✰BAB 50✰

7 1 0
                                    

      Sebulan berlalu dengan cepat setelah segala persiapan pernikahan mereka selesai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebulan berlalu dengan cepat setelah segala persiapan pernikahan mereka selesai. Dua minggu sebelum majlis pernikahan, Kaires akhirnya memberitahu ibu Irina tentang rancangan mereka untuk menikah. Ibu Irina menerima berita itu dengan penuh gembira, memberikan restu sepenuhnya.

Hari ini, di majlis yang penuh kegembiraan, ibu Irina turut hadir bersama para tetamu lain, menyaksikan anaknya bersatu dengan Kaires dalam suasana penuh bahagia dan harmoni. Senyuman ibu Irina jelas terlihat, menambah lagi kegembiraan di hari yang sangat istimewa itu.

Irina mengenakan gaun berwarna biru gelap yang sangat cantik pada hari pernikahannya, menambah seri kepada majlis yang penuh bahagia itu. Gaun itu benar-benar menyerlahkan kecantikannya, membuatkan semua mata tertumpu kepadanya sepanjang acara berlangsung.

 Gaun itu benar-benar menyerlahkan kecantikannya, membuatkan semua mata tertumpu kepadanya sepanjang acara berlangsung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dan Kaires pula mengenakan sut berwarna biru gelap yang sepadan dengan gaun Irina. Sut itu bukan sahaja melengkapkan penampilannya tetapi juga menonjolkan karisma dan ketampanannya, membuatkan mereka berdua kelihatan serasi dan memukau di majlis pernikahan itu.

 Sut itu bukan sahaja melengkapkan penampilannya tetapi juga menonjolkan karisma dan ketampanannya, membuatkan mereka berdua kelihatan serasi dan memukau di majlis pernikahan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Majlis berlangsung dengan meriah, dihiasi senyuman dan tawa tetamu yang hadir. Mareen, yang baru saja tiba, terpaku seketika. Dia memandang Irina dan Kaires dengan penuh kejutan, sukar untuk percaya bahawa Irina, kawan baiknya, akan menikah dengan abang tirinya sendiri.

Mareen menghampiri Irina sambil berbisik, "Aku tak sangka kau akan kahwin dengan abang tiri kau! Kenapa tak bagitahu aku awal-awal?"

Irina tersenyum sambil membalas, "Surprise! Aku nak tengok reaksi kau bila tahu."

"Ish, kau ni," Mareen memandang Irina dengan mata sedikit membulat. "Masa kau mesej aku tu, aku terkejut nak mampus! Pastu tak balas mesej orang pulak tu."

Irina tertawa kecil sambil mengangkat tangan, "Sorry la, masa tu aku sibuk nak mampus juga. Banyak benda nak urus. Lagipun, aku nak buat surprise untuk kau!"

Mareen menghela nafas sambil tersenyum, "Yelah, tak sangka betul kau akhirnya kahwin dengan abang tiri kau sendiri."

"Congratulations tau! Btw, kau honeymoon kat mana?" tanya Mareen dengan penuh rasa ingin tahu.

"Aku tak tahulah, Kaires yang pilih. Masa tu aku malas nak fikir dah," jawab Irina sambil tersenyum kecil.

Mareen mengangkat kening, "Wah, untunglah semua abang kau uruskan. Kau rileks je."

Irina tertawa, "Iyelah, tapi nanti aku baru tahu surprise dia apa."

"Okay lah. Jumpa nanti," kata Mareen sambil tersenyum. "Aku nak pergi makan kejap, sedap-sedap makanan kat sini, nama pun dah hotel bintang lima."

Irina ketawa kecil Mareen melambai dan bergegas turun bersama Zayn untuk menuju ke arah meja buffet.

⊹⊹⊹⊹⊹⊹𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐍𝐘𝐀 ⊹⊹⊹⊹⊹⊹

Pada malam itu, mereka sudah bercadang untuk bermalam di hotel tersebut kerana keletihan setelah majlis yang meriah itu.

Irina duduk di tepi katil, melepaskan keluhan lembut sambil membuka kasutnya. "Penat betul harini, kan?"

Kaires tersenyum sambil menanggalkan tali lehernya. "Ya, memang letih, tapi semuanya berbaloi. Majlis tadi sempurna."

Irina mengangguk, matanya mulai layu. "Nasib baik kita tak perlu pulang malam ni. Tidur sini je senang."

"Betul tu. Sekarang, masa untuk unboxing" kata Kaires dan tersenyum dengan penuh makna

"Unboxing apa? Hadiah yang kita dapat ke? Penat lagi la. Nanti la" kata Irina dab segera bangun dia mahu mandi dan segera tidur hari ini adalah hari yang paling melelahkan

🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄

🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄

𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•Where stories live. Discover now