✰BAB 25✰

5 1 0
                                    

            Irina tersenyum kecil, "Faham

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

            Irina tersenyum kecil, "Faham. Semoga cepat siap, Mar. Jangan lupa jaga kesihatan kau jugak."

Mareen tersenyum sambil meneruskan kerjanya.

Hari ini semua orang boleh pulang pada pukul 5:00 petang. Mareen sudah meninggalkan Irina pada pukul 3:00 petang. Nampaknya Mareen sangat sibuk, sampai dia berlari untuk keluar, tergesa-gesa menyiapkan semua kerja sebelum pulang.

Seperti biasa, Irina turun ke lobi, melangkah perlahan sambil melihat sekeliling. Dia mendapati masih ramai orang di dalam pejabat kerana baru pukul 5:30 petang. Walaupun waktu pulang sudah lama berlalu, banyak rakan sekerja yang masih duduk di meja masing-masing, terbenam dalam kerja mereka.

Irina merasa sedikit kesunyian selepas ditinggalkan Mareen. Rakan-rakannya yang lain juga kelihatan sibuk, dan tidak ada siapa yang berani meninggalkan kerja walaupun sudah waktunya. Dia meneliti wajah-wajah yang kelihatan penat, dan terasa terharu melihat dedikasi mereka.

Dia mengeluarkan telefonnya, memeriksa beberapa mesej dan menggelengkan kepala. “Kenapa semua orang masih bekerja?” dia berbisik kepada diri sendiri.

Dengan sedikit rasa kecewa kerana tidak ada yang bersedia untuk berbual dengannya, Irina memutuskan untuk pergi ke kafe di lobi itu. Dia merasakan sedikit kelaparan dan ingin menikmati secawan kopi sambil menunggu waktu yang lebih sesuai untuk pulang.

Semasa dia berjalan menuju kafe, hatinya teringatkan Kaires. Dia tertanya-tanya sama ada Kaires sudah pulang dan apa yang dia lakukan. Irina berharap dapat meluangkan masa bersamanya, dan semoga hari ini berakhir dengan baik.

Telefonnya berbunyi, menandakan mesej masuk dan itu dari Kaires.

"Cepat, aku dah tunggu kat lobi. Lepas ni ada benda yang kita kena pergi ambil."

"Ye, sabarlah! Orang tengah beli minuman ni. Adik duduk dekat lobi dah," balas Irina dengan nada gurauan.

Sambil menunggu minumannya disiapkan, Irina merenung ke arah pintu masuk lobi. Dia teringatkan betapa cepatnya masa berlalu sejak mereka menjadi adik-beradik tiri. Walaupun baru sebulan tinggal bersama Kaires, dia sudah berasa seperti mereka telah melalui pelbagai pengalaman yang mengeratkan hubungan mereka.

Minuman sudah siap, dan Irina segera mengambilnya sebelum bergegas ke lobi. Ketika dia melangkah keluar, dia dapat melihat Kaires yang sedang menunggu di sudut lobi, matanya tidak henti-henti memeriksa jam di tangannya.

“Sorry ambil masa,” kata Irina sambil tersenyum, memegang minumannya.

Kaires mengangguk, tetapi wajahnya menunjukkan sedikit ketidakpuasan. “Lain kali, jangan lambat. Kita ada urusan penting,” katanya sambil berjalan menuju pintu keluar.

“Urusan penting? Apa dia?” Irina bertanya, mengikuti langkah Kaires.

“Rahsia. Nanti kau tahu. Yang penting, jangan tanya banyak sangat,” jawab Kaires dengan nada berahsia, membuat Irina semakin tertanya-tanya.

“Okay, okay. Aku takkan tanya. Tapi kau kena janji nak bagi tahu aku nanti!” dia membalas dengan nada bersemangat.

Mereka keluar dari bangunan pejabat, dan Irina melihat ke arah Kaires. Dia tidak dapat menahan rasa ingin tahunya, tetapi dia juga sedar bahawa Kaires mungkin mempunyai alasan tersendiri.

Sebelum dia menyedari, mereka sudah berada di luar, dan Kaires membuka pintu kereta Lamborghini untuk Irina. “Masuk. Kita kena cepat,” arahnya.

Irina tersenyum lebar dan segera masuk ke dalam kereta. “Baiklah, abang. Tapi ingat, aku masih nak tahu apa yang penting tu!” katanya dengan penuh semangat.

🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄

🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄

𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•Where stories live. Discover now