Pulang je Office Wonwoo terus aku ke nursery jemput Wana dengan dua batang aikrim Vanilla yang aku janjikan semalam. Aku intai Wana dari dalam kereta. Seronok aku tengok dia ketawa dengan kawan-kawan dia. Aku senyum. Tak sangka dia dah sebesar itu. Aku melewati waktu sulit untuk besarkan dia, tapi dengan segala tenaga dan kudrat yang aku ada, akhirnya aku dapat tengok dia senyum besar macam tu.
Air mata aku jatuh. Apa yang Wonwoo lakukan terhadap aku, buatkan aku rasa sesuatu bahawasanya aku mampu buat semua ni sendiri. Aku kuat.
"terima saya balik.." aku genggam stereng kuat. Meremang bila perkataan 'terima' itu diungkapkan. Mata aku tutup buat seketika waktu, cuba tenangkan diri. Tapi jeritan, tangisan yang aku lalui ketika itu menghantui aku kembali. Drastik mata aku buka, dan nafas aku atur perlahan. Ketukan pintu kereta, buatkan aku tersedar. Terus lock aku buka.
"Ibu.." mujurla aku parking dekat dengan pagar. "sayang.." dia buat muka terkejut bila nampak dua batang aiskrim dikerusi duduknya. "wahh!" tak lupa tepukan tangan dia tu. Aku join sekali, kemudian aku tergelak bila pintu kereta dia tak sampai nak tutup. Gagah aku tarik dari dalam. Aku tengok dia. Dia pegang aiskrim, dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. "haih lupa dah?" dia tengok kearah aku drastik.
"dapat aiskrim lupa nak kiss Ibu hm?" dia ketawa menampakkan gigi putihnya. Terus dia berdiri dan cium pipi aku. Senyuman aku ukir. "okay...Wana nak pergi mana harini?" sahaja aku menanti jawapan dia. Kalau dia jawab nak pergi jumpa Papa dia aku tak tahulah nak cakap apa. Dia tengok aku dengan kening terangkat-angkat. Puas aku tahan ketawa. "Papa!" dah agak dah. Sikit-sikit Papa. Terus aku jebek.
"Papa work la sayang..kita pergi taman okay?" laju dia mengganguk. "okay sit down." aku bagi dia pakai tali pinggang dulu, barulah aku mula memandu.
Sampai je taman berlari-lari dia. Aku ambil tempat dikerusi bawah pokok. Memerhati dia bermain. Senang dapat kawan sebab peramah macam Ibu dia. Bila difikir-fikirkan balik, mungkin manjanya dapat sedikit dari Wonwoo, yang lain 40% mungkin? Semenjak aku berjumpa dengan dia, otak aku asyik fikir tentang dia. Kalau ikutkan hati aku, memang dah tak ada rasa. Atau hanya tinggal sisa? Mungkin. Malam itu...
Eve nampak kurus? Dia tak sihat ke? Keras aku berfikir sampai tak sedar phone aku berdering. Paha aku dicuit oleh seorang perempuan muda. Aku senyum segaris. Sempat aku perhati Wana sebelum phone aku angkat.
"hello"
"Safiyya?" phone aku jauhkan dari telinga. Puan Linda? "Ya Puan?" aku lambai Wana. Urgent ke sampai tak menyempat tunggu Isnin? "Isnin ni tolong kosongkan schedule tengahari." drastik kening aku bersatu. "kenapa Puan?" sahaja aku nak tahu, sebelum ni tak pernah aku persoal. Tapi kalini macam mendadak sangat. "Tuan Athar baru set lunch meeting, untuk another confirmation." aku hela nafas. Mungkin urgent. Aku mengganguk. "baik Puan."
"i harap you okay." empat patah perkataan itu berjaya diamkan aku. Puan Linda tahu sesuatu? Aku tak pernah cerita dengan sesiapa pun yang Tuan Athar AKA Wonwoo adalah bekas suami aku, dan merangkap ayah kandung kepada Wana. "saya okay je!" aku ubah nada suara agar lebih ceria.
"sorry ganggu waktu rehat you." aku senyum, lalu laju sahaja phone dimatikan. Pandangan aku kembali dibawa ke Wana. Aku memang tak boleh nak mengelak langsung ke? Atau ini takdir yang perlu aku ikut. Lama dia main, seronok tak kira dapat jumpa kawan. Bila dia penat, barulah dia datang kearah aku. Dengan nafas yang tercungap-cungap, dengan mata terpejam itu buatkan aku ketawa. Aku bukak air mineral dan straw aku masukkan dalam mulutnya.
"dah? Penat dah?" dia mengganguk, sambil memanjat kerusi dan duduk dekat dengan aku.
Tu maknanya, dia dah taknak main dah. Tenaga dah habis. Aku buka aiskrim. "nah..makan elok-elok nanti tumpah." aku letak di tangannya. Dia tayang gigi penuhnya. Banyak-banyak perkara dalam dunia ni, kewujudan Wana adalah paling memberi impak besar dalam hidup aku. Dia angguk-anggukkan kepalanya. Aku usap rambutnya perlahan. "cepat makan..lepastu kita balik." thumbs up diberikan.
Aku dukung dia dan bawa dia pusing satu taman. "Wana?" dia tengok aku. "kenapa Ibu?" aku senyum kearahnya. "kalau Ibu cakap yang Baba awak uncle haritu macam mana?" keningnya bertaut. Lambat atau cepat dia akan tahu juga. Muncungnya panjang. "tak nak..uncle tu jahat.." terpana aku. "tak baik tau." aku bercakap perlahan. Aku letakkan dia di seat sebelah, pintu aku kunci. Kami berbalas pandangan. "kenapa Baba tinggal Ibu?" sekali lagi kata-katanya mampu membuatkan aku terdiam.
Itu ke jahat yang dimaksudkan? Aku senyum segaris. Ting! Mata Wana terang. "Papa ke?" ya harini dia belum jumpa lagi dengan Mingyu, kalau tak demam lagi nanti. Aku tengok Phone tersebut dan mengganguk. Deringan telefon itu buatkan Wana berdiri. Aku angkat dan terus dihulurkan ke Wana. "Hello Papa.."
Aku biarkan dia sembang berdua dengan Mingyu sambil aku memandu. Fokus aku bawa kereta, renyah ketawa berdua ni. Lepas beberapa minit phone dihulur. Aku intai, mujur Mingyu dah tutup. "duduk sayang.." kini tujuan kami satu. Rumah. Dah puas berjalankan, balik rumah la pula.
Sampai je rumah benda pertama yang aku nampak kereta Minseo. Aku menggelang. "Wana..Aunty." aku muncungkan bibir. Dia menjenguk kepalanya. Aku tarik handbrake. Lock aku buka, tak menyempat tak tahan laju Wana lompat turun dari kereta. Mujur Minseo cepat.
Aku turun kereta, terkejut aku bila figura tinggi itu turut turun dari perut kereta miliknya. Ada juga rupanya. Segan aku dibuatnya kalau hari-hari dia disini. Tapi untung ada Minseo sekali.
"korang dah makan ke?" laju soalan itu meluncur keluar dari mulut aku. Minseo dan Mingyu pandang satu sama lain.
"Belum!"
"dah!" serentak mereka menjawab. Terkebil-kebil aku. Kening aku bertaut. "Abang? Kita baru makan tadi....?" sepatah-patah keluar dari mulut aku. Automatik muka Mingyu merah menyala. Aku ketawa kecil.
"masuklah.." aku mulakan langkah terlebih dahulu. "Wana let's go!" aku hulur tangan. Laju dia berlari mendapatkan aku. Sempat aku menjeling kearah Mingyu, dia garu tengkuknya. Aku senyum segaris.
Dia....comel.
satu bab je malam ni.. esok kalau rajin min update triple! KALAU!
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Randomperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
