Kaires membuka sampul surat itu dengan kasar, perasaannya campur aduk antara marah dan cemas. Satu persatu dokumen di dalamnya diperiksa dengan teliti.
Di halaman pertama, kenyataan mengejutkan terbentang di depan matanya ibunya pernah menikah dengan orang lain sebelum bercerai dan kemudian berkahwin dengan Datuk Zealand. Ini sudah cukup membuatkan hatinya tergoncang, tapi dia teruskan membaca.
Di halaman seterusnya, fakta lain yang lebih mengganggu terbongkar. Datuk Zealand ternyata sudah mempunyai isteri pertama sebelum menikahi ibunya, menjadikan ibunya sebagai isteri kedua. Namun, yang paling memukul Kaires adalah kenyataan bahawa dia bukanlah anak kandung Datuk Zealand. Semua yang dia sangka selama ini tentang keluarganya mula goyah.
Kaires menghela nafas panjang, cuba meredakan kekacauan yang berputar dalam kepalanya.
Kaires memandang halaman seterusnya dengan perasaan yang semakin bercelaru. Di situ, tertulis bahawa dia mempunyai seorang adik, seorang gadis bernama Irina Evyn - anak daripada isteri pertama Datuk Zealand. Fakta itu membuatkan jantungnya berdegup lebih kencang. Irina, nama yang tidak asing di telinganya, tetapi dia tidak tahu di mana dia pernah mendengar nama itu sebelum ini.
'Irina?' fikirnya, cuba mengaitkan nama itu dengan seseorang. Sesuatu terasa tidak kena, seolah-olah dia pernah bertemu atau berurusan dengan wanita bernama Irina, tapi dia tidak dapat mengingat di mana. Fikirannya berputar dengan cepat, memaksa dirinya mengingat semula setiap pertemuan yang pernah berlaku.
Mata Kaires terbeliak ketika dia membaca maklumat yang diperolehnya. Tangannya sedikit menggigil, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang terbentang di hadapannya. Irina Evyn, adik yang baru sahaja dia ketahui kewujudannya, bekerja di EV. AR HOLDINGS syarikat yang sama di mana Kaires menjadi CEO.
Perasaan terkejutnya semakin mendalam apabila dia mendapat tahu Irina bekerja sebagai pereka grafik di syarikat itu. Seseorang yang berada begitu dekat dengannya, yang bekerja di bawah naungannya setiap hari, sebenarnya adalah adiknya sendiri. Fakta itu membuatkan dia termenung sejenak, mindanya cuba memproses segala yang telah berlaku.
'Adik aku sendiri... selama ni dia ada dekat sini?' Kaires sukar mempercayai kebetulan ini. Namun, dia sedar, rahsia yang selama ini tersembunyi kini mula terbongkar di depan matanya, dan ia semakin menyulitkan emosinya.
Kaires berusaha menenangkan dirinya. 'Betul, dia cuma salah seorang pereka grafik di syarikat ni...' fikirnya, cuba merasionalkan situasi. 'Lagipun, aku ada akses penuh pada semua maklumat syarikat. Jadi, tak susah untuk aku dapatkan maklumat lebih lanjut tentang dia.'
Kaires terdiam, menatap surat di tangannya dengan rasa terguncang. Maklumat itu begitu mengejutkan ibunya membuangnya kerana tidak mampu menanggung kehidupan selepas kematian Datuk Zealand. Lebih teruk, isteri pertama Datuk Zealand, Arianna Giselle, tidak tahu apa-apa mengenai keluarga rahsia suaminya.
'Jadi, aku dibuang kerana masalah kewangan? Dan isteri pertama Datuk Zealand langsung tak tahu?' Hati Kaires terasa seperti disayat. Perasaan kecewa dan marah bercampur menjadi satu.
Dia juga mula memahami situasi tragis yang dialami Aria Amora, ibunya yang tidak bekerja dan kehilangan tempat tinggal setelah rumah mereka digadai. Hidupnya bertukar drastik, dan kini, dia tahu mengapa dia ditemukan di tepi jalan.
Kaires menarik nafas panjang. Perasaan simpati terhadap ibunya dan keinginan untuk memahami situasi ini lebih dalam terus menghantuinya.
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...