BAB 1

42.7K 823 22
                                    

Harini hari yang sangat bosan buat Afifa Ameera atau dikenali sebagai Kak Fifa Kak Yong. Hampir setiap minggu, Haqim dan Hazim mengenakan Afifa. Harini tisu pink dari kantin sekolah diletakkan didalam loker milik Afifa. Tatkala dibuka, semua tisu itu bergolek dan jatuh dimuka Afifa. Tudung Afifa yang bulat dan menjadi itu, sudah leper.

Ini disebabkan Haqim dan Hazim iaitu kembar serupa tingkatan 5 tidak mempercayai bahwa Afifa anak Pengetua The Briliant Star Private Secondary School.
Puan Bunga Fara ibu kepada Afifa dan juga pengetua sekolah berkenaan. Sekolah yang sangat hebat pada pretasi akedamik dan juga sukan.

"HAQIM!! HAZIM!!!"teriak Afifa yang sedang membara.

Haqim dan Hazim menyorok dibelakang dinding.Mereka ketawa besar.

Tiba tiba ketawanya berhenti disebabkan telinga mereka ditarik oleh Afifa.

"Kau buat lagi aku buat kouww kouww gitu!"Afifa memberi amaran lalu beredar sebelum itu Afifa menolak jatuh mereka berdua. Biar rasa sikit.

Luqyana Farha atau dikenali sebagai Yana Barbie Doll kerana mukanya tak tumpah sebagai patung mainan dikedai mainan datang kepada Haqim dan Hazim.

Mereka tahu apa 'hadiah' untuk Afifa esok. Mereka tersengih.

"Kau ni apahal ah, yang kau cari pasal dengan legend dah kenapa? Kaki nak?"soal Luqyana marah lalu menyepak punggung mereka.

"Biar lah! Kau apahal"soal Haqim dan Hazim marah.

Mereka cuba bangun. Mereka tiba tiba tersungkur dan mencium lantai yang sudah lama tidak dibasuh.
Ramai gelakkan mereka.
Si Kembar Durjana digelar oleh Afifa.

Afifa laju masuk kedalam kelasnya, 5 Sains Tulen 1. Dia meletakan kepalanya diatas meja kelasnya.
Lama kemudian dia terlelap.

Luqyana terhegeh hegeh masuk kedalam kelas mereka.
Dia duduk disebelah Afifa. Dengan keadaan tercungap cungap, dia mengambil botol air Afifa dan meneguk dengan rakus.

"Fifa, kau rasa apa yang mereka nak bagi 'hadiah' untuk kau esok ah?"soal Luqyana lalu mengambil buku Kimia Tingkatan 5 untuk mentelaahnya.

Setelah lama menunggu jawapan dan akhirnya.....

Krughh krughhh

"La aku cakap dengan dinding lah selama ni"rungut Luqyana lalu melipat tudung diatas bahagaian dahinya.

Dia mencebik lalu mentelaah buku itu yang sedia ada.

*****

Rizz memegang bahu Firash lembut.
Dia risau takut terbongkar.

"Sekejap lah Rizz, sikit lagi ni"marah Firash macam mak nenek.

Setelah lama mencuba membuka peti besi yang besar itu dibuka. Firash membuka sebesar yang mungkin.

"Masya Allah!"Faris terkejut melihat emas tiruan didalam peti besi itu.

"Mesti mereka kaya sebab buat benda ni, last last kena tangkap"Tangan Rizz ligat memasukkan emas tiruan itu didalam karung yang berwarna coklat itu.

"1 , 2 , 3 roger roger!!"panggil Inspektor Hamid.

"1 , 2 , 3 kami dengar Tuan!"

"Oke kamu sudah selesai kan? Oke saya nak kamu beredar dari tempat itu selama 2 minit, kalau tak gaji tak masuk!"arah Inspektor Hamid tegas.

"Nanti kami kepung rumah tu selepas kamu beredar. Cepat sikit kerja!! Laju!!"sambung Inspektor Hamid.

Laju mereka mengemas barang untuk mengintip dan juga menjadi spy spy kepada PDRM.
Susah lah jugak kalau sudah lama kat sini memang senang. Baru 1 tahun Firash berkerja disini.

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now