BAB 57

473 28 3
                                        

Fajar terbatuk-batuk. Sekarang baru rasa sakit demam. Lemah satu badan dia. Sekejap-sekejap mata terbuka. Hanya separa terbuka kerana tidur yang tidak lena.

“Mak….” Gumaman dari mulutnya terdengar.

“Mak.” Panggil Fajar lagi. Mata kembali dibuka. Dia nampak figura Puan Rosna tidak jauh daripadanya. Namun, figura Puan Rosna terlihat kabur.

Fajar terbatuk kuat. Dia seakan-akan meracau saat memejam mata kembali.

•••

Wajah Khairul dipandang sebaik sahaja tersedar dari lena. Dah sedia maklum Arisha kerja hari ini. Memang bertemankan Khairul laa sejak semalam. Tapi dia langsung tak sedar bila Arisha pulang ke rumah. Waktu malam semalam pun dia tak bangun.

Deringan telefon menyentakkan Khairul dari tidur. Mengantuk sangat semalaman berjaga menjaga Fajar. Terus tertidur dia tepat pukul 9:40 pagi tadi. Tak sampai 30 minit lagi dia tidur sekarang.

“Hello.” Khairul sandarkan tubuh kembali sambil memejam mata.

Khairul bergumam. “Doktor kata dia dah okey sikit subuh tadi. Jangan risaulah.”

“Nanti aku call Arisha. Kalau dia nak pergi sana, aku pergi sekali nak tengok keadaan Fajar. Malam ni biar aku jaga Fajar.”

“Okey.” Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar semula setelah panggilan berakhir.

“Hoi!”

“Opocot kau!” Khairul yang baru nak terlena kembali terus termelatah. Suara Fajar tak kuat pun, tapi dia terkejut. Risau Fajar kena sawan macam semalam pula. Takut dia tengok.

“Bila kau sedar?” Soal Khairul seraya membetulkan posisi duduknya.

“Baru.”

“Lapar tak?”

“Sikit. Aku haus.”

“Hauslah. Penat meracau semalam. Rindu mak ke hah?” Khairul capai bubur nasi yang dibeli sebelum melelapkan diri tadi. Mana tahu Fajar terbangun dan lapar. Itu yang dia beli awal-awal.

“Aku meracau ke?”

“Ha'aa. Kau asyik panggil mak kau. Lepas tu ada laa kau meracau sebab sakit badan.”

“Arisha ada ke masa aku meracau tu?”

“Ada. Dari petang sampai ke tengah malam kau meracau. Sempatlah dia ada, tengok kau.”

Fajar hela nafas. Mesti dia takutkan Arisha lagi.

“Baca bismillah.” Suruh Khairul setelah meninggikan kepala katil.

“Auzubillahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim.”

“Aik! Ada auzubillah jugak.” Khairul sua suapan pertama ke mulut Fajar.

“Yalah. Risau kau buat perangai syaiton. Aku dahlah tak larat. Nak lari pun tak boleh.” Tutur Fajar sehabis menelan makanan.

Khairul sengih jahat. “Maaflah. Setan tak mau lari.”

“Diam.”

UNTUK MENERIMA SEADANYACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang