Irina mengerutkan dahi. "Eh, lelaki ke perempuan? Tapi kalau kau nak pergi, pergi jelah. Aku rasanya tak nak makan kat luar sebab aku dah bawak bekal" jawab Irina sambil menunjukkan bekalnya.
"Okay, takpe kalau macam tu. Dia lelaki. Kita orang nak jadi kawan dulu. Baru nanti bila dah kenal lama, kalau jodoh panjang, kita orang nikah" kata Mareen sambil tersenyum malu. Irina menahan tawa, berasa senang hati melihat rakan baiknya itu bercakap tentang jodoh.
"Nanti aku sambung. Bye tau! Kalau nak kirim apa-apa, mesej tau" Mareen beredar dari situ dengan langkah ceria.
Irina kembali ke mejanya dan memerhatikan Mareen yang melangkah keluar. Dalam hati, dia berdoa agar sahabatnya itu berjaya dalam usahanya mencari cinta. 'Semoga kau bahagia, Mareen dengan pilihan kau dan tak salah orang' bisik Irina
Dia berjalan menuju ke pejabat Kaires. Bekal yang ia bawa dari rumah juga dibawa kalau tak sia-sia je dia masak.
"Masuk" terlihat Kaires yang sedang membuka bungkusan makanan.
"Tak tunggu pun" kata Irina dan duduk didepan Kaires.
"Aku tolong bukakan untuk kau tau besyukur sikit" kata Kaires dan memberikan nasi ayam yang sudah dibukan itu kepada Irina.
"Thanks abang yang paling terbaik" kata Irina dengab penuh semangat.
"Ye. Tadi aku nampak kau bawak sesuatu" Kaires ternampak Irina memegang sesuatu apabila dia masuk kedalam pejabatnya.
"Tu bekal saya buat pagi tadi. Tapi abang dah belikan makanan jadi saya tak tahu nak bagi kepada siapa. Jadi bawak je lah mana tahu tak kenyang lagi makan nasi ayam" Kata Irina sambil menuangkan kuah sup kedalam nasi ayamnya.
Kaires mengangguk paham "tak ada orang curiga ke makan kat sini? " tanya Kaires sambil membuka bungkusan nasinya
"Tak ada kawan saya, Mareen pergi keluar makan dengab calon jodoh dia" kata Irina sambil memakan nasi tu.
"Ouh. Aku ada satu tawaran sebagai adik dan abang tiri"
"Apa dia? " Irina memandang Kaires dengan penasaran.
"Kau nak tak duduk kat rumah aku? Sebab kita nak siasat benda ni lebih lanjut jadi susah jikalau kau duduk jauh takkan lah setiap masa aku nak call"
"Abang ada rumah sendiri? Hebatnya adik setuju je tapi ada banyak tak bilik? Adik tak nak tidur dengan abang"
Kaires ketawa kecil mendengar jawapan Irina. "Jangan risau, rumah aku besar. Ada banyak bilik. Kau boleh pilih mana-mana bilik yang kau suka," balasnya sambil tersenyum.
Irina tersenyum lega. "Baguslah kalau macam tu. Adik tak kisah pindah kalau itu memudahkan kita untuk selesaikan masalah ni. Lagipun, aku memang dah lama rasa susah nak ulang-alik ke tempat kerja."
Kaires mengangguk. "Bagus. Nanti kau pindah hujung minggu ni, kita boleh mula siasat lebih lanjut tentang keluarga kita."
Irina memandang Kaires dengan rasa terharu. "Terima kasih sebab abang selalu fikirkan yang terbaik untuk kita. Walaupun pelik sikit situasi kita ni, aku rasa lega sebab kita boleh hadapi sama-sama."
Kaires tersenyum. "Sama-sama, adik."
Hati Irina berdebar apabila Kaires memanggilnya dengan sebutan adik.
Setelah Irina memakan nasi itu. Perutnya terasa sangat kenyang dan dia baru teringat yang nasi gorengnya masih ada.
"Siapa nak habiskan nasi goreng ni sayang lah pulak kalau buang" Irina memandang nasi goreng itu.
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...