Pintu rumah diketuk sambil bibir memberi salam. Kemudian, Arisha buka pintu dan melangkah masuk. Dari luar tadi dia nampak kereta Qaayed terparkir. Abangnya itu tak adalah pula bagitahu nak datang ke sini. Mungkin dah bagitahu Qhair atau Nora Maisara.
“Dah makan ke belum Arisha?” Soal Muna.
“Belum lagi kak. Balik terus tadi. Bila masa abang sampai?” Arisha duduk di atas sofa.
“Baru je sampai. Tengok-tengok rumah tak ada orang. Pergi rumah tok su, Nora ada dekat sana.” Ujar Qaayed.
“Abang tak bagitahu Arisha yang abang nak datang.”
“Abang dah bagitahu laa dalam WhatsApp keluarga. Tak tengoklah tu. Lepas tu abang bagitahu Qhair tadi.”
“Qhair tak ingat nak cakap.” Qhair tersengih.
“Akak dah masak nasi. Marilah nak makan.”
“Arisha nak solat maghrib dulu kak.”
“Haa okey. Nanti kita makan sama-sama.”
Arisha angguk mengiakan. Dia berdiri dan berjalan ke bilik.
“Biar Nora tolong akak hidang lauk.” Nora Maisara melompat turun dari sofa. Kaki melangkah ke dapur mengikuti Muna. Sempat dia menyambar tembikai yang sudah dipotong lalu dimakan.
Usai mandi dan solat, Arisha ke dapur. Pinggan yang sudah diisi nasi ditarik merapat. Lauk-pauk dicedok.
“Sedap kak! Menambahlah macam ni.” Terhentak-hentak kaki Nora Maisara di bawah meja.
“Aik! Lauk biasa je. Ayam masak merah.”
“Dua, tiga hari ni Nora kerap makan roti canai tau. Nasi beli dekat luar je. Nora kebulur nasi dari rumah.”
Muna tertawa. Ada-ada saja.
“Itulah…. Bapak suruh belajar masak nasi sendiri, malas. Ada aje alasan nak mengelak.” Ujar Arisha.
“Tau! Macam mana nak survive kalau tak pandai masak makanan? Nak jadi polis konon. Kalau-kalau ada situasi yang kau tak jangka, macam mana kau nak tangani tanpa makanan?” Bebel Qhair.
“Aku tahulah. Ada masa lagi. Nanti aku belajar. Janji kau ikut!”
“Aku tak janji.”
“Qhair….” Nora Maisara monyokkan muka.
“Makan nasi tu.”
Nora Maisara mendecit. Dah ubah topik dah. Ini yang dia geram. Macam mana pun, dia akan heret Qhair belajar sekali!
Masing-masing duduk di ruang tamu sehabis makan. Arisha lunjurkan kaki. Cepat dia rasa letih beberapa hari ini. Mungkin kerana penambahan berat badan. Asyik berjalan pula.
“Sakit kaki kak?” Soal Qhair.
Arisha angguk. “Berat makin bertambah. Jalan lama sikit, terus sakit kaki. Rasa tak selesa.”
“Biar aku tolong urut. Esok sekolah lagi tu.” Qhair capai minyak ubat di dalam kabinet.
“Rajin pula kau. Masa aku demam, aku suruh urut kepala sikit pun malas.” Nora Maisara juihkan bibir.
“Kan emak dah urut kau. Kalau aku tak urut Kak Arisha sekarang, siapa lagi nak tolong urutkan kaki dia?”
Nora Maisara sengih. Okey, dia kalah. Selalu juga kalah dengan Qhair. Qhair kuat membebel sekarang. Makin menurun pula perangai Encik Uzair dekat Qhair.
“Bismillahirrahmanirrahim….” Tutur Qhair sebelum memulakan urutan.
“Untunglah ada adik macam ni bang.” Arisha sengih seraya memandang Qaayed.
ANDA SEDANG MEMBACA
UNTUK MENERIMA SEADANYA
Romance[COMPLETE] [FAMILY/ROMANCE] Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kal...
