✰BAB 3✰

20 4 0
                                    

                                  "Dah, dah lah tu berbualnya, mari makan sebelum makanan sejuk" kata ibunya sambil tersenyum, memandang ke arah ahli keluarganya yang masih rancak berbual

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah, dah lah tu berbualnya, mari makan sebelum makanan sejuk" kata ibunya sambil tersenyum, memandang ke arah ahli keluarganya yang masih rancak berbual. Suasana terasa hangat, penuh dengan kasih sayang dan kebersamaan

Mereka menikmati makan malam dengan penuh kegembiraan, suara tawa dan perbualan menghiasi meja makan itu.

Setelah selesai makan, ibunya berdiri dan dengan lembut meminta semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu. Suasana yang tadi riang sedikit bertukar serius, membuatkan Kaires tertanya-tanya apa yang akan dibincangkan.

☆⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞☆

Mereka berkumpul di ruang tamu, suasana berubah menjadi sedikit formal. "Sebelumnya saya dan isteri saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir malam ini" kata Datuk Zealand, ayahnya, dengan nada tenang namun penuh perhargaan.

Matanya memandang sekeliling, seolah-olah ingin memastikan setiap ahli keluarga merasai kehangatan ucapannya.

"Saya di sini ingin berterus terang, kerana dahulu hanya orang terdekat yang mengetahui hal ini. Sebenarnya, Kaires Ardian adalah anak angkat kami. Saya mohon maaf kerana baru memberitahu perkara ini" kata Datin Elaise dengan suara yang bergetar, penuh rasa bersalah.

Wajah Kaires serta-merta berubah, seolah-olah dunia di sekelilingnya berhenti.

Semua mata tertumpu kepada Kaires dengan tatapan penuh kehairanan dan tidak percaya.

"Itu benar" sambung Datuk Zealand dengan nada yang sedikit berat "saya mohon maaf terutamanya kepada Kaires, tetapi ayah perlu memberitahu hal ini.

Walaupun begitu, kamu tetap kami anggap sebagai anak kami sendiri, tiada yang berubah" suaranya dipenuhi dengan ketegangan, tetapi juga kasih sayang.

"Okay mum, dad, Kai paham" kata Kaires dengan suara yang sedikit gementar. Dia tidak selesa dengan tatapan semua orang, dan dalam hatinya ada rasa sakit yang mendalam, mengetahui rahsia ini sepatutnya disampaikan kepadanya lebih awal.

Di usia 22 tahun, dia sudah bersedia untuk mendengar, dan kini usianya 24 tahun, hatinya terasa hampa. "Tapi Kai perlu pergi sekarang" sambungnya, menahan perasaan yang berkecamuk.

"Kai tidak kecewa kan? Kalau ibu beritahu perkara ini" tanya ibunya, nada suaranya penuh dengan rasa bersalah yang masih tergantung.

"Tak ibu, Kai Tak kecewa" balas Kaires dengan tenang walaupun hatinya terasa berat, "Kai cuma penasaran, siapa orang tua kandung Kai? "

Ibunya menghela nafas panjang, kesedihan terpancar di wajahnya. "Kami pun tak tahu, Kai. Kamu ditinggalkan di tepi jalan, tanpa sebarang petunjuk. Jadi, kami tak pernah tahu siapa mereka" kata ayahnya dengan nada bersalah.

"Kai sangat bersyukur sebab ibu dan ayah ambil Kai sebagai anak. Kalau tak kerana ibu dan ayah, hidup Kai mungkin takkan sebaik ini. Terima kasih, ibu, ayah" ucap Kaires dengan ikhlas, sambil memandang mereka dengan mata yang penuh kasih sayang.

"Kai pergi dulu ya ibu, ayah. Nanti bila Kai ada masa, Kai datang balik. Terima kasih untuk semuanya" kata Kaires sambil memandang kedua orang tuanya dengan senyuman kecil sebelum melangkah keluar, walaupun hatinya masih terasa berat.

"Okay Kai, datanglah seperti biasa. Kita tetap keluarga, dan pintu rumah ini sentiasa terbuka untuk kamu" kata ibunya dengan senyuman penuh kasih sayang.

Kaires Ardian berjalan keluar dengan rasa kecewa yang membekas. Hatinya sudah lama merasakan sesuatu yang tidak kena, dan kini fikirannya dipenuhi dengan persoalan yang tak berkesudahan.

Segala yang baru didengarnya berputar-putar dalam kepalanya, membuatkan dia sukar untuk tenang.

🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄

🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄

𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•Where stories live. Discover now