Besen berisi air diletak di atas meja lampu. Arisha lorek senyuman seraya tangan mencuit hidung Fajar. “Masa untuk mandi.”
“Aku boleh mandi?”
“Lap badanlah. Ke awak nak syampu kepala?”
“Tak. Aku dah syampu kemarin. Petang sikit aku nak basahkan kepala je.”
“Okey. Sekarang kita buka baju.”
Fajar tarik tangan Arisha yang hendak menolong dia duduk bersandar.
“Kenapa?”
“Kau takut semalam?”
“Tipulah tak takut.”
“Aku minta maaf. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh ada asma.”
“Saya tahu. Doktor dah jelaskan dekat saya. Doktor cakap, awak ada asma mungkin berpunca daripada jangkitan sistem pernafasan masa kemalangan tu. Tak tahulah sementara atau macam mana. Tengok keadaan.”
Fajar hela nafas.
Arisha cubit manja dagu Fajar. “Jangan fikir lebih-lebih. Awak kena relaks sikit. Tak boleh stres-stres. Nanti lambat sembuh.”
Fajar angguk tanda faham. “Cinta hati.”
“Hm.” Arisha jungkit kening.
“Janggut dengan misai aku dah panjang. Kau pandai tak cukurkan? Aku kekok nak bercukur guna tangan kanan. Biasa guna tangan kiri.”
Arisha geleng. “Tak pernah buat. Saya seriau laa. Takut lukakan awak nanti. Saya tanya Qhair eh?”
Fajar angguk mengiakan.
“Lap badan awak dulu. Biar wangi berbedak, baru bercukur.”
“Aku bukan baby.”
“Awak baby besar. Baby kesayangan saya. Mmuah! Mmuah!” Hidung dan pipi Fajar dikucup membuatkan Fajar tertawa.
“Aku rasa nak peluk kau kemas-kemas. Tunggu sembuh laa. Aku dah geram ni tengok kau. Kenapa cantik sangat hm?”
“Gemuk macam ni awak kata cantik.”
“Betul-betul cantik cinta hati. Cantik sampaikan aku rasa tak nak kalih pandangan walau sesaat.”
“Manis mulut awak.”
“Betul ke manis? Kau nak cuba rasa?”
“Tak ada rasa-rasa. Saya terkam nanti. Nasib baik awak sakit.”
Fajar tertawa. Buat-buat ganas pula isteri kesayangan dia ni. Comel aje.
Usai menukar pakaian, Fajar dibawa ke dapur untuk bercukur. Harapkan Qhair ajelah tolong cukurkan. Kalau dia, mahu berduri dagu Fajar. Takut betul nak cukur habis. Risau kena kulit sampai tercalar. Cukuplah luka yang Fajar ada sekarang.
“Dah siap dah.” Qhair angkat cermin kecil ke hadapan muka Fajar.
“Okey dah. Terima kasih.”
ANDA SEDANG MEMBACA
UNTUK MENERIMA SEADANYA
Любовные романы[COMPLETE] [FAMILY/ROMANCE] Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kal...
