"Aku okay je selama mana pun janji siap" Kaires mengakhiri panggilan itu dan bersandar di kerusi, memandang ke luar tingkap. Di luar sana, malam semakin larut.Dia segera meletakkan telefon di atas meja. Setelah itu, dia berjalan perlahan menuju katilnya, kepenatan memenuhi fikirannya.
Malam yang panjang ini telah membawanya lebih dekat kepada kebenaran, namun ketidakpastian masih menghantui.
Setibanya di katil, Kaires duduk sejenak di hujungnya, matanya tertumpu pada lantai.
Fikirannya terus berputar tentang siapa sebenarnya ibu dan ayah kandungnya, dan bagaimana hal ini akan mengubah hidupnya. Perlahan-lahan, dia merebahkan tubuhnya di atas katil, namun tidur masih jauh dari dirinya.
Kaires berbaring dengan berat hati, cuba memejamkan mata. Fikirannya enggan tenang, tetapi setelah beberapa lama, keletihan menguasai tubuhnya.
Akhirnya dia terlelap, walaupun bayangan tentang identiti sebenar dirinya masih bergelar di benaknya.
⊹⊹⊹⊹⊹⊹𝐏𝐀𝐆𝐈𝐍𝐘𝐀 ⊹⊹⊹⊹⊹⊹
Kaires terbangun akibat bunyi telefonnya yang nyaring. Matanya masih berat, tetapi dia segera meraih telefon itu untuk menutup alarm yang berbunyi . Dengan nafas yang panjang, dia cuba mengumpul kesedaran sebelum memulakan harinya.
Dia bersiap untuk bekerja, mengenakan suit hitam kegemarannya dengan penuh rutin. Kaires memandang cermin memastikan semuanya tampak sempurna sebelum melangkah keluar untuk menghadapi hari yang sibuk.
Seperti biasa, Kaires menuju ke garaj dan menaiki kereta kesayangannya, sebuah Lamborghini hitam yang berkilat. Kereta itu adalah simbol kekayaannya.
Selain itu, dia juga memiliki beberapa kereta mewah lain, termasuk sebuah BMW, tetapi Lamborghini tetap menjadi pilihannya untuk hari-hari yang penuh dengan urusan penting.
☆⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞⏤͟͟͞͞☆
Irina singgah ke kafe kegemarannya untuk membeli kopi. Dia tidak lupa memesan untuk rakan-rakannya, termasuklah Mareen. Dengan senyuman kecil, Irina membawa semua cawan kopi itu untuk kembali ke pejabat.
Semasa berjalan menuju pejabat, Irina tidak sengaja terlanggar seseorang, menyebabkan kopi yang dibawanya tumpah ke baju orang itu.
Dengan panik, dia menunduk, tidak berani memandang, rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. "S-saya minta maaf. Saya tak nampak awak... maaf sangat" katanya dalam nada yang tersekat.
"Lain kali hati-hati. Mujur mood aku okay hari ni" balas suara yang dikenali itu, tenang tapi tegas. Irina tersentak.
Dia pernah mendengar suara itu sebelum ini. Dengan perlahan, dia mendongak dan matanya bertemu dengan wajah Kaires Ardian, CEO syarikatnya
"C-CEO... saya minta maaf sangat-sangat. Berapa harga baju ni? Saya akan ganti" kata Irina dengan nada gugup, panik mulai menguasai dirinya. Dia tahu betapa pentingnya menjaga imej di hadapan Kaires.
Kaires memandang Irina dengan tenang, sedikit tersenyum di sudut bibirnya. "Tak perlu ganti. Tapi lain kali, berhati-hati. Pastikan fokus pada sekeliling kau jangan ada lagi kejadian macam ni. Aku pergi dulu" jawabnya, nada suaranya masih tenang namun ada sedikit tegas.
Irina mengangguk cepat, masih berasa malu dan bersalah, tapi juga lega Kaires tidak terlalu marah.
'Hrm, macam mana ni? Kopi ni pun ada beberapa je lagi yang tak tumpah. Aku ambil yang tak tumpah je lah' bisik Irina kepada dirinya sendiri. Dia melihat satu persatu cawan kopi itu; dari enam cawan yang dibeli, hanya dua yang tersisa tanpa tumpahan.
Irina berfikir sejenak sebelum mengambil satu cawan untuk dirinya sendiri dan satu lagi untuk Mareen. 'Yang lain tu, nanti-nantilah aku beli lain kali pulak' katanya dalam hati, sambil berasa sedikit lega kerana masih ada kopi untuk dikongsi dengan rakan-rakannya.
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...