BAB 61 : EPILOG

998 32 15
                                        

Mata Fajar tidak terkalih daripada memandang Arisha yang sedang mengeringkan rambut. Daripada berbaring, dia duduk bersandar pada katil. Kemudian Fajar turunkan kaki dan berjalan menghampiri Arisha. Sikat rambut dicapai lalu dia menyisir rambut isterinya itu.

“Awak patut rehat.”

“Dah berapa bulan aku rehat. Dah penat dah rehat.”

“Rehat pun penat.”

“Penatlah cinta hati. Bosan.”

“Kaki awak betul-betul okey ke?”

“Kau nak tahu? Sini aku buktikan.” Tangan Arisha ditarik supaya berdiri.

Fajar lorek senyuman. Kening dijungkit sesaat seraya meletakkan tangan Arisha di pinggangnya. Langkah kecil diambil.

“Menari hm?”

“Aku dah lama tunggu saat ni. Rindu nak buat macam-macam dengan kau. Menari, keluar jalan-jalan, lepak dekat restoran, masak sama-sama.”

“Hari sabtu nanti kita keluar beli barang baby. Baby dah nak keluar tau.”

Fajar angguk. “Doktor bagitahu jantina tak?”

“Saya tak bagitahu awak lagi eh?”

Fajar geleng.

“Kemarin saya pergi check, doktor kata sepasang.”

“Lelaki dan perempuan hm? Kau rasa diorang ikut muka siapa?”

“Ikut muka siapa lagi? Awak dengan saya laa. Mesti ada bahagian-bahagian yang serupa dengan awak dan ada juga bahagian-bahagian yang serupa dengan saya. Tapi… kalau perangai diorang sama macam awak, pengsanlah saya.”

“Kenapa pula?”

“Awak manja. Macam tak nak berenggang daripada saya. Kalau diorang berdua pun macam tu, mahu tak bergerak saya nanti.”

Fajar tertawa. “Akukan ada. Diorang tak boleh rampas kuasa aku. Kalau diorang asyik menempel dengan kau, nanti aku nak menempel dengan siapa?”

“Menempel dengan bantal.”

“Bantal tak hangat macam kau.”

“Yalah-yalah. Sini peluk kemas-kemas sebelum diorang keluar.”

Fajar tersengih. Langkahannya terhenti untuk memeluk tubuh Arisha. Perut dah besar macam apa. Tak boleh peluk kemas sangat. Risau Arisha terberanak malam ni juga.

“Macam mana awak boleh terfikir nak pergi jumpa mak? Berbaik dengan mak.”

Fajar hela nafas. “Aku penat tunggu mak pagi-pagi. Dia hantar kuih, tapi tak nak munculkan diri bila aku tunggu. Sudahnya, boleh jalan, aku pergi terus. Aku rindu. Marah macam mana pun, dia tetap mak aku. Aku sayang dia. Tak kira apa pun yang dia buat dekat aku.”

Arisha cium dada Fajar. “Awak berani hari ni.”

“Aku rasa lega. Lega sangat. Tapi rasa takut tu masih ada. Aku takut perkara sama berulang. Mak berbaik dengan aku sementara je.”

“InsyaAllah tak. Meskipun jadi lagi, awak ingat je, mak cuma marah awak. Marah tu sebab sayang. Awak tak perlu terasa hati. Bila awak fikir positif, kesan dia pun positif. Saya tahu… dengan situasi awak, kadang-kadang susah nak terima keadaan. Tapi sayang, tak ada manusia yang sempurna. Manusia sentiasa akan ada silap dia.”

“Betul cakap kau. Tak ada manusia yang terlepas daripada buat silap. Baik aku, baik mak, dua-dua ada silapnya.”

“Hm.” Arisha angguk mengiakan.

“Sekarang aku cuma harap perdamaian ni berpanjangan.”

“InsyaAllah.”

“Kau pandai pujuk orang. Pandai tenangkan aku. Memang rugi kalau aku terlepas kau.”

UNTUK MENERIMA SEADANYACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang