Seminggu kemudian, kehidupan mereka kembali seperti biasa. Namun, Irina dan Kaires semakin rapat, menghabiskan waktu bersama dan saling memahami satu sama lain.
Pada hari Sabtu yang cerah itu, Irina memutuskan untuk berehat. "Huh, tak terasa kawan aku Mareen tu dah nak kahwin. Padahal baru je dia cakap kat aku!" keluhnya sambil melihat mesej di telefon.
Dia membaca mesej dari kawannya.
"Irina, kau datanglah tau hari Ahad ni majlis aku. Aku dah nak kahwin, datanglah kalau ada masa."
Dengan senyuman, Irina membalas, "Ye, aku datang. Congratulations, Mareen!"
Dia merasa gembira untuk Mareen dan bersemangat untuk menghadiri majlis tersebut. Namun, di dalam hati, dia juga terfikir tentang perasaannya terhadap Kaires.
Dia tidak dapat menafikan bahawa hubungan mereka semakin mendalam dan dia tidak sabar untuk berkongsi kegembiraannya dengan abangnya.
"Kau jemput tak CEO?" Irina bertanya dengan penuh rasa ingin tahu tentang majlis itu.
Mareen menjawab, "Jemput je, tapi tak tahulah tu dia nak datang ke tak."
"Ohh, okay lah kalau macam tu. Byee, jangan lupa tidur yang cukup malam ni," kata Irina dengan senyuman sebelum menamatkan mesej itu.
Dia merasa teruja untuk menghadiri majlis perkahwinan Mareen keesokan harinya. Setelah menyiapkan semua keperluan, Irina berasa lega dan bersedia untuk berehat. Dengan perasaan gembira di hatinya.
Irina mengambil tudungnya dan segera menyarungkannya di kepala. Setelah itu, dia membuka pintu dan berniat untuk ke ruang tamu, merasa bosan berada di dalam bilik.
Semasa menuruni tangga, dia ternampak Kaires yang sedang menonton televisyen, kelihatan fokus dengan apa yang ditontonnya.
"Abang, tengah tengok apa?" tanya Irina sambil berjalan ke arah abangnya.
Kaires menoleh sedikit dan menjawab, "Tengok cerita lah."
"Best ke?" Irina bertanya dengan penuh minat, ingin tahu tentang cerita yang menarik perhatian abangnya.
"Boleh lah," jawab Kaires sambil memandang adiknya dengan senyuman.
"Adik nanti nak pergi tak majlis perkahwinan kawan adik tu?" tanya Kaires, ingin tahu rancangan Irina.
"Boleh je, tapi adik tak tahu nak pakai apa," kata Irina sambil menggaru kepala, sedikit buntu tentang pilihan pakaiannya.
"Jom pergi cari baju," Kaires mencadangkan dengan semangat, berasa teruja untuk membantu adiknya bersiap untuk majlis tersebut.
Irina tersenyum lebar, merasa bersyukur kerana abangnya selalu ada untuk menyokongnya. "Okay, abang! Jom!" Dia merasa bersemangat untuk mencari pakaian yang sesuai dan bergaya.
"Tunggu, Irina bersiap sebentar," kata Irina sebelum segera menaiki tangga untuk bersiap.
Kaires hanya tersenyum melihat gelagat adiknya. Dia tahu Irina pasti akan mengambil sedikit masa untuk memilih pakaian yang sesuai. Sambil menunggu, Kaires kembali menonton televisyen, tetapi fikirannya tidak dapat lari dari perancangan untuk membantu Irina kelihatan cantik pada majlis perkahwinan itu.
Beberapa minit kemudian, Irina muncul semula dengan pakaian yang telah dipilihnya. "Abang, macam mana?" tanyanya dengan penuh harapan, menunggu pandangan abangnya terhadap penampilannya.
"Cantik dah tu, jom!" Kaires berkata sambil mematikan televisyen. Dia segera berdiri dan pergi ke keretanya.
Irina merasa teruja dan sedikit bangga dengan pujian abangnya. Dia mengikuti Kaires ke luar, merasakan angin sejuk menyambutnya. Setibanya di kereta, Kaires membuka pintu untuk Irina dengan senyuman.
"Naiklah, kita tak boleh lambat," katanya sambil menunggu adiknya masuk ke dalam kereta.
Irina duduk di tempat penumpang dan tersenyum. "Terima kasih, abang! Jom kita pergi!"
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...