"Ya Allah kau panjangkanlah usia perkahwinan kami, ampunilah segala dosa-dosa kami sesungguhnya kesalahan dan keburukan itu datang dari kami sendiri. Ya Allah, kau jauhkanlah segala perkara yang mendatangkan kecelakaan mahupun kemalangan keatas kami berdua. Hamba dengan penuh rendah hati memohon agar perkahwinan yang kami bina untuk kali yang kedua ini, biarlah yang terakhir sehingga maut yang memisahkan kami, kau lengkapkanlah keluarga ini dengan kehadiran yang kami dambakan untuk kalini, iaitu malaikat kecil." aku pejam mata rapat.
"dan kau tempatkanlah satu-satunya puteri kami di syurga Firdaus mu....Ya Allah. Ameen." aku sapu muka, walaupun berat untuk aku terima, tapi aku harus. Wonwoo pusing menghadap aku dan hulurkan tangan kearah aku. Laju aku sambut dengan senyuman. Lama tapak tangannya diubun-ubun aku. "Adriana minta maaf..Abang." setiap kali ada peluang, memang takkan aku lepaskan untuk memohon maaf. Sempat aku cium tangannya sebelum perlahan aku mengangkat wajah.
Senyumannya yang besar itu buatkan rasa sedih aku hilang serta merta. Leher aku ditarik mendekatinya dan lama dahi aku dikucup. Selepas beberapa saat dilepaskan. "it's okay..sayang stop it okay?" aku mengganguk mengerti. dia tatap wajah aku dalam. Sahaja aku membalas pandangan dia. "ouh ya..terima kasih sayang.." laju sahaja kening aku bertaut.
"untuk?" aku bertanya confuse, rasa macam tak layak untuk terima perkataan tu. Dia dekatkan bibirnya ditelinga aku. "semalam.." dia bercakap dalam nada berbisik. Terus sahaja ketawa aku tercetus. "tu kan tanggungjawab saya.." aku membalas tenang. Dia kemam bibirnya. Malu la tu. "dahlah, awak nak makan apa pagi ni?" aku buka telekung, dan lipat teliti sambil menanti dia untuk buat keputusan.
"sandwich?"
"je?" terkebil-kebil aku menjawab. Dia mengganguk. "okay..jap saya siapkan," aku bangun dari sejadah. Tapi dia masih lagi terduduk disitu. Memerhatikan aku dari bawah. Aku capai hanger dan sangkut telekung.
"eh? Taknak bangun lagi?" dia menggeleng. Tiba-tiba tangan didepa besar. "I need a hug right now." aku suruh dia bangun. Tanpa berjeda laju sahaja lelaki itu berdiri, kemudian aku peluknya kuat. "hmm...rindunya Abang dengan sayang." drastik kepala aku angkat mengintai wajahnya dari bawah. "rindu? Saya kan dekat sini?" aku membalas laju. "entahlah..Abang rasa rindu sangat.."
"walaupun sayang depan mata Abang sekarang ni.." pipi aku dipenyek geram. Aku buat muka. "sakitlah!" aku menjawabnya. Mata aku dikucup. "okay dah..saya minta izin pergi dapur okay? Harini saya kerja." terbeliak matanya. "sayang kerja harini?" aku mengganguk. "Abang lupa ke?" dia lepaskan pelukan perlahan. "Abang drop sayang okay?" lagi-lagi anggukan aku berikan.
Usai kami makan, aku siapkan diri dan Wonwoo. Kemudian laju kami turun ke basement. Rasanya macam dah cepat tadi, tapi end up sampai lambat juga ke Office. "Abang awak tak payah amik saya la, saya balik dengan Dian?" keningnya bertaut. "eh?" terkebil-kebil matanya. "Abang sibukkan, saya tahu..it's okay."
"no..laa sayang, Abang boleh tolak semua kerja Abang dekat tepi demi ratu hati Abang sorang ni" aku menggeleng kecil. "pandai eh?" dia buat muka bangga, kerana ayat manis dia berjaya buat muka aku merah. "but..it's okay..betul saya balik dengan Dian.." dia kecilkan matanya. Aku angkat tangan separas bahu, "promise, lepas balik kerja saya terus balik rumah."
"janji okay?" laju dia memotong. "Abang tunggu sayang dekat rumah okay?" aku mengganguk. Dia muncungkan bibirnya. Laju aku kucup. "bye bye.." kemudian laju sahaja aku turun dari kereta. Lambai dia sehingga kereta menghilang. "tak ada dah tu." terkejut aku, bila diganggu oleh suara halus itu. Dian. Aku tengok dia sekilas. "baru sampai ke?" dia mengganguk, bila aku mula berjalan lekas sahaja tangan aku dirangkul.
"macam mana rasa ada suami Puan Safiyya?"
"betul ke nak tahu?" dia mengangguk dengan muka yang penuh harap. "best gila.." sahaja aku mengusik. Kami naik lift. "uwahh..nampak macam bahagia betul ni." aku buat muka bahagia. "Dian, saya balik dengan awak eh?" drastik pandangannya kearah aku. "eh?"
"saya ada meeting petang, maybe habis maghrib lupa ke?" pak! Terkejut tengok dia ketuk dahinya kuat. "Allah, macam mana saya boleh lupa ni? Saya ikutkan?" aku senyum acuh tak acuh. Lalu mengganguk. "baik, Puan." dia tundukkan sedikit kepalanya. Elok lift terbuka, kami keluar lift dan masuk Office. Aku sapa pekerja manis, setelah seminggu bercuti. Cuti betul. Aku labuhkan punggung perlahan di kerusi dan buka PC, sambil tenung kosong dokumen atas meja itu. "huh! Banyak kerja ya..." aku bebel sendiri.
Aku buka email. Inbox aku tekan. Terus senyuman aku terukir. "I already miss you sayang.." menyempat dia hantar email, mentang-mentang aku tak ada phone. "can't wait to having a another good night with you sayang.." aku menggeleng kecil.
"behave Abang ni email Office," aku membalas dengan senyuman yang besar, boleh pulak menggatal dekat situ. Astaga suami siapa ni.
Sekejap je masa berlalu. Tup tup dah dua minggu berlalu, kes Wana juga hampir selesai, semua berkat doa dan usaha orang sekeliling. Aku benar-benar fokus dengan kerja aku sekarang. Project yang telah diselenggara untuk beberapa bulan yang lalu akhirnya dibuka kembali. Kes pun telah selesai. Alhamdulilah. Aku kerling jam. "8.00?" terbeliak biji mata aku, laju tangan aku tutup PC dan bergegas keluar dari Office. Gelap, sunyi sudah.
Aku masuk dalam kereta dan memandu tenang menuju ke rumah. Parking kereta, sebelum keluar sempat aku usha kereta Wonwoo. "balik dah..tak mesej apa-apa pon." aku buka phone seketika, cek massage mana la tahu tak naik notification ke apa kan. Tapi hampa, phone aku sunyi. "lupa kot," aku bercakap sendiri, sebelum pintu kereta aku buka.
Tapi bila kaki aku jejak sahaja di lantai basement, hati aku mula tak sedap. Tiba-tiba sahaja jantung berdegup laju. Tapi aku sangkal laju. Aku menggeleng dan buka langkah cepat tinggal parking lot. Aku naik lift, bergedik kaki aku. Risaukan sesuatu, apa itu aku sendiri tak tahu. Ting! Lift terbuka. Sekali lagi jantung aku berdetak, tapi kali ni lebih laju. Aku tepuk dada. "fuh..kenapa aku rasa macam ni?"
Aku susun langkah perlahan, dengan segala doa aku panjatkan mengharapkan tiada apa yang berlaku. Aku terhenti seketika bila mana aku kena belok kekanan untuk menuju ke rumah. Aku berjalan selangkah, sambil menjegulkan kepala sedikit. Pintu tertutup. Tiada apa-apa pon. Mungkin perasaan aku je kot. Aku teruskan langkah menuju ke rumah. Aku tag card, aku tolak pintu masuk. "Aban--"
Tapi figura yang berdiri dengan tangan yang berlumuran darah itu buatkan mata aku membesar. "Mingyu? Kau--" pandangan aku jatuh kearah Wonwoo yang terbaring lemah dengan darah yang mengalir laju dari perutnya itu. "Abang?!" laju aku berlari kearahnya. "kau buat apa ni?!"
"Abang!" aku tepuk pipinya. "A--aku tak sengaja..A--ak-u tak buat.." air mata aku mrngalir laju. "Abang bangun!" gelabah aku capai phone call ambulance. "Abang! buka mata please.." aku merayunya. Dia dalam keadaan separa sedar dalam ambulance. Menitik-nitik air mata aku jatuh membasahi wajahnya. "Abang..bertahan please.." dia pejam mata seketika.
"Abang buka mata!" aku jerkah dia. Sempat dia berikan senyuman, sebelum matanya terpejam rapat. "Abang?!" aku goncangkan badannya. "Aba--"
Nafas aku mula tak teratur bila tengok Wonwoo dalam keadaan yang sebegitu rupa. "Puan?" aku usap dada aku perlahan. "Doktor..suami sa--" gelap. Tak nampak apa-apa itu je yang mampu aku ungkapkan.
Ini ke pengakhirannya?
i takkan matikan watak Mingyu begitu sahajaa yaa...yeorobun..
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
De Todoperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
