Prologue

319 10 0
                                    

Aku duduk termenung diatas katil, cuba mengingati segala ilmu yang diberi oleh Professor semalam. Dengan keadaan rambut yang masih bersepah, dan air liur basi masih elok terletak ditepi bibir. Perlahan aku tarik Comforter kembali dan selubung satu badan, lalu rebahkan kembali badan keatas katil dengan malas. Mata aku pejam rapat dan bereaksi sedikit. Alarm yang bunyi kuat itu membuatkan aku give up, dan pada akhirnya tidur dan rehatku terkambus jua hanya kerana ilmu.

Bangun bersihkan diri, siapkan barang yang perlu untuk kelas harini. Sambil mengemas bag, sambil lincah tangan memakai tudung. Warna coklat menjadi pilhan aku harini, dress simple yang kosong itu memang sesuai dibawa kemana-mana. Setelah puas hati dengan make up dan pemakaian harini laju sahaja bag aku letak dibahu.

Earphone aku pasang ditelinga, lagu Like Valley by 1999 menjadi pilhan aku. Dengan cuaca yang mendung dan tenang itu benar-benar buatkan suasana aku sedikit bahagia. Berjalan menelusuri bandar, dengan manusia yang berpusu-pusu. Ada yang sedang berlari mengejar bas, ada yang sedang membaca, jogging, dan begitulah suasana pagi. Aku hirup udara segar, sambil laju langkahkan kaki ke perpustakaan. Memandangkan kelas petang, jadi kita perlu menggunakan masa yang terluang ini untuk ulang kaji.

Aku depakan tangan menghidu bau buku. Haruman yang paling menyenangkan selepas udara luar. "wanginya.." satu perkataan itu laju aku ungkapkan. Ya benar dan tepat sekali. Aku berjalan kearah rak buku. Tangan aku gatal meniti satu persatu buku yang tersusun rapi. Aku senyum manis. Aku capai satu buku. Of course fiction!

Aku baca sinopsis teliti daripada kulit buku, laju jari aku membuka helaian pertama. Fokus aku membaca prologue cerita dari satu baris ke satu baris dengan reaksi datar. Mata pula mengejar laju patah perkataan. Tak sedar yang sebenarnya ada sepasang mata yang dari tadi memerhatikan aku. Seketika muka membahang, aku angkat sedikit pandangan mata. Sahaja mahu melihat.

Lelaki. Berkaca mata, tampak sopan dan manis dengan personaliti itu. Bila mata kami bertembung laju sahaja aku kalihkan pandangan kearah buku kembali.

Aku menggeleng kecil dan akhirnya keluar dari lorong buku dan menuju ke meja. Laptop aku keluarkan, cuba untuk fokus ulang kaji. Kerana ada kuiz. Butang on aku tekan. Ting! Ting! Tak berhenti mesej masuk melalui phone. Terkejut aku, macam mana aku boleh lupa nak silent? Kini semua mata tertumpu kepada aku. Dengan senyuman awkward aku tundukkan kepala sedikit meminta maaf. Aku buka phone, beratus mesej masuk. Tak lain tak bukan dari Minseo dan Eve. Sahabat baik aku.

Gedikzz

304 unread massage.

Minsss

Babe, kau dekat mana?

I miss you, though!

Evaaaaa

Adriana, I supposed to wear yellow or green?

Minseo?

Min?

Minsss

Diamlah!

Me

Aku jumpa korang dekat Uni je okay?

Im spend time with my hobby right now!

Minss

Okay! Babe.

Evaaaaaa

Ok.

Aku tersenyum sendiri, berdua ni kalau tak bergaduh tak sah. Aku tutup phone dan cuba fokus kembali dengan apa yang aku nak buat sekarang ni.

Lama aku spent time dengan Laptop sampai tak sedar dah tengahari. Aku tutup buku, dan kemas meja yang penuh dengan kertas, highlighter, pen, charger laptop dan entahlah. Aku bangun dan angkat beg. Usai aku keluar dari library, Cafe yang betul-betul berjiran dengan perpustakaan ni. Aku masuk Cafe dengan senyuman. Gadis manis yang duduk dikaunter itu menyapa aku manis.

"saya nak--"

"Latte! Kan?" aku mengganguk, tak sangka dia boleh kenal aku. Aku tengok nama dibajunya. Dian. "RM 11.06 sen." aku hulurkan duit. Tak sampai 5 minit air aku siap. Gadis itu tolak perlahan kearah aku. "kita jumpa lagi nanti.." aku blur, cuba juga untuk mengerti maksudnya tapi otak aku kosong, aku hanya membalas dengan senyuman.

Aku pusing, belum sempat agkat kepala. Latte yang baru aku terima tadi selamat mendarat atas baju seseorang. Sudahlah bertuxedo. Ternganga aku. "Encik..saya minta maaf" laju aku selongkar beg dan berikan handkerchief kepadanya dan tisu aku bawak keluar, dengan keadaan yang gegabah aku lap air tersebut.

"It's okay." suara garaunya buatkan jantung aku berdebar. Dengan tenang dia bantu aku mencuci air tersebut. Tapi terhenti tatkala tangan kami tersentuh. Gercep aku menarik tangan aku. Aku angkat kepala, menatap figura tersebut. Mata ni?

"Jeon Wonwoo." dia perkenalkan dirinya. Aku terkebil-kebil cuba memahami situasi, aku senyum dan bangun. Betulkan baju sedikit. "sorry..awak nak saya basuh ke baju awak ni?" dia menggeleng tanda menyangkal.

"kalau macam tu saya minta diri dulu.." aku tundukkan sedikit kepala, dan mulakan berjalan. "Miss, kalau sebagai balasan saya nak tahu nama Miss boleh?" terhenti segala langkah aku tadi. Dup dap dup dap. Aku pusing kearahnya.

"Adriana."

"Adriana Safiyya." semapt aku senyum segaris sebelum keluar dari Cafe tersebut. Air yang tumpah tadi tak aku endahkan, biarkan lebih baik. Mungkin tak ada rezeki aku harini. By the way, dia sopan.

Aku...jatuh cinta ke?

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Where stories live. Discover now