Irina memandang Kaires dengan pandangan mencurigakan tetapi akhirnya mengangguk. "Baiklah, tapi kalau abang ada apa-apa, beritahu adik," katanya, masih tidak dapat menghilangkan rasa ingin tahunya.
'Just wait, Irina. I have a surprise for you' katanya dalam hati, sambil tersenyum nipis.
Kaires berasa teruja dengan rancangannya, tetapi dia tidak mahu mendedahkan apa-apa buat masa ini. Senyumannya mengandungi seribu makna, dan dia berharap Irina akan menyukai kejutan yang telah disiapkannya.
Irina yang sedang memandangnya tidak menyedari apa yang ada dalam fikiran abangnya. Dia hanya merasakan ada sesuatu yang berbeza dalam suasana itu, dan rasa ingin tahunya semakin meningkat. 'Apa yang abang rancang ni?' bisiknya dalam hati, tetapi dia memilih untuk menunggu dengan sabar.
⊹⊹⊹⊹⊹⊹ 𝐊𝐄𝐄𝐒𝐎𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐍𝐘𝐀⊹⊹⊹⊹⊹⊹
Pada pukul 9:00 malam, dapur sudah dipenuhi dengan tiga orang. Siapa lagi kalau bukan Irina, Kaires, dan Arianna. Mereka perlu menyelesaikan semua persiapan sebelum pukul 10:00, kerana perjalanan pulang ke rumah memakan waktu sekitar enam jam.
"Kalau Irina nak, buatlah balik masakan ibu pun tak apa. Mesti banyak lebih ni, takutnya masa dalam kereta lapar boleh makan," kata Kaires sambil tersenyum.
Irina mengangguk, idea itu membuatkan dia berasa teruja. "Boleh juga! Ibu, boleh tak kita simpan makanan ni untuk dibawa balik?" tanyanya dengan penuh harapan.
Arianna tersenyum dan menjawab, "Boleh, sayang. Ibu akan simpan semua yang ada lebih untuk kamu berdua. Nanti, kamu boleh makan dalam perjalanan."
"Thanks, ibu!" balas Irina dengan ceria. Dia sangat menghargai sokongan ibunya dan tidak sabar untuk menikmati hidangan yang dimasak bersama keluarga.
Kaires menyambung, "Jadi kita cepatkan kerja supaya kita ada masa untuk makan sebelum pergi. Tak nak lapar dalam kereta!"
Suasana di dapur menjadi semakin meriah dengan gelak tawa dan semangat mereka untuk menyelesaikan semua.
Setelah bersiap untuk pulang, Irina menyalami tangan ibunya dengan penuh kasih sayang sebelum segera menuju ke kereta.
"Kai, kalau Irina ni nakal ke, atau buat apa-apa yang pelik, jangan lupa call ibu," pesan Arianna kepada Kaires dengan nada serius, tetapi dengan senyuman di wajahnya.
Kaires mengangguk, "Ibu, jangan risau. Abang akan jaga adik baik-baik. Lagipun, Irina ni bukan nakal sangat," jawabnya sambil tersenyum, cuba meyakinkan ibunya.
Arianna mengangguk, tetapi tetap kelihatan risau. "Baiklah, tapi ingat, jika ada apa-apa, ibu nak tahu," katanya.
Irina menggelengkan kepala dengan senyuman. "Ibu, jangan risau! Abang akan jaga adik, kan?" dia berkata sambil melangkah ke arah kereta, hatinya berasa hangat dengan kasih sayang keluarganya.
"Ni lah, ibu risau dengan kamu tu. Aktif sangat, penat orang nak layan," Arianna memberi senyuman kepada anaknya itu sambil menggelengkan kepala.
"Tapi abang tak penat pun layan perangai Irina," kata Irina sambil memandang abangnya dengan penuh ceria.
Kaires tersenyum dan menjawab, " Abang suka layan adik. Lagipun, banyak perkara seronok yang kita boleh buat bersama."
Irina ketawa mendengar jawapan abangnya, merasakan betapa beruntungnya dia mempunyai Kaires di sisinya. "Terima kasih, abang!"
Arianna hanya menggelengkan kepala, terhibur dengan gelagat anak-anaknya. "Baiklah, jaga diri masing-masing. Ibu akan tunggu berita dari kamu," pesannya sebelum mereka berangkat.
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...