“Cukup dah tu garam. Gaul semua.”
Qhair gerakkan senduk, mengacau sebati ikan yang sudah diletak serbuk kunyit, garam, cili kisar dan ajinomoto. Minyak dipanaskan untuk mula memasak.
“Perlahankan api tu. Minyak dah panas, masukkan bawang putih dua ulas. Tumbuk dulu bawang tu dengan pisau.”
“Tumbuk macam mana?”
“Pusing pisau macam ni. Nah, hempap dia.”
Qhair masukkan bawang ke dalam kuali apabila minyak panas. Kemudian, ikan pula dimasukkan. Dia termelompat kecil saat bunyi minyak dan letupan kecil terjadi.
“Terpercik minyak bang.”
“Biasalah tu. Letak ikan elok-elok dalam kuali. Jangan kuat-kuat sangat. Makin banyak minyak terpercik nanti.”
Qhair bergerak laju mencapai tudung sarung Arisha di belakang pintu. Disarung pada kepala dengan bahagian dagu tudung diletak di atas hidung. Bolehlah buat tutup separuh muka. Tudung periuk pula dicapai dibuat seperti perisai di hadapan tubuh. Qhair kembali memasukkan ikan kedua ke dalam kuali.
Mahu tertawa Fajar melihat tingkah Qhair. Qhair ni… luaran dia nampak tenang je walaupun kuat membebel. Tapi melihat tingkah dan perangai, dia dapat rasa Qhair seorang yang matang sekarang.
“Dah siap. Dah okey, kan?” Qhair tunjuk pinggan berisi tiga ekor ikan goreng.
“Dah. Tahu pula kau setakat mana dah masak.”
“Agak-agak je. Tengok ikan goreng yang selalu makan, dah boleh tahu macam mana rupa dia bila masak.” Qhair letak ikan goreng di bawah penutup saji.
“Sekarang nak masak kuah apa? Kuah sup atau gulai?” Soal Qhair.
“Kalau gulai, kena ada santan. Dekat rumah tak ada santan. Abang dengan Arisha tak pernah beli santan kotak. Selalunya mesin kelapa sendiri atau beli kelapa siap mesin dekat kedai mak cik abang.”
“Ouh. Qhair tak boleh tinggal abang. Kalau masak sup, cukup bahan tak?”
“Kita buat sup sayur laa. Bahan dia mudah je. Rasanya cukup bahan. Keluarkan sayur dulu. Tengok sayur apa ada.”
Qhair menggeledah peti sejuk. “Yang Qhair biasa nampak dalam sup sayur, ni ada kobis. Lobak, sawi dengan tomato.”
“Haa cukup laa. Basuh dulu baru potong.”
Arisha bersandar pada bingkai pintu dapur. Tersenyum-senyum dia memerhati suasana di dapur. Balik-balik, itu yang menyapa pandangan matanya.
“Kena buang kulit dulu ke tak?”
“Buang laa. Nipis-nipis je.”
“Baik bos!” Qhair beri tabik. Pisau dicapai lalu dia mula membuang kulit lobak.
“Kau cepat pandai. Tak susah nak ajar.”
“Belajar dari pemerhatian. Sekarang perlukan arahan. Tak pandai sukat bahan, tak tahu nak masukkan apa.”
“Korang buat apa ni?” Arisha bersuara seraya melangkah masuk ke dalam.
“Adik kau belajar masak hari ni.”
Arisha menghampiri Fajar. Tangan Fajar disalam lalu dahi Fajar dikucup. “Rajin. Buang tabiat haa?”
“Ha'aa buang tabiat sikit.”
“Kenapa tak tunggu aku balik masak?”
“Kan Qhair tengah belajar masak. Qhair masak sendiri laa.”
“Pandai ke?”
“Pandai laa.”
“Habis tu kenapa dengan tudung aku atas kepala kau tu? Nak memasak ke nak jadi ninja?”
ANDA SEDANG MEMBACA
UNTUK MENERIMA SEADANYA
Romance[COMPLETE] [FAMILY/ROMANCE] Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kal...
