Akhirnya, mesyuarat pun selesai. Kaires menghela nafas panjang sebelum berdiri, bersedia untuk kembali ke pejabatnya.
Manakala, Irina masih lagi teringat kejadian ketika matanya sempat bertembung dengan mata Kaires yang serius, membuat jantungnya berdegup lebih laju.
Semasa Irina merenung jauh, Mareen menegurnya dengan nada risau "kau kenapa? Tak sihat ke? Lain macam je aku tengok" sambil memerhati wajah Irina yang kelihatan sedikit berbeza.
"Tak ada apa apa lah. Jom, kita balik ke meja" kata Irina sambil bangun dari tempat duduknya.
Dia enggan memberitahu Mareen bahwa fikirannya terganggu oleh pertembungan mata dengan Kaires, yang masih membuatkan jantungnya berdegup kencang sampai sekarang.
Sambil berjalan ke mejanya, Irina cuba menenangkan degupan jantungnya.
Namun, tatapan mata Kaires menghantui fikirannya, Seolah-olah ada sesuatu di sebalik pandangan itu kalau diingat ingat Kaires juga memberi senyuman nipis kepadanya.
Setibanya di mejanya, Mareen masih memerhatikan Irina "kau betul ke tak apa muka kau nampak macam orang keliru ke kau tak paham tentang meeting tadi? " tanya Mareen sambil duduk disebelah Irina , menunggu jawapan darinya.
"Tak ada apa-apa pun fikiran aku melayang sebentar kau tak payah risau aku tak apa-apa" kata Irina dan meneruskan kerjanya.
☆⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞☆
Bunyi telefon tiba-tiba menganggu fokus Kaires. Dia melirik ke arah skrin dan melihat nama 'My Mom' tentera. Tanpa ragu, Kaires segera mengangkat telefon itu, menyedari panggilan dari ibunya pasti penting.
〰︎〰︎〰︎✆✆✆✆〰︎〰︎〰︎
"Assalamualaikum,mum. Ada apa call ni?" Kaires menjawab sambil bersandar di kerusinya.
"Waalaikumsalam, sayang. Mum nak ajak dinner malam ni. Lama kita tak makan sama-sama. Semua ahli keluarga ada nanti.
"okay,mum. Kai tak janji, tapi kalau kerja ni selesai awal, Kai datang. Kai pun tak pasti bila boleh habis kerja ni" jawabnya dengan nada sedikit bersalah.
"Okay lah kalau macam tu, mum harap sangat Kai ada masa untuk datang. Dah lama kita tak berkumpul bersama-sama" suara ibunya penuh harapan.
"Okay, mum. Kai matikan dulu ya, Kai cuba habiskan kerja ni cepat-cepat" balas Kaires sambil memandang timbunan kerja di mejanya . Dia berharap dapat meluangkan masa untuk keluarganya.
Panggilan Dimatikan
'Kenapa mum tiba-tiba ajak dinner? Selalunya dia tak buat macam ni melainkan ada sesuatu yang mahu disampaikan' Kaires mengeluh perlahan, rasa curiga mula menyelinap dalam hatinya.
'Tak ada masa nak fikir benda-benda macam ni, Kaires. Fokus dulu pada kerja kau.
'Nanti,bila dah selesai, barulah kau boleh tahu kenapa ada acara keluarga tu' Kaires berkata kepada dirinya sendiri, cuba memaksa fikirannya kembali ke timbunan kerja di hadapannya.
⊹⊹⊹⊹⊹⊹𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐍𝐘𝐀 ⊹⊹⊹⊹⊹⊹
Kaires memandu kereta Lamborghini hitamnya dengan penuh gaya. Suit hitam yang dipakainya kemas, dengan tali leher biru gelap yang melengkapkan penampilannya.
Matanya fokus ke jalan raya , tetapi pikirannya masih memikirkan tentang makan malam bersama keluarganya nanti.
Sesampainya Kaires di rumah ibunya, dia disambut mesra oleh ahli keluarganya. Senyuman terukir di wajah mereka, membuatkan suasana terasa hangat dan penuh kasih sayang. Kaires melangkah masuk, cuba menyembunyikan rasa letihnya di sebalik wajah tenangnya.
Mereka semua berbual mesra dan bergelak tawa, tetapi Kaires lebih memilih untuk diam. Seperti biasa, dia lebih suka memerhati daripada berbicara, sifat pendiam nya membuatkan dia hanya tersenyum kecil setiap kali ada yang mengajaknya berbual.
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...