Perlahan-lahan kelompok matanya terbuka sebelum bernafas dengan teratur.Badan lelaki itu digerakkan dengan posisi duduk.Dia adalah Kaires Ardian.
Kaires Ardian. Seorang lelaki yang dikenali sebagai lelaki yang dingin. Perempuan? Sikit pun tidak tertarik olehnya tetapi seorang perempuan mampu meluluhkan hati yang beku hanya dengan pandangan sahaja.
Walaupun dikenali sebagai lelaki yang tidak mudah didekati, Kaires tetap memerhati dunia sekelilingnya dengan penuh hati-hati.
Kaires Ardian adalah Chief Executive Officer atau dikenali sebagai CEO, seorang pemimpin yang memikul tanggungjawab yang besar dengan pelbagai tugas yang harus diuruskan olehnya.
Dia berkhidmat di EV. AR. HOLDINGS , sebuah syarikat yang dikenali kerana pendekatannya yang progresif dalam dunia perniagaan dan bidang pelabuhan.
Kaires Ardian berjalan penuh keyakinan menuju pintu lif.Lalu menekan tombol lif dengan kasar.
Dengan langkah yang pasti Kaires memasuki bilik kerjanya yang terletak di tingkat atas, di mana suasana tenang membolehkannya fokus pada tugas-tugas yang menanti.
Dia fokus pada kerjanya yang banyak, tetapi perhatiannya terganggu apabila seseorang mengetuk pintu biliknya.
Dia adalah Dean Hayl, asisten kepada Kaires yang membantu dalam menguruskan pelbagai tugas di pejabat.
"Maaf tuan. Saya lambat" kata Dean sambil menundukkan kepala dengan perasaan bersalah, wajahnya menunjukkan rasa bersalah yang mendalam.
"Kenapa kamu lambat?" tanya Kaires, memandang Dean dengan tatapan tajam. Ketenangannya sudah terganggu, dan kini dia juga merasa sedikit marah dengan kelawatan Dean.
"Saya benar-benar minta maaf, tuan. Saya terlambat kerana lupa untuk mengatur jam. Walaupun saya tidur awal semalam, saya masih tidak terjaga" Dean menjelaskan dengan penuh rasa bersalah, ketakutan membayangi wajahnya, risau jika Kaires akan memarahi.
"Yasudah, pergi buat kerjamu. Tetapi lain kali, pastikan kamu tidak terlambat"Kaires menekankan, suaranya sedikit meninggi. Meskipun begitu, dia tetap menyimpan rasa memahami dalam hatinya, tidak mahu menjadikan perkara ini lebih serius.
Kaires menyambung kerjanya sehingga waktu makan tengah hari, tenggelam dalam dokumen dan laporan yang menuntut perhatiannya.
☆⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞☆
Dean mengetuk pintu bilik Kaires dengan hati-hati, merasa sedikit gementar sebelum menunggu jawapan dari dalam.
Kaires menyedari akan ketukan itu dan mengucapkan "masuk" dengan nada perlahan, namun suaranya dapat didengar jelas di luar bilik.
"Mohon maaf tuan, jika saya menganggu waktu anda" kata Dean dengan nada sopan, sambil memandang kearah laptop yang menunjukkan jadual Kaires Ardianiaitu tuannya. "Tetapi tuan ada mesyuarat pada pukul 2.00 nanti"
"Baiklah,thank you for the info. Bagitahu yang lain untuk bersiap pada pukul 1:45" ujar Kaires kembali fokus pada kerjanya.
"Baik tuan" Ujar Dean kemudian dia bergegas keluar dari bilik dan memastikan arahan Kaires dilaksanakan.
Tanpa mengambil rehat untuk makan tengahari, Kaires terus duduk di pejabatnya, matanya tidak beralih dari skrin komputer sambil menyiapkan kerjanya.
☆⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞☆
Tiba waktu untuk mesyuarat, Kaires keluar dari biliknya dengan penuh fokus dan diikuti Dean. Dia menekan tombol lif yang akan membawanya ke tingkat bilik mesyuarat.
Setibanya di bilik mesyuarat, Kaires duduk di kerusi utama dan mula membincangkan agenda mesyuarat dengan tegas dan teratur.
Di sana, terdapat gambaran grafik yang dihasilkan oleh Tim pereka grafik,terdiri daripada dua orang berbakat, Irina Evyn dan Darcie Mareen.
Mereka diminta untuk menjelaskan grafik yang telah disiapkan. Kaires memberi tumpuan sepenuhnya pada setiap kata yang disampaikan oleh Irina.
Tanpa sengaja, Irina bertembung pandang dengan mata Kaires yang berwarna coklat, membuatnya sedikit terganggu namun dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya.
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...