"Baik kau keluar dari rumah ni sebelum aku ambil tindakan, Mingyu" tegas nada suara Wonwoo. Perlahan Mingyu berdiri. Dia lap darah ditepi bibirnya dan tanpa serbasalah dia sapu perlahan dibaju Wonwoo. "untuk kenangan," dia kenyit mata kearah Wonwoo. Dia telengkan kepalanya sedikit melihat aku yang berada di belakang badan milik Wonwoo. "Dear..aku tak habis lagi dengan kau..aku akan--"
"Keluar..Mingyu!" laju Wonwoo mencantas. "bagi la aku bercakap dengan bakal Iste-"
"Dia Isteri aku!" Wonwoo tekankan kuat perkataan tu, buatkan Mingyu sedikit tersentak. Mingyu ketawa kecil. "aku lupa korang kena tangkap basah..tarikh yang korang takkan pernah lupa.." dia dekatkan jarak wajahnya dengan Wonwoo. "tak jantan langsung curi perempuan guna jais. Aku cabar kau ceraikan dia..kita bet." terang mata aku.
Tangan aku Wonwoo genggam kuat, dan dibawa keluar laju dari rumah. Kereta kami tuju, lekas sahaja minyak ditekan meninggalkan rumah. Aku blank. Aku biarkan kereta tu sunyi. Aku tertunduk seketika, drastik air mata jatuh. Bercampur baur dengan apa yang aku rasa. Apa yang patut aku buat? Wana kena bunuh dengan pilihan aku sendiri? Aku genggam tangan kuat. Cepat sahaja Wonwoo capai tangan aku. Digenggam kemas dan dikucup. "Abang bawak sayang balik duduk dengan Ibu okay?"
"Tapi..Wana?" dia mengganguk. "Abang akan uruskan semua...it's okay....shh" dia tenangkan aku.
Aku mengiringkan badan ke sebelah tingkap. Pak! Pak! Tidur aku sedikit terganggu dengan tamparan kearah kulit itu sendiri. Aku mengesot sedikit hingga ke penjuru katil. Ngalit Wonwoo menggaru tangannya kerana berperang dengan nyamuk. Dalam keadaan dia yang mengerekot(?) kesejukkan atas lantai itu buatkan aku sedikit rasa serbasalah. Aku perhatikan wajahnya dari atas katil. Sesakit itu ke dia? Sampai sanggup lepaskan aku hanya untuk lihat aku bahagia. Lama aku tenung.
Tudung aku buka, dia betul-betul angkat aku je tadi. Atau dia masih takut aku tak terima dia lagi. Aku hela nafas seketika dan bangun dari katil mencapai tuala. Bersihkan diri, nak tunaikan solat. Perlahan aku buka pintu dan keluar dari bilik. Walaupun kampung ni sejuk, tapi aku rasa badan aku melekit. "arghh!" aku tutup mulut rapat, terkejut tengok Ibu dengan telekungnya.
"eh bila sampai?!" terus sahaja tubuh ku dipeluk. "betul ke anak Ibu ni?" aku buat muka. Pipi aku dipenyekkan dan digoyangkan kiri dan kanan. "balik dengan Wafiy ke sendiri?" aku senyum. "dengan Wafiy." ibu mengganguk manis.
"dah pergi mandi, lepastu kejut Wafiy solat subuh." aku mengganguk acuh tak acuh, kemudian laju sahaja aku melangkah masuk dalam bilik air dan bersihkan diri. Dirikan solat terlebih dahulu, lepastu barulah aku mendekati Wonwoo. Aku confuse, macam mana aku nak kejut dia ni?
"awak.." aku cucuk lengannya dengan jari telunjuk milikku. Dia bergerak sikit, aku kaku. Dah lama tak ada rasa berdebar macam ni. Sempat aku telan ludah sebelum, lengannya aku tepuk kuat. "awak!" drastik matanya terbuka. Terkejut gamaknya. "ui..kenapa sayang?" aku berdiri sambil melipat kain telekung. "solat subuh." dua perkataan tu buatkan dia terduduk. Dia garu matanya seketika.
"sayang dah solat ke?" aku mengganguk. Usai telekung aku buka, laju aku keluar dari bilik. Aku menuju kedapur. Tengok apa yang aku boleh bantu. Ibu dah bertungkus lumus memotong bahan-bahan masakan, dengan bekas yang berisi tepung mentah buatkan kening aku berkerut seribu. "Ibu nak masak apa ni?" tangan aku ditarik dan diberikan sudip untuk masakkan ubi dan dicampurkan kari. "karipap ke?" laju dia mengganguk. Cepatnya, rasa tadi dapur kosong lagi, tahu-tahu inti dah atas dapur.
Aku bantu Ibu hidangkan makanan atas meja. Wonwoo datang dapur. "wah sayang masak ke?" aku tengok dia sekilas. "Ibu." sepatah je yang aku jawab. Aku susun rapi makanan atas meja makan. "Ibu makan dulu sini.." aku memanggil figura separuh usia tersebut.
"layan suami makan dulu Adriana, kejap lagi Ibu makan." drastik kami berdua berbalas pandangan. Aku capai pinggan dan letak dihadapannya. Nasi goreng yang Ibu masak tadi aku isi dalam pinggan. "awak nak air apa?" ada dua option, kalau satu je kemungkinan aku tak bertanya. "kopi?" laju aku tuang kopi dalam cawan. Lalu aku duduk. aku kunyah karipap.
"Abang tinggal sayang dekat sini seminggu boleh?" dia fokus dengan aku. "bagi Abang settlekan semua dulu, nanti Abang ambil awak."
"tapi.."
"Abang akan make sure, Mingyu akan dihukum ikut undang-undang." aku terdiam. Perlahan aku mengganguk. "seminggu je" aku kalihkan pandangan kearah karipap yang aku gigit tadi. "awak nak balik pukul berapa?" perlahan aku bersuara.
"Tengahari!"
Usai makan aku masuk dalam bilik kemas katil, walaupun tak bersepah sangat, tapi mata nampak semak. Aku susun bantal, comforter aku betulkan. Tiba-tiba aku terhenti. Macam mana kalau Mingyu insist untuk apa-apakan Wonwoo? Pintu bilik terkuak luas. Wonwoo. Aku betulkan posisi, dari menunduk ke berdiri tegak. Belum sempat Wonwoo buka suara laju aku bercakap. "awak saya ikut awak balik please?" dia menggeleng. "sayang duduk sini, Mingyu takkan tahu.."
"Habis awak?" laju aku mencantas. Dia ketawa kecil. "Abang okay, Inshaallah.. doakan Abang.." giveup, ditengah jalan. pipi aku diusap perlahan. "jangan bagi tahu Ibu okay?" aku mengganguk. Kami berbalas pandangan antara satu sama lain, automatik jantung aku berdetak dua kali lebih laju. Dah lama aku tak rasa debaran yang macam ni. Rasa membahang muka. Merah.
"eum.." aku kebelakang sedikit dan garu leher aku yang tak gatal itu awkward. "saya bekalkan air.." sempat aku dengar dia ketawa kecil sebelum aku melangkah keluar dari bilik.
Aku senyum sendiri. "I'll take it slow untuk dapatkan hati awak balik, Abang." aku hela nafas dan menuju ke dapur letak air dalam botol, boleh la buat dia minum nanti. Kemudian laju aku keluar, untuk hantar dia. Nanti Ibu cakap apa pulak. "Nak balik dah ke?" Wonwoo mengganguk. "haah Ibu, datang sini nak hantar Adriana, inshallah lagi seminggu Wafiy datang ambil." Ibu letakkan segala pencakar, penyodok dia ditepi. "iya la..kamu pulangkan beban kamu kepada Ibu ya?"
Aku tepuk bahu Ibu perlahan. Wonwoo ketawa kuat. "Abang balik dulu, sayang.." dia hulurkan tangan. Terkebil-kebil aku. Aku betulkan tekak sedikit dan sambut huluran salamnya. Terlalu awkward untuk aku. "cium sikit tangan suami tu." ada sahaja suara Ibu mencelah. Aku kucup sedikit. Kemudian lantas sahaja aku lepaskan, dan pandang kearah lain. Dia senyum manis.
"bye.." aku lambai kecil bila dia mula menghilang dari pandangan. Dia ambil aku kan nanti?
"Adriana?" aku kalih kebelakang. "Ya Ibu?" Ibu senyum.
Aku kerutkan kening, confuse. "Ibu ada benda nak cakap dengan kamu," terus sahaja senyuman aku pudar. Kenapa? Ibu tak tahu kan?
min sambung lagi okay? maybe 3 or 5 bab gitu?
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
De Todoperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
