"Rumah tu rumah Kai ke? " tanya Arianna, sedikit terkejut memikirkan bahawa Kaires, yang baru berusia 26 tahun, sudah mempunyai rumah sendiri.
Kaires tersenyum sambil mengangguk perlahan. "Ya, ibu. Rumah tu Kai punya. Kai beli masa umur 25. Kebetulan dapat peluang yang bagus, jadi Kai ambil kesempatan tu," jawabnya dengan tenang, sambil terus membasuh sayur di singki.
Arianna terdiam seketika, kagum dengan pencapaian anak tirinya itu. "Wah, muda-muda lagi dah mampu beli rumah sendiri. Ibu bangga dengan Kai," katanya sambil tersenyum lebar, bangga melihat kejayaan Kaires.
Irina memandang abangnya dengan senyuman kecil. "Abang ni diam-diam banyak buat benda hebat, ye," katanya, usik Irina sambil ketawa kecil.
"Lagipun Kai tak nak bergantung hidup kat orang tua angkat Kai," Kaires berkata dengan nada tegas, sambil tersenyum kecil. Dia meletakkan sayur yang sudah dicuci ke tepi, kelihatan lebih serius seketika.
Arianna memandangnya dengan pandangan lembut. "Ibu faham... Kai memang anak yang berdikari. Tapi ingat, tak salah kalau sesekali terima bantuan, asalkan Kai tetap usaha sendiri," nasihat ibunya dengan suara penuh kasih sayang.
Irina tersenyum kecil, bangga dengan sikap abangnya yang tak mahu bergantung pada orang lain, tetapi dalam hati dia juga tahu Kaires seorang yang selalu menolong orang lain tanpa minta balasan.
"Ibu, sayur ni dah siap cuci. Apa lagi yang Kai boleh buat?" tanya Kaires sambil duduk di hadapan mereka, ingin terus membantu.
Arianna tersenyum dan memandang Kaires. "Kai potong lah sayur-sayur ni. Ibu nak buat kerja lain kejap," katanya sambil berdiri untuk mengambil bahan-bahan lain di dapur.
Kaires mencapai pisau dan mula memotong sayur dengan berhati-hati. Irina memandang abangnya, tersenyum kecil melihat kesungguhan Kaires. "Hati-hati potong tu, abang. Jangan sampai jari pulak yang kena," gurau Irina sambil tersenyum.
Kaires ketawa kecil. "Tenang, adik. Abang dah pro bab potong sayur ni," balasnya dengan yakin, sambil terus memotong sayur.
Tiba-tiba, Irina tersentak kecil apabila terasa sakit di jarinya. Dia tidak sengaja terkena pisau semasa cuba membantu memotong sayur. "Auch!" keluhnya sambil melihat darah mula keluar dari jarinya.
Kaires yang sedang memotong sayur segera berhenti dan memandang ke arah Irina. "Irina! Abang dah cakap hati-hati, kan?" Dia cepat-cepat bangun, mengambil tisu untuk menekan luka di jari adiknya.
"Ish... nasihat orang lain, diri sendiri pula yang kena," kata Irina sambil tersengih, menahan malu.
"Jangan risau, abang ada," balas Kaires sambil membantu membersihkan lukanya dengan lembut. Arianna yang berada di sebelah pun segera datang, risau dengan keadaan anak perempuannya. "Luka dalam tak? Nanti ibu ambil ubat luka," katanya sambil pergi mengambil kit pertolongan cemas.
"Biasa je, ibu. Tak perlu risau lah," kata Irina, cuba menyembunyikan rasa berdebarnya. Hatinya berdebar-debar kerana jaraknya dengan Kaires sangat dekat. Walaupun Kaires sedang membantu mengelap darah dengan tisu, dia memastikan tangannya tidak menyentuh tangan Irina secara langsung, menjaga batas antara mereka.
Kaires fokus membersihkan luka tanpa menyedari Irina yang sedikit gelisah. "Nasib baik tak dalam sangat. Tapi kena lebih hati-hati lepas ni," katanya sambil memandang Irina dengan lembut, sebelum beralih untuk membuang tisu berdarah itu.
Author tak ingat kalau author buat ke tak lagi umur Kaires tapi kalau author dah buat sorry dan umur dia ditukar jadi 26 tau
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...