✰BAB 35✰

3 1 0
                                    

Dengan perasaan yang bercampur-baur, mereka melangkah masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan perasaan yang bercampur-baur, mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Di dalam, suasana hangat dan nyaman menyambut mereka.

Arianna menunjukkan mereka ke ruang tamu, tempat di mana mereka boleh duduk dan berbincang dengan lebih santai. "Ibu tak sabar nak dengar cerita dari kamu berdua," kata Arianna sambil tersenyum, tetapi di dalam hatinya, dia juga sedikit resah menanti penjelasan yang akan diberikan.

Irina menarik nafas dalam-dalam, bersedia untuk membuka cerita, sementara Kaires duduk di sebelahnya. Dengan jarak yang sedikit jauh.

Kaires dari tadi memegang satu sampul di tangannya, di dalamnya terdapat semua bukti yang telah mereka kumpulkan. Dia tahu bahawa saat ini adalah masa yang tepat untuk menjelaskan segalanya kepada Arianna.

"Ibu, sebenarnya Kaires adalah abang Irina," katanya, suara Kaires tenang tetapi tegas. Irina terus memandang ibunya, menunggu reaksi yang mungkin akan timbul. Dia tahu ini adalah berita besar yang akan mengubah banyak perkara, dan dia berharap ibunya dapat menerima kenyataan ini dengan baik.

Arianna terkejut, matanya membesar mendengar pengakuan itu. "Abang Irina?" ucapnya perlahan, seperti masih cuba mencerna maklumat itu. Dia memandang Kaires dengan penuh tanda tanya, mencuba memahami apa yang sebenarnya berlaku.

Kaires membuka sampul di tangannya, menunjukkan dokumen-dokumen yang mengandungi bukti dan informasi yang mereka kumpulkan. "Kami telah menyiasat dan mendapati hubungan keluarga kami lebih dekat daripada yang kita sangka," katanya sambil menunjukkan beberapa kertas kepada Arianna.

Irina memegang tangan ibunya, memberikan sokongan moral di saat ibunya memerlukan. "Ibu, kami hanya ingin mengetahui kebenaran. Kami harap ibu dapat memahami," tambah Irina dengan nada lembut, berharap agar ibunya dapat menerima berita ini dengan terbuka.

Mereka mengambil masa untuk menjelaskan satu persatu dengan detail. Kaires dan Irina berkongsi maklumat yang mereka dapat, dari penyiasatan hingga kepada dokumen-dokumen yang mengesahkan hubungan mereka. Suasana dalam bilik menjadi serius, dengan Arianna mendengar setiap butir perkataan yang diucapkan.

Walaupun ibunya masih terkejut dan tidak percaya bahawa suaminya, yang sudah tiada, menikah di belakangnya, mereka terus berusaha untuk memberikan penjelasan yang jelas. "Ibu, kami faham ini semua sukar untuk diterima," Kaires berkata, menatap wajah Arianna yang kelihatan keliru dan penuh emosi. "Tapi, ini adalah kebenaran yang perlu ibu tahu."

Irina mengangguk, merasakan beban emosi yang dialami oleh ibunya. "Kami tidak berniat untuk menyakitkan hati ibu. Kami hanya ingin tahu tentang diri kami dan latar belakang keluarga," jelasnya lembut. "Ibu berhak tahu tentang semua ini."

Arianna menghela nafas panjang, matanya berkaca-kaca. Dia teringat akan kenangan bersama suaminya dan bagaimana dia selalu berusaha menjadi isteri yang baik. Namun, dengan semua yang telah disampaikan, dia tahu bahawa suaminya sudah pergi dan tidak dapat mengubah fakta itu. "Tapi, suami... dia sudah tiada. Macam mana aku nak percaya semua ini?" tanyanya, suaranya bergetar.

Bagaimanapun, Kaires berusaha menenangkan. "Ibu, walaupun ayah sudah meninggal, fakta tetap fakta. Kami mahu ibu tahu yang kami ada di sini dan mahu menjalin hubungan sebagai keluarga," ujarnya dengan tulus. Irina memegang tangan ibunya, berharap agar ibunya dapat merasakan sokongan yang mereka berikan.

Dengan kesedihan yang mendalam dan keraguan yang masih ada, Arianna akhirnya mengangguk perlahan. Dia tahu, mahu tak mahu, dia harus percaya. Kehilangan suaminya dan penemuan ini telah menggoncang dunianya, tetapi mungkin ada harapan untuk memulakan sesuatu yang baru.

𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•Where stories live. Discover now