"Abang pergi lah dulu kat bawah ke, sebab adik nak bersiap sekejap," kata Irina sambil tersenyum, cuba menenangkan dirinya daripada rasa malu.
Kaires menangguk dengan cepat dan terus berpatah balik, menuruni tangga menuju ke ruang tamu. "Okay, adik. Abang tunggu kat bawah," katanya sebelum berlalu pergi.
Setelah pintu biliknya tertutup, Irina beralih melihat plastik yang dibawa Kaires tadi.Dengan sedikit rasa ingin tahu, dia membuka plastik itu. Namun, matanya terbeliak seketika apabil elihat isinya pembalut dalam jumlah yang banyak dan dengan pelbagai jenama.
Irina sedikit terkejut. 'Kenapa abang beli banyak sangat ni?' bisiknya
sambil tersenyum kecil, cuba menahan rasa lucu. Ada pelbagai jenama dan jenis, seolah-olah Kaires
tidak pasti mana yang betul-betul diperlukan, jadi dia membeli semua yang ada.Irina menggeleng kepala sambil tersenyum. "Abang ni, risau sangat sampai beli macam-macam. Tapi, terima kasihlah sebab ambil berat." Walaupun ada rasa terkejut, dia berasa terharu dengan usaha Kaires yang cuba membantu walaupun dia mungkin tak tahu jenis yang betul.
Sambil menguruskan dirinya, Irina tidak dapat menahan senyuman kecil yang bermain di bibirnya.
Dia tahu, di sebalik kekoknya, Kaires sebenarnya sangat prihatin dan selalu berusaha yang terbaik untuknya.Setelah bersiap, Irina memandang ke arah beg tangan yang terletak di atas meja, hadiah istimewa daripada Kaires.
Beg tangan warna baby blue dengan jenama Dior itu adalah kegemarannya. Abangnya memang sangat memahami citarasanya, sentiasa tahu apa yang dia sukai tanpa perlu dia menyebutnya.
Dia mengambil beg tersebut dengan hati-hati, masih kagum bagaimana Kaires boleh tahu bahawa dia suka warna itu.
Baby blue selalu membuatkan Irina berasa tenang, dan kehadiran beg itu memberi satu perasaan istimewa setiap kali dia memakainya.
"Abang memang tahu segalanya tentang adik," bisik Irina dalam hati, tersenyum lebar.
Kaires bukan sahaja seorang abang tiri yang penyayang, tetapi juga sangat perhatian terhadap perkara-perkara kecil yang membuatkan Irina rasa dihargai.
Kaires menghadiahkan beg itu kepadanya semalam.Sebelum keluar dari biliknya, dia melihat sekali lagi beg di tangannya. Rasa bersyukur menyelinap di dalam hatinya, memikirkan betapa bertuahnya mempunyai abang seperti Kaires.
Setibanya di ruang tamu, dia melihat Kaires yang sedang duduk di atas sofa, kelihatan santai sambil menunggu. Dia memandang seketika ke arah abangnya, terasa hangat di hati melihat betapa sabarnya Kaires menantinya.
"Abang dah lama tunggu ke?" tanya Irina dengan senyuman kecil, menghampiri Kaires.
Kaires memandang ke arah Irina dan tersenyum. "Tak lama pun, baru kejap tadi. Cantik beg tu, sesuai dengan adik," balasnya, mengisyaratkan kepada beg tangan yang dia hadiahkan kepada Irina semalam.
Irina tersenyum malu, menundukkan kepala sedikit sebelum duduk di sebelah Kaires. "Terima kasih lagi untuk beg ni, abang. Adik suka sangat."
"Tak ada apa-apa lah, adik," jawab Kaires sambil cuba menyembunyikan senyumannya. Namun, hatinya semakin berdegup kencang.
'Kau kenapa, Kai? Kau suka kat adik tiri kau ke?' soalan itu berlegar-legar di dalam fikirannya, membuatkan dia sedikit resah.
Irina memerhatikan abangnya dengan dahi berkerut. "Abang kenapa? Tak sihat ke? Senyum-senyum sendiri macam orang gila," katanya sambil mengambil tempat di sebelah Kaires, tetapi dia sengaja duduk sedikit jauh. Mereka sentiasa menjaga batas kerana tahu haram untuk terlalu dekat.
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...