Kaires menghela nafas dan wajahnya menunjukkan sedikit kerumitan. "Ada beberapa isu yang berkaitan dengan perniagaan keluarga kami. Kadang-kadang, perkara-perkara menjadi sedikit rumit, dan kami perlukan mereka untuk menyiasat. Contohnya, ada orang yang cuba sabotaj syarikat kami."
Irina terkejut. "Sungguh? Itu serius juga. Jadi, abang terpaksa berhadapan dengan semua ini?"
Kaires mengangguk. "Ya, tapi aku rasa lebih selesa kerana mereka ada di sini. Mereka bukan sahaja bodyguard, mereka juga sahabat. Kami telah bekerja bersama-sama selama bertahun-tahun."
Irina melihat ke arah lelaki-lelaki tersebut yang kini sudah berpakaian, dan mereka kelihatan lebih santai dan ramah. "Mereka nampak seperti kawan yang baik. Macam mana mereka boleh jadi bodyguard awak?"
Kaires tersenyum. "Mereka semua adalah bekas tentera atau polis. Jadi, mereka tahu apa yang perlu dilakukan dalam situasi berbahaya. Tapi mereka sebenarnya taklah seserius yang adik pikirkan"
"Mana file yang aku minta?" tanya Kaires kepada anak buahnya dengan nada tegas. Suaranya menunjukkan bahawa dia tidak sabar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Seorang bodyguard yang lebih tinggi dan berotot segera melangkah ke hadapan, memegang sebatang folder tebal. "Ini dia, Boss. Semua maklumat yang kau perlukan ada di dalamnya," jawabnya sambil menyerahkan folder tersebut kepada Kaires.
Kaires menerima folder itu dan membukanya, meneliti setiap helaian dengan teliti. Irina melihat ke arah Kaires, merasa sedikit teruja dengan suasana profesional di sekelilingnya. "Apa isi dalam file tu?" dia bertanya dengan rasa ingin tahu.
Kaires mengangkat wajahnya dari folder dan menjawab "ni maklumat lanjut tentang mak ayah kandung aku"
Kaires mulai membuka file itu. Irina juga merasa penasaran akan hal itu.
Terdapat alamat rumah ibunya iaitu Aria Amora dan beberapa surat lainnya.
"Abang adik tak sangka kita berjaya. Yey!" Irina menjerit gembira, sambil melompat-lompat kecil dengan senyuman lebar di wajahnya. Tangannya menggenggam kertas yang tertera alamat ibu tirinya, satu maklumat yang dia sudah lama cari. Matanya bersinar penuh harapan, seolah-olah semua impian yang dipendam selama ini akhirnya hampir tercapai.
Kaires hanya tersenyum melihat tingkah Irina, yang baginya sudah seperti adik kandung sendiri. Sikap ceria dan spontan Irina sentiasa mampu menceriakan suasana, dan melihat dia sebegitu bahagia membuatkan Kaires merasa tenang. Tetapi di sebalik senyumannya, hatinya berdegup lebih kencang dari biasa.
'Aku gembira melihat dia begini, tapi kenapa jantung aku berdetak laju? Kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang lebih daripada sekadar abang adik?' Soalan itu berlegar-legar di mindanya, tetapi dia cuba menepisnya, memikirkan mungkin itu hanyalah kebetulan. Namun, semakin dia menatap wajah gembira Irina, semakin sukar untuk dia menafikan perasaan pelik yang mula menjalar di hatinya.
Kaires menarik nafas panjang, cuba memusatkan perhatian kepada kejayaan mereka mendapatkan alamat itu, tetapi perasaan aneh itu enggan hilang.
Anak buah mereka yang berada di rumah memerhatikan sebentar ke arah Kaires dan Irina.
Melihat Irina melompat kegirangan dan senyuman tipis di wajah Kaires, mereka saling berpandangan, tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Namun, mereka tahu lebih baik tidak masuk campur, kerana bimbang jika bos mereka marah.
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...