Aku capai shawl dan laju kaki menuju ke pintu. Aku tenung pintu tu ragu-ragu. Aku pejam mata, sebelum tombol pintu aku pulas. Wonwoo berdiri tegak depan pintu dengan senyuman segaris. "Wana ada?" aku kawal perasaan, lalu mengganguk. "awak nak jumpa dia ke?" Wonwoo mengganguk.
"masuklah.." aku menjemput dia. "eh takpa, Abang dekat luar je." dia masih selesa dengan panggilan tu, tanpa segan silu keluar dari butir bibirnya. "Ibu ada." aku kebelakang sedikit cuba memberi ruang. "siapa? Adriana?" Ibu datang kearah pintu dengan tudung sarungnya. "Wafiy," laju kakinya melangkah. Luas matanya terbuka bila melihat figura itu.
"kenapa dah lama tak datang jenguk Ibu hm?" lengannya dilepuk kuat oleh Ibu. Ibu suka sangat dengan Wonwoo, waktu aku beri tahu yang aku berpisah dengan Wonwoo tiga hari dia berkurung. Walaupun dia beri nasihat kepada aku, tapi aku tahu dia turut kecewa. Selain dari ayatnya 'sebab tu jangan sayang sangat dengan suami,' dia ada juga cakap tentang perihal poligami dan runtuhnya sebuah masjid syaitan akan bertepuk tangan.
Pada mulanya aku agak kecewa rasa seperti aku pula yang salah. Tapi bila Ibu cakap yang Wonwoo adalah salah satu menantu yang berjaya curi hatinya dengan kesopanan, dan hormat orang tua. Eve pun Ibu kenal. Aku cuba mengakur dengan Ibu. 'tak baik musuh dengan bekas Suami lama-lama'
"Adriana..pergi buat air lepastu panggil Wana turun ya?" lengan Wonwoo dipegang dan dibawa ke sofa. Tak berhenti mulutnya bertanya tentang kesihatan Wonwoo. Nak marah pun tak boleh sebab mak kita. Aku hela nafas sebelum langkahkan kaki kedapur. Kau bancuh air dan goreng kuih sedikit untuk buat alas perut. "anak Wafiy sorang je? Boleh laa..kenapa tak tambah." aku berdehem.
Kemudian aku naik kebilik. Wana sedang mewarna. Aku senyum segaris. "sayang~" dia tengok aku dengan gummy smile dia.
"kenapa Ibu?" aku tarik nafas dan rambutnya aku usap. "Wana nak meet dengan Baba?" keningnya bersatu. "Baba? Uncle yang pukul Papa tu ke?" itu yang dia ingat.
"heh! Wana.." aku tegaskan nada suara. Dia hela nafas kuat. "okaylah.." dia turun dari katil. Sebelum dia buka langkah tangannya aku tahan. Aku cangkung, cuba menyamakan ketinggian dengannya. Rambutnya aku betulkan sedikit. "promise dengan Ibu, cakap dengan Baba elok-elok okay?" dia mengganguk. Aku tarik senyumannya. "smile always. Sian Baba.. dia dah lama nak jumpa Wana," pipi aku diusap lembut.
"okay Ibu, Wana promise," dia angkat tangannya separas bahu tanda janji. Dahinya aku kucup sebelum bawa dia turun dari bilik. Girang cara jalannya, menuju ke arah Wonwoo. Aku sebak. "awak Baba kita ke?" Ibu dah kedapur, ambil air yang aku buat tadi mungkin. Wonwoo senyum. "haah, kita Baba awak! Tengok ni Baba bawa apa?" di hulurkan paper bag kearah Wana. Renyah ketawa Wana, lega aku bila dia boleh get along dengan Wonwoo macam tu.
Tapi kenapa dia nampak dingin sangat dengan Ryan? Aku menggeleng laju cuba sangkal benda yang negatif dari kepala otak aku. Aku biarkan mereka berdua. Aku kedapur sibukkan diri. Lama juga diorang bersembang, bermain. bila aku tenung, ada la kesamaan mereka tapi tak banyak. Kata Ibu, Wana lebih mirip dengan aku berbanding Wonwoo.
Aku sandarkan badan dipintu, kemudian perlahan aku keluar rumah tengok dia bermain berdua dengan Wonwoo. Basikal empat tayar itu dipegang dan ditolak perlahan. Tersenyum aku tengok Wana macam tu.
Dia berhenti seketika dan datang menghampiri aku. Aku tunduk seketika sebelum mata terus kearah Wana. Takut la jugak.
"terima kasih bagi Abang peluang main dengan Wana," aku mengganguk.
"Wana anak awak..jadi itu bukan masalah." cepat sahaja aku menjawab. Aku bawa tangan kedada. "Abang yakin Mingyu boleh jaga awak dengan Wana lebih dari Abang." aku hela nafas. "apa yang awak nak sampaikan sebenarnya ni?" tenang soalan tu keluar dari mulut aku.
"Abang dah ikhlas lepaskan awak, Adriana." aku kawal perasaan. Kenapa aku ada rasa yang macam ni? Aku kecewa sebab dia akhirnya putus asa atau..? aku sendiri kurang mengerti dengan apa yang aku rasa. "the day awak cakap yang awak pilih Mingyu, Abang sedar yang dia jauh lebih baik dari Abang...dia layak untuk gantikan takhta tu." aku telan ludah. Cuba kawal perasaan. Aku diam sebab aku tak ada jawapan untuk semua tu.
"walaupun berat..tapi Abang cuba.." dia tertunduk. Sempat dia tarik nafas sebelum menyambung. "Abang minta maaf, dan kalau Abang nak jenguk Wana bila-bila masa je boleh kan?" aku berdehem sedikit. Lalu mengganguk. "Wana?" aku memanggil. Laju dia turun dari basikal dia dan berlari kearah aku. "salam Baba," Wana mengakur, "nanti Baba datang lagikan?" lekas sahaja soalan tu meluncur keluar. Wonwoo mengangguk.
Aku senyum sendiri. Berbaik adalah pilihan yang terbaik. Semenjak dari haritu, Wana dah makin rapat dengan Wonwoo, Mingyu pulak makin busy dengan kerja dia. Makin hari dekat nak kahwin, makin banyak on call dari Hospital.
Aku tenung Coffee panas yang dah sejuk itu lama. Menari-nari jari jemari aku dimeja. Ting!
'Dear, Im sorry. Aku ada last minit on call. Sorry🙏🏻'- Papa Wana
'meet you at boutiqe for fitting tomorrow'- Papa Wana
'love you😘' - Papa Wana
Aku senyum segaris. Aku dah biasa. Aku tarik nafas dan lepas. Dugaan bertunang. Aku kena kuat hadap benda ni, dia sibuk kerja, Adriana!
Itulah nasihat aku kepada diri sendiri. Haih.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
De Todoperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
