Mareen menoleh kearahnya, mengangkat kening. "Kenapa? Ada benda yang ganggu kau ke?"
Irina teragak-agak seketika, sebelum menggeleng cepat. "Tak ada apa. Cuma penat sikit je kot. Banyak benda nak kena buat."
Mareen mengangguk, seolah-olah memahami. "Aku faham. Kau kena jaga diri, jangan stres sangat. Kalau perlukan bantuan, cakap je kat aku. Kita kan teamwork."
Irina tersenyum, rasa sedikit lega dengan kata-kata Mareen. "Thanks. Aku akan ingat tu."
Mereka berdua terus bekerja dalam diam, namun di dalam hati Irina, rahsia besar yang dia simpan semakin memberat. Dia tahu satu hari nanti, dia tak akan mampu menyembunyikan semuanya lagi.
Setelah menyelesaikan semua kerjanya dan tiba waktu lunch, Kaires segera mencapai telefonnya dan mula mencari idea untuk makan tengah hari. Dia melayari beberapa pilihan makanan yang sedap di aplikasinya, matanya fokus pada skrin.
'Hrm, adik aku suka makan apa eh?' fikir Kaires, sedikit tergaru-garu kepala. Sejak mengetahui Irina ialah adik tirinya, dia mula memikirkan cara untuk mendekati dan memahami gadis itu dengan lebih baik. Tapi, ini semua masih baru baginya.
Kaires menatal senarai menu sehingga matanya tertancap pada satu gambar makanan nasi ayam. 'Mungkin Irina suka benda simple macam ni. Takkan salah pilih kot' fikirnya. Lagipun, nasi ayam kelihatan seperti pilihan selamat makanan kegemaran ramai orang.
Dia segera memesan dua set nasi ayam, satu untuk dirinya dan satu lagi untuk Irina. Sambil menunggu makanan tiba, Kaires termenung sejenak. Dia memikirkan bagaimana untuk mengajak Irina makan bersama nanti. Situasi mereka masih janggal, apalagi dengan rahsia keluarga yang baru sahaja terbongkar.
'Macam mana aku nak cakap dengan dia tanpa buat dia rasa pelik? Harap-harap dia okay je nanti,' bisiknya dalam hati.
Kaires segera mengechat Irina:
"Aku dah belikan kau nasi ayam. Anggaplah sebagai tanda terima kasih sebab dah banyak tolong aku akhir-akhir ni."
Dia menghantar mesej itu dengan perasaan sedikit janggal. Walaupun dia CEO dan sudah terbiasa memberi arahan, bila melibatkan hal peribadi seperti ini, segalanya terasa lain. Dia tidak pasti bagaimana Irina akan menerima mesej itu adakah dia akan rasa pelik?
Tidak lama selepas itu, telefonnya bergetar, menandakan mesej balasan dari Irina.
"Eh, betul ke? Terima kasih, boss... eh, abang! Nanti kita makan sama-sama?" jawab Irina.
Kaires tersenyum sedikit membaca mesej itu. Hati kecilnya lega kerana Irina nampaknya menerima isyarat persahabatan itu dengan baik. Mungkin hubungan mereka akan lebih lancar daripada yang disangka.
"Ikut kau lah kalau nak makan sama-sama. Datang kat pejabat aku, kalau tak nanti aku suruh dia letak atas meja kau," kata Kaires.
"Boleh je makan sama-sama," jawab Irina dengan gembira.
Mesej itu terhenti di situ sahaja.
Irina merasakan kegembiraan dalam hatinya. Dalam beberapa minggu ini, dia telah banyak berjumpa dengan Kaires, dan setiap kali, dia merasa lebih selesa di sekelilingnya. Semangat untuk mengenali Kaires sebagai abangnya membuatkan dia lebih teruja.
Sementara itu, Mareen mengetuk pintu dan masuk ke dalam pejabat. "Irina, aku dah nak keluar untuk lunch. Kau macam mana? Nak ikut tak? Tapi ada orang lain lah sorang. Kita orang janji dah nak lunch sama-sama" kata Mareen dengan nada jujur, bimbang jika Irina tidak selesa dengan kehadiran orang lain.
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...