✰BAB 11✰

10 1 0
                                    

 

                   Irina tergemam, fikirannya berputar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                   Irina tergemam, fikirannya berputar. "Kenapa baru sekarang? Kenapa awak tak beritahu saya lebih awal?"

Kaires merapatkan bibirnya, merasa berat untuk melanjutkan. "Aku sendiri baru tahu, Irina. Ibu dan ayah aku yang mengambil aku... mereka tidak pernah memberitahu tentang ini.

Kaires menghela nafas panjang. "Aku baru saja mendapat tahu beberapa hari lepas. Maklumat tentang asal usul aku, tentang ibu bapa aku... semuanya ada di sini." Dia menunjukkan dokumen di atas meja dengan tangan yang sedikit bergetar.

Irina mengambil dokumen itu dengan raut wajah yang sedikit takut. Tangannya terasa bergetar halus. Dia memerhati satu persatu dan membaca sedetail mungkin, namun perasaan gugup masih jelas di wajahnya.

"Macam mana awak tahu semua ni? " soal Irina selepas membaca satu persatu mukanya sengaja dibuat tenang apabila membaca semua bukti itu.

"Aku tahu lah sebab selepas ibu angkat aku bagitahu yang aku anak angkat aku terus cari tahu" balas Kaires.

"Jadi sekarang kau jangan bagitahu sesiap pun tentang ni sebab ni hal peribadi. Siap lah kalau kau bagitahu tengok jadi apa selepas ni" Kaires mengamcam Irina.

Irina meremang bila Kaires mengamcamnya "saya takkan bagitahu orang lain. Saya janji"

"Sekarang ni maybe kita  akan banyak kali lah berjumpa sebab nak selesaikan masalah ni sama-sama" Kaires menatap Irina.

Tiba-tiba ada soalan muncul dibenaknya "by the way mak kau ada tak lagi? " Tanya Kaires

"Ade lagi. Nanti pun setelah kita cari tahu semua masalah ni nanti kita kena bagitahu mak saya. Bagainanapun dia kena tahu hal ni"

"sekarang kau tinggal kat mana? "

"Saya tinggal kat apartment. Sebab mak saya duduk jauh tak duduk kat sini" Irina memandang Kaires dengan senyuman lekat dibibir.

"Kalau macam tuh. Lain kali jika aku nak mula siasat tentang kes ni nak cari mak aku tu. Aku akan panggil kau.. Kau terima tak keputusan ni? "

"S-saya just tak expect lah benda ni... Macam bossku adalah kakak tiriku," Irina mengeluarkan sedikit tawa yang cuba disembunyikan, tetapi matanya tetap berhati-hati memerhati reaksi Kaires. Dia tahu ini bukan masa yang sesuai untuk bergurau, namun itu cara terbaik untuk dia mengatasi kegugupannya.

Kaires tidak memberikan senyuman, hanya menatap Irina dengan wajah serius. Keheningan di antara mereka membuat Irina sedikit tidak selesa, lalu dia cuba menjelaskan. "Awak janganlah macam tu... saya gurau je. Terkadang dalam hidup, kita kena ada gurauan, takkan sentiasa serius, kan?" Irina cuba menenangkan suasana, suaranya sedikit bergetar, sambil dia tersenyum kecil, berharap Kaires akan memahaminya.

Namun, Kaires tetap memandangnya dengan pandangan tajam, seperti menilai setiap perkataan yang keluar dari mulut Irina. Dia tidak terbiasa dengan orang yang bersikap terlalu santai di hadapannya, apatah lagi dalam situasi yang sebegini serius. "Ini bukan perkara kecil, Irina. Kau kena faham, apa yang kita hadapi sekarang melibatkan banyak perkara—keluarga, perasaan, dan identiti kita. Jadi, tolong, jangan main-main dengan hal ini."

Irina mengangguk perlahan, wajahnya berubah lebih serius setelah mendengar nada tegas Kaires. "Saya minta maaf... saya cuma rasa terkejut, semuanya terlalu cepat. Tapi saya faham, ini penting. Saya janji akan ambil serius hal ini."

🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄

🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄

𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•Where stories live. Discover now