BAB 56

498 31 5
                                        

Khairul yang terlelap di atas kerusi dilihat. Pasti lelaki itu bosan bersendirian tanpa peneman. Pandangan dikalih ke arah Puan Rosna. Wanita itu teragak-agak mahu menyentuh rerambut Fajar. Tangan pun terlihat sedikit bergetar.

Rambut Fajar diselak sedikit. Menitis air mata Puan Rosna melihat keadaan Fajar. Luka-luka di tubuh Fajar menyiat hatinya. Betapa banyaknya nak dibanding luka dia semasa terbabas dulu.

“Bila kau datang?” Khairul yang tersedar terus menyoal.

“Baru je. Nah. Ada makanan sikit untuk awak. Terima kasih sebab jaga Fajar.” Arisha hulur plastik berisi bungkusan makanan.

“Kau selalu segan macam ni. Kitorang dah macam adik beradik kandung. Tak ada hal laa.”

Arisha hanya melorek senyuman. Bagaimanapun, dia tetap berasa segan. Dah berapa hari lelaki itu bergilir dengannya untuk menjaga Fajar. Ayu tak dapat jaga kerana mengurus anak-anaknya yang masih bersekolah. Urus kedai lagi.

“Awal kau datang hari ni. Bukan ke hari ni sekolah?”

Arisha angguk. “Saya ambil cuti. Hari ni kena periksa kandungan. Lepas periksa tu terus datang sini.”

“Ouh. Terima kasih makanan ni.” Khairul bangun untuk memberi tempat duduk kepada Arisha.

“Sama-sama.”

“Aku keluar makan dulu sekejap. Kau nak jaga Fajar sampai pukul berapa?”

“Sampai esok. Kesian awak tak cukup rehat. Maaflah susahkan awak.”

“Tengok tu. Ni aku malas ni. Janganlah segan sangat. Anggap je aku ni abang Fajar. Aku lahir awal sebulan daripada dia.”

“Haa yalah-yalah. Awak nak makan, ajaklah Qhair teman. Dia pun mesti tengah cari-cari teman nak duduk sekejap sementara tunggu mak turun.”

“Okies! Ada apa-apa telefon aku. Aku selalu ada masa.”

Arisha angguk. Mata melihat Khairul yang berjalan pergi sebelum beralih memandang ke arah Puan Rosna.

“Maafkan mak. Mak janji mak takkan sakitkan hati Fajar dah. Mak janji, mak akan sayang Fajar sama macam mak sayang Fahim dan Husna. Cepat bangun anak mak. Mak rindu,” bisik Puan Rosna.

Arisha hanya diam memerhati. Hati dia turut merasa sedih melihat keadaan Fajar dan Puan Rosna jadi begini. Harap-harap akan ada perdamaian saat Fajar sedarkan diri.

“Arisha nak jaga Fajar ke hari ni?” Soal Puan Rosna.

Arisha angguk.

“Kalau rasa penat, mak boleh suruh Mak Cik Ayu tengokkan.”

“Tak penat mak. Arisha nak teman Fajar. Tinggal lama-lama, rasa rindu pula.” Arisha lorek senyuman kecil.

“Hm kalau macam tu mak turun dulu. Mak nak balik. Kesian opah duduk lama-lama dekat rumah Nek Uza.”

“Hati-hati jalan mak. Nanti Arisha telefon Qhair suruh jemput mak dekat lobi.”

Puan Rosna angguk tanda faham. Kaki melangkah pergi setelah disalam oleh Arisha.

Arisha labuh punggung di atas kerusi. Tangan Fajar diraih dan dikucup.

“Assalamualaikum. Hai sayang.” Senyuman diukir.

“Kuku awak dah panjang ni.” Jari jemari Fajar disentuh. Arisha menggeledah begnya untuk mencari pengetip kuku. Kemudian, kuku Fajar dipotong kemas.

“Awal datang hari ni,” tegur seorang wanita yang merupakan penjaga kepada pesakit di katil sebelah.

“Hm awal. Tak pergi kerja hari ni.” Ramah Arisha membalas.

“Patutlah.”

“Suami akak sakit apa?”

UNTUK MENERIMA SEADANYACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang