalam." aku lepaskan nafas. Aku labuhkan punggung aku kembali dikerusi makan lalu meraup muka lembut. "kenapa aku rasa berdosa sangat ni?" tiba-tiba je soalan tu terlintas di dalam benak fikiran aku. Krim yang Wonwoo bagi tadi aku tenung. Macam mana dia tahu pasal ni? Aku dengan Dian je tadi. Makin hari makin macam-macam perkara yang muncul. Sama ada yang baik atau yang buruk aku sendiri tak dapat nak teka.
Apa lagi lepas ni?
korang rasa apa dia dalam pendrive yang Mingyu bagi tu? confession or.....?
DOUBLE PART FOR TOMORROW!
![](https://img.wattpad.com/cover/369831701-288-k912100.jpg)
YOU ARE READING
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
De Todoperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...