Irina merasa campur aduk di satu pihak, dia bangga dapat berada di samping Kaires, tetapi di sisi lain, dia tidak dapat mengelak daripada merasa terkejut dan sedikit terasing oleh dunia yang Kaires jalani.
Sambil menunggu transaksi selesai, dia merenung wajah Kaires, berfikir tentang rahsia dan kehidupan yang mungkin masih belum diketahuinya.
Setelah Kaires menyelesaikan pembayarannya, Irina tidak dapat menahan rasa ingin tahunya dan langsung bertanya, "Macam mana abang ada card tu?"
Kaires menoleh sambil tersenyum, menjawab dengan nada tenang, "Ayah dan ibu angkat abang orang kaya, jadi abang ada card ni." Dia mengangguk sedikit, seolah-olah menjelaskan sesuatu yang sudah biasa bagi dirinya.
Irina mengangguk perlahan, masih terkejut tetapi mulai memahami latar belakang Kaires. Rasa kagum bercampur dengan rasa cemburu muncul dalam dirinya, tetapi dia berusaha menyingkirkan perasaan itu dan berfokus kepada perbualan mereka.
"Dah jomlah, kata nak cari kasut," Kaires berkata dengan penuh semangat, berjalan di depan Irina sambil menantikan reaksi gadis itu. Irina cepat-cepat mengikuti langkahnya, berusaha untuk tidak memikirkan tentang status kekayaan Kaires.
⊹⊹⊹⊹⊹⊹𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐍𝐘𝐀 ⊹⊹⊹⊹⊹⊹
Pada malam itu mereka datang ke sebuah restoran yang mewah.Irina lagi-lagi terpegun dengan kemewahan restoran itu.
"Tengok restoran macam tu sekali tengok abang tak sampai macam tu pulak" kata Kaires dengan nada bergurau
"Kenapa abang lepas dari balik rumah ibu lagi suka bergurau macam tu? " Irina agak curiga dengan abangnya
"Tak ada apalah saja nak bergurau macam tu tak boleh ke? " Kaires melangkah masuk kedalam restoran itu dan mereka disuruh ke ruangan VIP
Kaires terlebih dahulu memberitahu yang dia akan sewa ruangan VIP itu jadi hanya mereka berdua sahaja berada di sana.
Irina melangkah perlahan-lahan ke dalam ruang VIP yang mewah itu, perasaan terkejutnya masih belum reda sepenuhnya. Suasana di dalam restoran itu sangat elegan, dengan hiasan dinding yang mewah dan pencahayaan yang romantik. Namun, hatinya masih tertanya-tanya kenapa Kaires tiba-tiba menjadi lebih ringan dan suka bergurau sejak kebelakangan ini.
"Kau tak perlu curiga sangat, aku cuma nak kita rileks sikit. Lagipun, tak salah kan nak berseronok sikit bila ada masa?" Kaires mengambil tempat di meja, memandang Irina dengan senyuman kecil.
"Memanglah tak salah... tapi tak biasa tengok abang macam ni," jawab Irina sambil duduk di hadapan Kaires, masih cuba memahami perubahan sikapnya.
Mereka duduk di meja besar itu, hanya berdua dalam ruangan VIP yang sepi. Pelayan masuk dan menghidangkan menu, dan Kaires terus memilih tanpa ragu-ragu. Irina memandang menu itu sekali lagi, terkejut dengan harganya yang tinggi. Namun, dia tak bersuara. Baginya, lebih penting memahami kenapa Kaires berubah sikap sejak bertemu semula dengan ibu angkat mereka.
Makanan mula dihidangkan, satu persatu, dengan hiasan yang sangat mewah. "Makanlah, ini semua untuk kita," kata Kaires sambil mengambil sepotong daging dari hidangannya.
Irina cuba menikmati makanan itu, walaupun dalam hatinya ada sedikit kekeliruan. "Abang, sebenarnya... ada apa-apa yang abang fikirkan? Sejak balik dari rumah ibu, abang nampak macam... lain," Irina akhirnya beranikan diri untuk bertanya.
Kaires meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan, memandang Irina dengan serius kali ini. "Aku dah cakap, tak ada apa-apa. Cuma mungkin aku rasa lebih lega sekarang. Lepas tahu semua hal pasal ibu bapa kandung aku... mungkin aku rasa dah boleh terima semuanya. Itu saja."
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...