Kaires mengerutkan dahi sejenak, tapi tidak lama kemudian dia membuat muka biasa. "Oh, urusan keluarga ya? Tak ada masalah, kau boleh keluar awal. Pastikan saja semua kerja kau siap sebelum tu."
Mareen menghela nafas lega. "Terima kasih, boss! Saya akan pastikan semua beres sebelum saya keluar."
Kaires mengangguk. "Jangan risau, dan semoga semuanya berjalan lancar nanti" suaranya sama sahaja dingin tetapi hari ini suasana hatinya agak baik.
Mareen keluar dari pejabat dengan hati yang ringan, bersyukur kerana permintaannya diterima dengan baik.
Mareen mengucapkan terima kasih dengan sopan sambil menundukkan kepala. "Terima kasih, boss," katanya sebelum bergegas keluar dari bilik itu. Langkahnya sedikit cepat, menandakan kelegaan yang dia rasakan. Dia menarik nafas panjang sebaik sahaja berada di luar bilik, senyuman kecil terukir di bibirnya.
Mareen berasa lebih tenang sekarang, dan dia segera menuju ke mejanya untuk menyelesaikan sisa kerja sebelum waktu yang dijanjikan tiba.
Irina memandang Mareen yang baru tiba sambil menyuap nasi yang dibelinya dari kedai di luar. "Eh, kau dah balik cepat? Macam mana CEO bagi ke tak? " tanya Irina sambil tersenyum, cuba menyembunyikan rasa lapar yang telah dia tahan sepanjang pagi.
Mareen menghela nafas dan duduk di kerusi sebelah Irina. "Bagi je suasana hati dia baik kut harini. Tapi aku tak sempat nak bekal pagi ni, kelam kabut" jawab Mareen sambil melihat ke arah nasi yang dimakan Irina.
"Tak sempat bekal lah ni, aku pun beli kat luar tadi. Rezeki last minute" Irina ketawa kecil sambil menyuap lagi.
Mareen tersenyum. "Nasi ayam tu nampak sedap. Tapi aku dah kenyang. Nanti kita makan sama-sama lain kali lah."
Irina memandang Mareen dengan senyum sinis, sambil berkata "Aku takde tawarkan nasi ni pun." Mareen yang sedang merenung nasi itu terkekeh kecil, terperangkap sekejap dengan pandangannya.
"Gurau je, jangan serius sangat, Mar" sambung Irina sambil ketawa kecil, cuba menghidupkan suasana. Mareen tersenyum lebar, kemudian menyandarkan badannya ke kerusi.
"Aku cuma nak mengusik je. Tapi takpelah, lain kali aku yang belanja" jawab Mareen sambil tersengih. Mereka berdua sama-sama ketawa kecil, menikmati waktu rehat sejenak dari hiruk-pikuk kerja.
"Lagipun nanti aku boleh makan juga, kan? Aku nak pergi sana jugak" kata Mareen sambil tersenyum nakal, merujuk kepada majlis makan malam keluarga yang akan dihadirinya nanti.
Irina tergelak kecil, "Seronoklah kau, dah ada rancangan nak makan sedap. Aku ni, makan kat sini je lah"
Mareen menepuk bahu Irina dengan lembut, "Takpe, lain kali kita keluar makan sama-sama, aku belanja. Hari ni aku memang sibuk dengan keluarga"
Irina mengangguk, "Deal. Kau jangan lupa belanja aku nanti!"
Setelah menyudahi kerjanya, Irina merasa lega dapat menyelesaikan semua tugasan tepat pada masanya. Dia sempat melihat Mareen yang langsung tidak mengambil rehat sejak pagi. Mareen kelihatan sangat fokus dan tekun, dengan pandangan mata yang tertumpu pada skrin komputer.
"Mar, kau tak rehat ke? Tak penat?" tanya Irina, sedikit risau melihat rakannya yang terus bekerja tanpa henti.
Mareen hanya menggeleng, "Aku nak siapkan semua ni cepat-cepat. Lagipun, aku tak sempat nak rehat hari ni. Keluarga diaorang dah tunggu, nanti kalau tak siap sekarang, aku kena stay lagi malam."
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...