Kaires memandangnya pergi dengan senyum kecil. 'Dia ni kelakar jugak bila panik,' fikirnya sebelum kembali fokus kepada kerjanya.
⊹⊹⊹⊹⊹⊹𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐍𝐘𝐀 ⊹⊹⊹⊹⊹⊹
Irina baru sahaja menyelasaikan kerjanya pada waktu malam dan jam menunjjukkan pukul 8:00 malam.
Irina turun ke lobi. Disitu tiada siapa-siapa hatinya mulai bimbang takut sesuatu akan terjadi.
Irina membuka telefonnya dan segera memanggil grab melalui telefon.
Sebelum dia memanggil grab itu tiba-tiba ada kereta Lamborghini berwarna hitam lalu didepannya dan berhenti didepannya.Irina sontak terkejut dengan hal itu,
Irina terpaku sejenak, jantungnya berdegup kencang melihat kereta Lamborghini hitam berhenti tepat di hadapannya. Dia mundur sedikit, matanya melekat pada kereta mewah itu, tertanya-tanya siapa yang memandu pada waktu sebegini. Belum sempat dia berbuat apa-apa, tingkap kereta itu perlahan-lahan diturunkan.
"Masuklah," suara yang sangat dikenali menyapa Irina. Suara itu milik Kaires. Dia memandangnya dengan wajah tenang dari dalam kereta.
"K-Kaires? Buat apa kat sini?" Irina tergagap sedikit, masih terkejut dengan kehadiran bosnya pada jam sebegitu.
"Aku dah janji nak jemput kau, kan? Aku takkan biarkan kau balik seorang diri malam-malam macam ni. Bahaya," kata Kaires sambil menuding ke arah pintu kereta, menyuruh Irina masuk.
Irina teragak-agak sejenak, hatinya berdebar lebih hebat daripada tadi. Dia memandang sekeliling, tiada siapa di lobi itu selain mereka berdua. Akhirnya, dia membuka pintu kereta dan melangkah masuk ke dalam Lamborghini tersebut, duduk di sebelah Kaires.
"Thanks... tapi kenapa tak bagitahu awal-awal? Aku dah nak panggil grab tadi," kata Irina, cuba menghilangkan rasa gugupnya.
Kaires tersenyum kecil. "Surprise sikit, lagipun aku fikir lebih baik aku yang jemput kau. Kau dah makan ke belum?"
Irina menggeleng perlahan, "Belum. Ingat nak makan kat rumah je."
"Nah, kita singgah makan dulu. Aku tahu satu tempat yang best," balas Kaires sambil menghidupkan enjin kereta, memecut pergi dengan tenang. Irina hanya mampu menarik nafas panjang, masih cuba menenangkan diri dalam suasana yang tiba-tiba terasa berbeza.
"Bila saya duduk rumah abang? " Irina bertanya sambil memandang pandangan diluar.
"Malam ni lepas kita makan pergi ambil baju kau pastu kita pergi balik kat rumah aku" Kata Kaires matanya masih fokus memandang jalan raya yang sibuk itu.
"Okay kalau macam tu saya nak mesej dulu lah kalau saya nak keluar dari apartment tu" kata Irina sambil mengeluarkan telefonnya.
"Bayar tak lagi sewa bulan ni? " tanya Kaires
"Bayar sekalanya akhir bulan tapi ni tengah bulan. Saya nak tanya dulu jadi berapa" Kata Irina
"Ouh. Selepas dah tahu bagitahu aku"
"Kenapa kena bagitahu awak? " tanya Irina pelik dengan percakapan Kaires
"Biarlah" kata Kaires dengan tenang.
Irina memandang Kaires dengan kening sedikit terangkat, cuba memahami maksud tersirat di sebalik kata-kata itu. "Biarlah?" Dia mengulangi dengan nada lebih lembut, matanya kembali merenung ke luar tingkap.
Kaires mengeluh kecil sambil mengetatkan genggaman pada stereng, tapi tidak langsung mengalihkan fokus dari jalan raya. "Sebab kalau kau nak duduk rumah aku, aku takkan biarkan kau bayar dua tempat serentak. Aku yang akan settlekan sewa apartment kau. Simple."
Irina terdiam sejenak, tak menyangka akan mendengar itu. "Tapi... saya boleh urus sendiri. Tak perlu susahkan awak."
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...