BAB 37

264 10 5
                                    

Aku tengok pakaian aku harini depan cermin, casual look untuk fitting baju kahwin. Dalam sedar tak sedar tinggal seminggu je lagi. Lipstick aku capai dan sapu sedikit dibahagian bibir untuk kurangkan pucat. Aku hela nafas. Cincin tunag yang terletak elok dijari manis itu aku lihat. "aku harap ni jadi perkahwinan terakhir aku..I wish." sempat aku pejam mata sebelum kemam bibir untuk ratakan lipstick yang baru sahaja aku letak tadi.

Aku turun tangga dan hulurkan tangan kearah Wana. Dia menggeleng. "Ibu Wana tak nak ikut boleh?" terus kening aku bertaut. Aku mencangkung samakan ketinggian dengannya. "kenapa....taknak jumpa dengan Papa? Kata rindu Papa?" aku betulkan rambutnya. Dia muncungkan bibirnya. "Wana nak merajuk dengan Papa boleh?" terus ketawa aku tercetus. Aduhai la anak.

Ni mesti sebab Mingyu dah berhari-hari tak jumpa dia, "Papa work la sayang.." aku memujuk, kang explain panjang-panjang bukan dia faham pon. Aku tengok muka dia, "nak ikut Ibu tak?" senyumannya terukir. Pin! Bunyi hon diluar menggangu bicara aku dan Wana. Wana besarkan mata. "Papa!" laju dia berlari ke pintu utama. Aku pulak ke meja makan capai botol susu.

"Wana..." meleret nada suara Mingyu mendukung Wana. "adoi anak Papa dah berat la." digeleteknya perut budak tu, seronok bukan main. "Wana miss Papa tau..kenapa Papa tak jumpa Wana?" Mingyu tengok aku, aku hanya mengangkat bahu. Pandai-pandai la explain sendiri. Aku punya bahagian dah habis.

Aku kunci pintu. "Dear?"

"hm?" aku kunci pintu rumah. "Wonwoo datang sini?" terhenti segala tingkah aku. Aku pusing menghadapnya. Berdebar. Sudahlah aku tak cerita apa-apa pasal perkara tu. Aku tengok Wana. Budak ni boleh terlepas pula, macam mana aku boleh tak dengar? Dengan ragu-ragu senyuman aku ukir.

Dalam masa kami fitting baju kahwin satu patah perkataan pun tak keluar dari mulutnya. Sampailah selesai. "kau nak pergi makan ke lepas ni?" aku menanti jawapan dia. "em." itu je yang dia jawab. Mingyu mendukung Wana dan berjalan menonong tinggalkan aku dibelakang sendirian. aku tarik nafas dan lepas.

Aku suap Wana makan, bukan boleh lepas pandang budak ni kejap lagi comot kita pula yang kena marah. "kau tak nak explain apa-apa ke, Adriana?" aku tengok dia sekilas. "explain apa?" sahaja aku tanya macam tu, nak tengok tingkah dia. Aku tarik bahu Wana sedikit, sua sudu dekat mulutnya. Ternganga luas mulutnya. "Wonwoo." sepatah je yang keluar.

"dia datang nak jumpa Wana.."

"jumpa Wana ke jumpa kau?" laju dia mencantas percakapan aku, sarkatik. aku mengeluh. Cemburunya tak boleh nak disorok langsung. Kadang-kadang penat jugak, asyik nak kena mengalah. "Mingyu, anak ada dekat sini." perlahan aku bersuara. "habis nak bercakap dekat mana?" nadanya makin datar. Nampak yang dia memang tengah marah sekarang.

Aku berdiri. "Wana jom, Ibu bawa pergi cuci mulut." aku angkat Wana. Aku betulkan dukungan. "sini dengan aku." aku alihkan Wana kesebelah kiri. "takpa aku je." laju aku buka langkah kearah singki. Bila datang tentang Wonwoo cepat sahaja aku dipersalahkan. Aku hela nafas. Tangan Wana dan mulut aku cuci. "okay dah Ibu.." aku angkat dia. "jom."

Mingyu pandu kereta. Aku pula sibuk tahan botol susu Wana yang dah hampir terjatuh tu, mengantuk sangat. Macam dia pulak yang fitting baju. "Adriana." belum lagi aku dengar panggilan 'Dear' keluar dari mulutnya. "dia datang jumpa Wana bukan aku," lekas sahaja aku menjawab. Dia menghela nafas. "kenapa nak kena jumpa dekat rumah?"

"habis nak jumpa dekat mana? Dia dah sampai depan pintu rumah, kau nak suruh aku halau dia ke apa?" aku menjawab pula. Aku tepuk punggung Wana. Terkejut aku bila dia memotong rapat kekiri dan parking ditepi jalan. Aku tengok dia. Makin dekat hari nak kahwin, makin teruk pula cemburu dia. "susah sangat ke nak cerita dengan aku?" aku hela nafas.

"Mingyu, Wonwoo tu ayah kandung Wana.. bukan jadi masalah pun dia nak tengok anak dia sendiri." aku bercakap lancar. Dia senyum sebelah. "im not talking about Wonwoo meet Wana tapi kau!" aku tengok cermin luar seketika, sebelum kembali menghadap dia. "aku tahu kau tengah marah sebab Wonwoo datang rumah, tapi waktu dia main dengan Wana sekali pun aku tak jejak koridor luar rumah. Sebab dia duduk dekat situ." kini dia terdiam. Baru harini aku nak meluah.

Aku tarik nafas sebelum menyambung. "aku penatlah kalau kita asyik nak bergaduh pasal Wonwoo. Dia dah move on dah pun, kita nak kahwin minggu depan je Mingyu. Kalau macam ni la gayanya, boleh ke perkahwinan kita bertahan.. hm?" dia tertunduk. Aku alihkan pandangan ke tingkap depan. "aku--"

"kau tak percaya aku kan sebenarnya, Mingyu?" dia angkat wajahnya kembali menatap aku. Dia menggeleng. "bukan..aku cuma.." lama dia berjeda. Aku hela nafas. "hantar aku balik." itu yang keluar dari mulut aku. "Dear?" aku pejam mata dan sandarkan kepala di seat kereta, abaikan semua percakapannya. Kalau cakap sekejap lagi, panjang cerita dia. Jadi lebih baik aku diam.

Sampai je depan rumah, tanpa menunggu masa lama cepat sahaja aku keluar dari keretanya. Sikitpun aku tak kalih, tunjuk protes yang aku pun berhak marah. Asyik aku je yang mengalah. Aku pun penat.

Aku masuk rumah dan letak Wana atas sofa dan perlahan aku labuhkan punggung disebelahnya. Dahi aku picit sedikit. Macam mana ni? Makin menjadi-jadi pula. Besar betul dugaan bertunang aku kalini. Aku hela nafas ringan sambil tenang menyandarkan kepala di sofa.

Aku sedaya upaya nak jaga hati dia, tapi takdir benar-benar tak memihak dengan aku. Aku tengok Wana, sambil menepuk ringan punggungnya. "macam mana Ibu nak jauhkan awak dengan Baba?" dia dah mula sayang dengan Wonwoo, tak berhenti mulutnya comparekan Mingyu dan Wonwoo, depan Papa dia tadi. Takkan aku nak pisahkan Wonwoo dengan Wana pula?

Dah dua hari phone aku sunyi. Call, mesej dari Mingyu satu pun aku tak dapat. Dia marah aku lagi ke? "Puan Safiyya?" aku angkat muka aku melihat Dian yang masuk Office aku dalam keadaan terburu-buru. Terus kening aku bertaut. "bakal suami Cik Safiyya ada dekat sini." terpana aku. Tak pernah pun dia datang sini. Kenapa tiba-tiba?

"dia.." aku fokus kembali. Perkataan tu buatkan jantung aku berdetak laju.

"bergaduh dengan Tuan Athar!" terang mata aku. Terpana. Berlari aku ke elevator. Dengan doa aku cuma harap tiada apa-apa yang berlaku. Aku sapu muka, "ya allah.." bergedik kaki aku risau.

Mingyu tak akan melebihi bataskan?


satu kata untuk Mingyu?

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Where stories live. Discover now