Kaires tersenyum lebar. "Mana tahu adik sebenarnya suka, cuma tak nak mengaku," katanya, matanya penuh dengan kegembiraan. "Honey moon kat mana eh? Paris ke, Maldives? Abang bagi adik pilih."
Irina hanya menggelengkan kepala, cuba mengabaikan kata-kata abangnya walaupun hatinya tidak dapat menafikan sedikit rasa terhibur dengan gurauan itu.
"Nanti nak tema apa?" tanya Kaires sambil meletakkan daging yang sudah dipotong ke dalam pinggan Irina.
"Tak tahulah," balas Irina dengan senyuman kecil, tinya tersentuh melihat usaha Kaires yang tak lama lagi akan menjadi suaminya. Dia merasa sedikit gementar, namun kegembiraan yang perlahan-lahan menyelinap ke dalam dirinya lebih mendominasi.
Mata mereka bertaut sejenak, seolah-olah berbicara tanpa perlu mengeluarkan kata-kata, menandakan hubungan mereka kini sudah memasuki babak baru.
"Hitam cantik?" tanya Irina sambil memandang Kaires, cuba membayangkan majlis perkahwinan mereka dengan tema warna tersebut.Kaires tersenyum kecil. "Cantik. Nampak elegan dan klasik," jawabnya, seolah-olah sudah membayangkan mereka berdua dalam pakaian serba hitam, disinari lampu-lampu lembut di hari bahagia nanti.
Irina mengangguk perlahan. "Setuju. Mungkin kita boleh tambah sedikit warna emas untuk nampak lebih glamor
Kaires tersenyum lebih lebar. "Itu idea yang bagus. Kita buat yang terbaik untuk hari special kita nanti"Mereka pulang dari restoran itu dengan gembira. Senyuman masih tidak lepas dari bibir Irina, terasa kehangatan hati yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dia memandang Kaires yang juga tersenyum puas, jelas menikmati momen indah mereka.
"Let's go balik rumah," kata Kaires, sambil memasang tali pinggang keledar dengan tenang. Suaranya penuh kelegaan, seolah-olah malam itu telah sempurna.
Irina mengangguk sambil menatap ke luar tingkap, hatinya berdebar memikirkan masa depan yang mereka bina bersama.
⊹⊹⊹⊹⊹⊹ 𝐊𝐄𝐄𝐒𝐎𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐍𝐘𝐀⊹⊹⊹⊹⊹⊹
Mereka tiba bersama di majlis pernikahan kawan mereka. Sebelum keluar dari kereta, Irina memandang Kaires dengan sedikit ragu.
"Kalau saya bagitahu Mareen yang kita adik-beradik tiri, boleh?" Dia memerlukan kepastian dari Kaires, bimbang bagaimana reaksi Mareen nanti.
Kaires tersenyum tenang. "Boleh je, tapi pastikan Mareen jangan bagitahu orang lain. Biar benda ni kekal antara kita."
Irina mengangguk, lega sedikit, namun Kaires menambah, "Dan jangan pula bagitahu yang kita dah nak nikah. Biar jadi kejutan." Senyuman misteri terukir di wajahnya, seakan-akan ada lebih banyak yang dirancang di sebalik kejutan itu.
"Okay, jom lah keluar," kata Irina sambil tersenyum kecil, menenangkan dirinya sebelum melangkah keluar dari kereta. Dia membetulkan bajunya agar kelihatan kemas dan memastikan tidak ada yang tersangkut. Majlis pernikahan kawannya yang berlangsung di dewan kelihatan meriah dari luar, dan Irina dapat mendengar sayup-sayup suara orang ramai yang sedang bergembira di dalam.
Sambil menunggu Kaires keluar dari kereta, Irina memandang sekeliling, menghirup udara segar sebelum mereka berdua melangkah masuk ke majlis itu bersama-sama, dengan hati yang sedikit berdebar memikirkan pertemuan dengan rakan-rakan dan kemungkinan Mareen akan bertanya tentang hubungan mereka.
Irina menghampiri Mareen yang sedang tersenyum manis di atas pelamin, mengenakan gaun pengantin yang cantik. "Congratulations, Mar! Bahagia selalu, jangan degil lain kali," usik Irina dengan nada gurauan, membuatkan Mareen tergelak kecil.
"Thanks, Irina! Alhamdulillah, akhirnya selesai semua."
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...