Setelah sampai ke apartemen Irina. Dia berkata "apartemen saya kat atas jadi kena naik lift lah" Irina segera keluar dari kereta itu.
Nasib baik sudah malam kalau tidak pasti orang-orang kecoh kerana kereta Kaires terlampau mahal bagi mereka yang biasa-biasa sahaja. Kereta ini untuk Kaires harganya biasa sahaja.
Kaires mengangguk dan mematikan enjin kereta. "Tak apa, aku ikut je. Harap tak banyak barang nak angkut nanti."
Mereka berjalan menuju ke lif, dan Irina menekan butang untuk naik ke tingkat apartmennya. Suasana sunyi, hanya ada bunyi lif yang bergerak. "Nasib baik sekarang dah malam," kata Irina sambil tersenyum kecil. "Kalau siang, confirm ramai orang tengok kereta abang tu. Boleh viral dekat sini."
Kaires tersenyum tipis. "Itulah, lagi baik kita buat semua ni cepat-cepat. Lagipun, aku tak suka perhatian sangat."
Setelah lif sampai di tingkat yang dituju, mereka keluar dan menuju ke pintu apartmen Irina. "Tak banyak barang pun, kebanyakan dah kemas. Tapi saya ada beberapa kotak yang berat," kata Irina sambil membuka pintu.
"Tak apa, abang tolong angkat. Kau kemas barang yang kecik-kecik, biar aku settle yang berat," jawab Kaires, mula memeriksa ruang apartmen yang sederhana tapi kemas itu.
Irina tersenyum lega. "Okay, abang memang boleh diharap."
Sambil mengemas barang makeupnya ke dalam beg, Irina menarik nafas lega. Dia tersenyum kecil, merasakan betapa beruntungnya kini. Beban untuk membayar sewa apartmennya setiap bulan sudah tidak lagi menjadi masalah, dan Kaires, walaupun baru sahaja mereka mengetahui hubungan sebagai adik-beradik tiri, telah mengambil tanggungjawab besar dalam hidupnya.
'Tak sangka dia betul-betul nak bantu aku' Irina berbicara dalam hati, rasa syukur membanjiri perasaannya. Dengan beban hidup yang berkurang, dia boleh fokus untuk menyelesaikan misteri tentang keluarga mereka.
Setelah selesai mengemas barang-barangnya, dia keluar dari bilik untuk melihat Kaires yang sedang memeriksa barang-barang yang sudah diikat rapi. "Abang, semua dah siap. Tinggal bawa je barang-barang ni ke kereta."
Kaires memandangnya dan mengangguk. "Okay, kita angkut sekarang. Nanti balik, bolehlah kau rehat terus."
"Terima kasih sangat abang. Abang yang terbaik" kata Irina sambil memegang barang-barangnya.
"It's okay" Kaires sedikit tersenyum melihat tingkah adiknya. 'Kenapa adik aku lucu sangat. Aky tak rugi langsung dapat rapat dengan dia semuanya terbayar dengan senyuman dia'
Kaires seketika termenung. "Hello kenapa termenung tiba-tiba kita kena cepat adik dah penat" Irina melambaikan tangan dihadapan muka Kaires.
"Ye, jom lah," Kaires berkata sambil mengangkat barang terakhir dari apartmen itu.
Irina memandang bilik yang sudah lama menjadi tempat tinggalnya. Dengan perasaan campur aduk, dia perlahan-lahan menutup pintu sambil berbisik, "Bye bye bilik ku." Pandangannya melekat seketika pada ruangan yang kini kosong, tempat yang penuh dengan kenangan manis dan pahit.
Kaires menoleh ke arahnya sekejap. "Lepas ni, kau akan ada tempat baru. Mungkin lagi selesa dari sini."
Irina tersenyum sambil melangkah keluar. "Harap-harap selesa" Mereka bergerak menuju lif. Irina bersedia untuk memulakan babak baru di rumah Kaires.
Mereka tiba di rumah Kaires, dan Irina terpegun seketika melihat rumah yang tersergam indah di hadapannya. Rumah itu tampak mewah, dengan seni bina moden yang membuatnya terasa seperti sebuah hotel mewah.
🍄ᵕ̈ 𝑽𝑶𝑻𝑬 𝑨𝑵𝑫 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 𝑭𝑶𝑹 𝑺𝑼𝑷𝑷𝑶𝑹𝑻 𝑨𝑼𝑻𝑯𝑶𝑹ᵕ̈🍄
🪄ꨄ 𝐓𝐎 𝐁𝐄 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐄ꨄ🪄
YOU ARE READING
𝐿𝐸𝑇 𝐿𝑂𝑉𝐸 𝑆𝑃𝐸𝐴𝐾 •ᴄ•
Romance𝘐𝘕𝘐 𝘏𝘈𝘕𝘠𝘈 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘚𝘌𝘔𝘈𝘛𝘈-𝘔𝘈𝘛𝘈 Kaires Ardian, CEO yang enigmatic di EV. AR HOLDINGS, menjalani kehidupan yang ditentukan oleh dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada kerjayanya. Dikenali kerana sikap dingin dan harapan yang...