Kaires mengeluh perlahan, tapi senyum tipis terukir di wajahnya. "Kalau itu buat kau gembira... panggil lah."
Mereka berdua kembali fokus pada kerja, tetapi hubungan mereka kini terasa lebih mesra, dengan sedikit jenaka dan rasa saling menghormati yang semakin berkembang.
Irina segera kembali ke mejanya.
Mareen merasakan jikalau temannya sentiasa ke bilik CEO. Pikirannya sudah berpikir pelik-pelik ke kawan dia dah nak kena buang kerja?
Tetapi setiap kali Irina keluar dari bilik itu mukanya terlihat baik-baik sahaja. Malah mukanya tersenyum
"Kau kenapa sentiasa pergi bilik CEO? Kau ada masalah ataupun kau dah nak kena buang kerja?" tanya Mareen selepas melihat temannya kembali kearah mejanya.
Irina tersentak sekejap mendengar soalan Mareen, tapi dia segera mengawal reaksi wajahnya. Dia tahu Mareen mungkin sudah mula curiga, tapi dia tak boleh beritahu perkara sebenar lagi.
"Eh, takde apa-apalah. Takkan lah aku kena buang kerja pula. Kau tengok aku okay je kan?" jawab Irina sambil tersenyum, cuba menghilangkan keraguan Mareen.
Mareen mengerutkan dahi. "Kalau takde apa-apa, kenapa kau kerap sangat pergi bilik CEO? Kau buat apa sebenarnya?"
Irina tersenyum kecil, cuba menenangkan suasana. "Takde apa, cuma kerja biasa je. CEO ada bagi aku beberapa tugasan tambahan. Itu je, tak perlu risau."
Mareen mengangguk perlahan, masih tak begitu yakin tapi memilih untuk mempercayai kata-kata Irina buat masa ini. "Kalau kau kata takde apa, aku percaya je. Tapi kalau ada masalah, jangan segan nak cerita kat aku."
Irina mengangguk, lega Mareen tidak bertanya lebih lanjut. "Okay, jangan risau. Kalau ada apa-apa, aku cerita."
"Okay kalau macam tu. Sekarang aku nak fokus buat kerja ni cepat siap, dan nanti bolehlah aku rehat tanpa memikirkan semua kerja ni," kata Mareen sambil meregangkan tangan sebelum menyambung kerjanya dengan penuh semangat. Dia kelihatan tekad untuk menyiapkan tugasan secepat mungkin.
Irina memerhati Mareen seketika sebelum kembali fokus pada skrin komputernya. Fikiran Irina, bagaimanapun, masih berkecamuk. Walaupun dia cuba berlagak tenang, hakikatnya kerja dia semakin sukar untuk diselesaikan kerana fikirannya terganggu dengan apa yang baru berlaku antara dia dan Kaires. Hubungan baru yang tidak disangka-sangka itu membuatkan dia sedikit cemas, lebih-lebih lagi dengan rahsia besar yang kini dia simpan daripada Mareen.
'Haih... macam mana aku nak teruskan ni? Setiap kali pandang muka Kaires, mesti aku akan ingat kalau dia abang tiri aku..dan hakikatnya memang begitu' bisik hati kecil Irina, sambil jarinya mengetuk lembut papan kekunci. Dia cuba fokus tapi matanya kerap melirik ke arah bilik CEO, di mana Kaires sedang bekerja seperti biasa, tanpa sebarang tanda emosi.
Sementara itu, Mareen di sebelahnya sudah tenggelam dalam kerja, seperti biasa. "Kalau aku dapat habiskan kerja ni sebelum tengah hari, mungkin aku boleh pergi lunch dengan tenang," Mareen bercakap kepada diri sendiri, tidak menyedari gelora perasaan Irina.
Irina memandang Mareen sekejap sebelum tersenyum kecil. "Kau memang selalu fokus, kan. Macam tak pernah ada masalah," katanya, cuba menenangkan dirinya dengan berbual-bual.
Mareen tersengih. "Itu sebab aku dah biasa multitask. Kalau tak siap kerja cepat, nanti makin menimbun. Lagipun, aku nak cuti weekend ni, jadi kena siapkan semuanya sebelum tu."
Irina tersenyum kelat. "Baguslah kau boleh fokus. Aku pulak... macam tak boleh nak tumpukan perhatian sangat kebelakangan ni," luahnya, tanpa sedar dia hampir berkongsi masalah yang dihadapinya.
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...