Kaires menggoncangkan badan Irina apabila Irina dari tadi tidak bangun-bangun.
Setelah beberapa lama Irina tersedar dan segera bangun dia terlupa yang sekarang dia tidak mengenakan baju.
Kaires yang melihat payudara Irina yang terlihat kerana sudah tidak ditutupi dengan comfeter langsung memandang ke belakang.
"Darling you sekarang tak pakai baju. Jangan buat abang semakin nafsu" Irina baru perasan yang dia tidak memakai baju.
Irina segera menarik comfeter itu dan segera menutup payudaranya. Dia berjalan masuk ke dalam kamar mandi dengan comfeter yang masih melekat di badan.
Kaires yang melihat itu tersenyum sendiri "tak payah tutup pun tak apa abang dah tengok semuanya. Siap ada tanda kepemilikan lagi" kata Kaires kepada Irina.
Setelah keluar dari kamar mandi dengan bath robe, Irina melirik ke arah Kaires yang sedang asyik menatap skrin telefonnya. Tanpa banyak bicara, dia langsung menuju ke almari untuk mencari bajunya.
Kaires menyedari kehadiran Irina dan senyum tipis terukir di wajahnya. "Awal bangun hari ini," tegurnya santai.
Irina hanya membalas dengan anggukan kecil, fokus pada persiapannya.
"Kan kena solat pastu kena mandi wajib pulak tu. Sebab tu bangun awal" Irina tersipu-sipu mendengar kata-kata Kaires.
Wajahnya mulai memerah, dan dia segera mengalihkan pandangan untuk menyembunyikan rasa malunya.
"Kena cakap macam tu ke?" jawabnya perlahan sambil pura-pura sibuk mencari baju.
Kaires hanya tersenyum kecil. "Kenapa? Malu ke?" usiknya, menambah sedikit tawa.
Irina menghela nafas, mencoba menahan senyum. "Dah lah, fokuslah dekat telefon tu balik," balasnya sambil mengenakan bajunya dengan cepat.
Irina solat dengan khusyuk. Setelah solat dia melipat sejadah dengan kemas dan terus duduk ditepi suaminya.
"Tengok apa tu?" tanya Irina dari tadi Kaires fokus bermain telefon.
"Tengok kereta ni. Teringin pula nak beli" kata Kaires sambil melihat kereta yang ditunjukkan didalam media sosial.
Irina tersenyum mendengar keinginan Kaires. "Kereta lagi? Dah banyak kereta abang tu," katanya sambil menggeleng perlahan.
Kaires tersenyum kembali, mengangkat bahu. "Tak salah kan tengok-tengok dulu. Lagipun, kereta ni lain sikit... warna dia rare," jelasnya sambil menunjukkan skrin telefon kepada Irina.
Irina memerhatikan dengan minat. "Memang cantik... tapi kan, jangan membazir sangat ya. Kita dah cukup banyak barang," ujarnya dengan nada lembut, tak ingin membantah, tapi mengingatkan.
Kaires mengangguk, tersenyum lagi. "Betul juga. Kena fikir panjang kalau nak tambah koleksi ni," katanya, dan akhirnya meletakkan telefonnya.
"Malam ni kita bertolak ke Switzerland jadi sekarang jom pergi keluar. Tak lama waktu kita kat sini" kata Kaires dan terus bangun meninggal Irina yang masih terkejut.
Irina tersentak mendengar kata-kata Kaires, matanya membesar. "Switzerland? Malam ni?" Dia masih belum dapat mencerna sepenuhnya berita tersebut.
Kaires hanya tersenyum sambil mengangguk. "Ye, kita honeymoon kat sana. Kan dah cakap abang yang atur semuanya?" katanya sambil mengulurkan tangan untuk menarik Irina berdiri.
Irina menggenggam tangan Kaires, masih terkejut tapi turut merasa gembira. "Tak sangka cepat sangat... baiklah, jomlah keluar," katanya, lalu mereka berdua melangkah keluar, memanfaatkan sisa waktu di hotel sebelum perjalanan mereka ke Switzerland.
Mereka berniat untuk ke mall, membeli barang-barang baru dan melihat-lihat yang cantik.
Ketika mereka berjalan, Kaires terlihat tertarik pada sebuah kedai bernama La Senza, yang menjual lingerie. Pikiran Kaires langsung melayang nakal.
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...