✰BAB 7✰

12 3 0
                                    

                                Dia memegang    kopi yang tersisa itu dengan berhati-hati dan berjalan perlahan-lahan ke arah pejabat, berharap agar tidak berlaku insiden lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dia memegang kopi yang tersisa itu dengan berhati-hati dan berjalan perlahan-lahan ke arah pejabat, berharap agar tidak berlaku insiden lain.

Irina berjalan hingga tiba di mejanya dan meletakkan kopi yang dibawanya. Dia kemudian meletakkan satu cawan di tepi meja Mareen. "Thank you! Jarang-jarang kau nak belanja aku," kata Mareen sambil tersenyum dan menghirup kopi itu.

"Eleh, kau tak pernah pun belanja aku apa-apa," balas Irina, cuba berlagak biasa walaupun di dalam hatinya masih teringat insiden tadi. Dia memutuskan untuk tidak memberitahu Mareen tentang kejadian kecil itu, lebih baik disimpan sendiri. Bukan hal yang besar, fikirnya.

Sambil duduk di mejanya, Irina menghela nafas panjang, berusaha melupakan pertembungannya dengan Kaires dan fokus pada tugas-tugas hariannya.

☆⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞☆

"Haduh, macam mana lah aku nak cuci noda kopi ni," Kaires membebel sendiri sambil memandang baju yang terkena tumpahan kopi tadi. Dia berdiri di dalam bilik mandi privatnya, cuba menggosok noda itu.

"Tak apa lah, kalau tak hilang pun asalkan tak ada bau je lah," sambungnya, sedikit kesal dengan keadaan. Hari itu terasa panjang baginya, dan insiden kopi tadi menambah lagi rasa lelah yang mengiringi hari-hari sibuknya di pejabat.

"Dahlah, panjang lagi hari aku dekat office ni," dia mengeluh sambil memandang cermin, berusaha untuk kembali tenang sebelum keluar.

Apabila Kaires keluar dari bilik mandi privasinya, dia mendapati seseorang sedang menunggunya di luar. Tak lain, tak bukan, tentunya Dean, pembantunya yang setia.

"Asal tunggu dari tadi?" tanya Kaires dengan nada santai, sambil berjalan menuju meja kerjanya.

"Ada seseorang kirim file ni. Katanya untuk boss," jawab Dean, menghulurkan file tersebut kepada Kaires.

Kaires memandang file itu sejenak sebelum mengambilnya. "Baik, terima kasih. Kau boleh keluar sekarang," katanya, sambil mula membuka file yang diserahkan, bersedia untuk menyelami kerja yang menantinya. Dean mengangguk dan meninggalkan bilik itu dengan langkah pantas.

'Laju jugak... Aku tak sangka akan selaju ni. Ingatkan minggu depan baru selesai, rupanya hari ni dah selesai' fikir Kaires dalam hatinya sambil memandang fail yang baru diterima.

Dia sedikit terkejut dengan kelajuan proses penyampaian maklumat tersebut.Kaires membuka fail itu perlahan-lahan, penuh dengan rasa ingin tahu tentang apa yang bakal ditemuinya.

Maklumat yang diterimanya hari ini mungkin membawa perubahan besar kepada hidupnya, dan dia perlu bersedia untuk menghadapinya.

Kaires membuka fail itu dan mendapati dua kertas laporan DNA di dalamnya. Dia menatapnya dengan serius, membaca setiap butiran dengan teliti.

Dua nama terpampang jelas di hadapannya Fenris Ravi dan Aria Amora. Kedua-dua nama itu disertakan dengan keputusan DNA yang menunjukkan keserupaan yang tidak dapat disangkal.

'Jadi, mereka ini...?' fikir Kaires, hatinya mula berdebar. Dia tidak pernah menyangka akan menemukan dua orang yang mungkin mempunyai kaitan rapat dengannya. Nama-nama itu asing, tetapi ada sesuatu yang terasa penting dan mengubah hidupnya dalam sekelip mata.

'Hanya ada dua keping DNA ini sahaja? Takkanlah aku anak tunggal?' Kaires termenung sejenak, memandang kertas-kertas di tangannya dengan penuh persoalan. Hatinya berat memikirkan kemungkinan yang baru sahaja terbentang di hadapannya.

🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄

🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄

𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•Where stories live. Discover now