✰BAB 12✰

10 1 0
                                    

               Kaires menghela nafas, akhirnya sedikit melonggarkan ketegangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaires menghela nafas, akhirnya sedikit melonggarkan ketegangannya. "Aku tak marah... cuma, aku perlukan kau untuk fokus. Kita tak tahu berapa banyak lagi rahsia yang akan terbongkar selepas ini. Jadi, kau kena bersedia."

Irina mengangguk lagi, kali ini lebih yakin. "Saya faham. Apa saja yang awak perlukan, saya akan bantu."

"Baik. Kalau macam tu, kita akan banyak berjumpa untuk selesaikan semua ni. Dan... tentang mak kau, bila semuanya dah jelas, kita kena bagitahu dia juga. Dia berhak tahu."

Irina memandang Kaires dengan mata yang berkilau, kali ini tanpa sebarang jenaka di bibirnya. "Betul, mak saya patut tahu. Saya akan sokong awak untuk cari mak kandung awak. Mungkin dia ada jawapan kepada semua soalan kita"

⊹⊹⊹⊹⊹𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐈𝐀𝐍⊹⊹⊹⊹⊹

Setelah seminggu kemudian, Kaires dan Irina mula berkerjasama dengan lebih erat, namun kali ini bukan lagi sebagai bos dan pekerja, tetapi sebagai adik dan kakak tiri. Walaupun hubungan mereka sebelum ini sekadar formal di tempat kerja, kini suasananya berubah menjadi lebih peribadi.

Pada mulanya, mereka masih sedikit janggal antara satu sama lain. Kaires, yang terbiasa bekerja dalam suasana penuh profesionalisme, mendapati sukar untuk melihat Irina sebagai adik tirinya. Irina pula, cuba menyesuaikan diri dengan peranan baru ini, berusaha untuk membantu Kaires dalam mencari maklumat tentang keluarga sebenar mereka sambil mengekalkan profesionalismenya di tempat kerja.

"Awak dah dapatkan maklumat terbaru pasal mak kandung kita?" soal Kaires suatu pagi, ketika mereka bertemu di pejabat untuk perjumpaan khas tentang siasatan keluarga mereka.

Irina mengangguk sambil menyerahkan satu fail kepada Kaires. "Ya, saya dah semak semua rekod yang kita ada. Saya juga dah minta bantuan tambahan dari beberapa kenalan yang boleh dipercayai. Ini semua maklumat yang terkini."

Kaires mengambil fail itu dan membelek isinya dengan teliti. "Bagus. Aku harap ini boleh bagi kita lebih banyak petunjuk. Kita kena tahu apa yang sebenarnya berlaku masa tu."

Irina memandang Kaires dengan penuh simpati. Dia faham beban yang ditanggung oleh abangnya itu. "Saya tahu ini susah untuk awak, tapi saya akan tolong selagi boleh. Lagipun, kita dalam ni bersama-sama. Saya takkan biarkan awak tanggung semua ni seorang diri."

Kaires menatap Irina dengan pandangan yang lembut, sedikit terharu dengan kata-kata adik tirinya. Walaupun mereka baru mengenali hakikat hubungan mereka, dia boleh rasakan bahawa Irina benar-benar ikhlas untuk membantunya.

"Dengan kau kat sini, aku rasa kurang berat. Terima kasih," balas Kaires, suaranya sedikit perlahan, seolah-olah dia jarang mengucapkan terima kasih kepada sesiapa.

Irina tersenyum kecil. "Sama-sama, abang."

Muka Kaires sedikit memerah apabila Irina memanggilnya dengan sebutan 'abang.' Dia tidak pernah membayangkan ada orang yang akan memanggilnya begitu, apalagi Irina, yang dulunya hanya seorang pekerja di syarikatnya. Namun, walaupun terasa janggal, panggilan itu sedikit sebanyak melembutkan hatinya yang keras.

"Irina... kau tak perlu panggil aku macam tu. Kita... kita masih dalam urusan kerja juga," kata Kaires, cuba mengekalkan nada profesional, walaupun dalam hatinya ada sedikit rasa kehangatan.

Irina ketawa kecil, menyedari perubahan di wajah Kaires. "Tak apa lah, sekali-sekala tak salah kan? Lagipun, awak kan memang abang tiri saya. Saya cuma nak biasakan diri."

🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄

🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄

𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•Where stories live. Discover now