Irina tersenyum dan mendekatkan diri sedikit, lalu berbisik, "Aku ada sesuatu nak bagitahu kau, tapi nantilah dalam mesej ke. Sekarang kan kau sibuk lagi".
Mareen memandangnya dengan penuh rasa ingin tahu, tetapi dia mengangguk. "Okay, nanti jangan lupa mesej aku!"
"Okay. Nanti malam pertama bagitahu lah aku sakit ke tak ye," bisik Irina sambil ketawa kecil, membuatkan muka Mareen segera memerah.
"Ish, kau ni-" Mareen cuba membalas, tapi Irina cepat-cepat memotong, "Okay, byee... Btw CEO datang tu. Aku nampak dia." Irina memberi isyarat dengan matanya ke arah pintu masuk dan terus melangkah turun dari pelamin, meninggalkan Mareen yang masih tersipu-sipu malu.
Zake Zayn, suami Mareen, perasan wajah isterinya memerah. Dia segera bertanya dengan nada lembut, "Kenapa muka awak memerah? Ada apa-apa yang buat awak malu ke?"
Mareen cuba menahan senyumnya, lalu menjawab dengan cepat, "Tak ada apa-apa lah. Jangan risau," sambil memalingkan wajah sedikit, cuba mengelak dari pandangan suaminya. Namun, Zayn tahu ada sesuatu yang Mareen cuba sembunyikan, tapi dia memilih untuk tidak mendesak.
"Tadi kawan awak cakap apa? " soal Zayn nampaknya dia penasaran apa yang mereka bisikkan
"Dia cakap yang CEO saya datang" Mareen tidak akan memberitahu yang lain dia berasa sangat malu.
Zayn memandang Mareen dengan dahi berkerut sedikit, masih kelihatan penasaran. "Hanya itu saja? Macam ada lebih je daripada apa yang dia bisikkan."
Mareen segera tersenyum sambil cuba mengelak soalan itu, "Yup, itu je. CEO saya datang. Tak ada apa-apa yang penting pun." Dia berharap jawapan itu cukup untuk mengalih perhatian Zayn, tetapi di dalam hatinya, Mareen masih tersipu malu mengenang apa yang Irina bisikkan tadi.
⊹⊹⊹⊹⊹⊹𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐍𝐘𝐀 ⊹⊹⊹⊹⊹⊹
Pada malam itu, Irina sibuk mengechat kawannya menceritakan semuanya kecuali yang mereka akan menikah
Kaires yang melihat itu sampaikan bertanya "fokus sangat tu mesej siapa? Sampai nasi kat depan mata tak makan"
Irina tersenyum sambil melihat ke arah Kaires. "Mesej dengan Mareen lah. Kitaorang tengah cerita something."
Kaires mengangguk perlahan, memandang Irina dengan penuh perhatian. "Tapi jangan lupa makan. Nanti sejuk pula nasi tu."
Irina segera meletakkan telefonnya di tepi. "Okay, okay. Lepas ni makan lah. Sikit lagi nak habis cerita." Dia ketawa kecil, cuba menghabiskan mesejnya sambil kembali fokus kepada makanannya.
Kaires menadah tangan, membacakan doa makan dengan khusyuk. Setelah selesai, dia memandang Irina dengan senyuman kecil sebelum mula menikmati hidangan yang disediakan. Ayam merah yang dimasaknya sendiri menjadi sajian utama malam itu.
"Sederhana je lauk hari ni, ayam merah je. Harap kau suka," kata Kaires sambil menyenduk nasi ke pinggan Irina.
Irina tersenyum, terharu dengan usaha Kaires. "Takpe, janji abang masak. Mesti sedap." Dia mula mengambil sepotong ayam merah, rasa pedas manisnya meresap sempurna.
"Dah tak main dah phone?" tanya Kaires dan segera duduk.
"Ish abang ni kenapa harini nak cari gaduh ke?"
Kaires ketawa kecil, meletakkan nasi di hadapan Irina sebelum duduk di sebelahnya. "Aku bukan nak cari gaduh, cuma perasan je tadi. Mesej tak berhenti, aku risau kau lupa nak makan."
Irina memandang Kaires dengan mata yang sedikit mencemik tapi penuh dengan kasih. "Tak lah, mana lupa. Kalau abang masak, mesti laju je makan."
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...