BAB 53

4.1K 132 13
                                        

Afifa meronta ronta untuk dibuka tali ikatan dipergelangan tangannya. Namun hampa, hanya ada gelak tawa yang berselang selinya.Mulutnya terkunci rapat.

"Lepaskan aku lah!" Kata Afifa kuat.

"Lepaskan kau? Weh, susah susah aku tangkap kau. Nak lepaskan pulak?" Sinis katanya.

"Kau siapa?" Soal Afifa sambil melihat gerangan dihadapannya. Cermin mata hitam milik lelaki itu mula ditanggalkan.
Mata hijau birunya itu menusuk mata Afifa.
Dan dia kenal gerangan lelaki itu.

"Aku? Aku Dean...kawan Firash atau lagi tepat bakal musuh Firash?" Kata Dean lantang sambil tersenyum sinis. Kata kata Dean membuatkan anak anak buahnya ketawa kuat.
Afifa mendecit kegeraman. Tudung yang tersarung itu masih elok tidak disentuh. Sebelum tidur dia teragak agak mahu memakai tudung. Ada hikmah.

Wanita dibelakang Dean dilihat. Wanita itu tersenyum sinis. Pistol ditangan wanita itu dipandang. Rambut perang milik wanita itu dipandang.

"Oh lagi satu ni isteri aku...my wife...you can call her Camelia...a pretry girl who want your husband. What a nice game..i want your husband...and my wife want your husband too..so then..just give you husband to us" terang Dean. Camelia mendekati Afifa. Pipi Afifa dielus lembut. Gebu dan putih.

Sesuai jadi patung aku ni. Patung untuk ditoreh toreh. Kata hati Camelia.

Afifa masih diam.
Harap je nama dan muka cantik tapi jahat!
Desis hati Afifa.

"Pipi kau cantik..boleh aku ambik sikit?" Soal Camelia sambil menorehkan sedikit pipi Afifa. Afifa menahan kesakitan itu.
Auch pedihnya.

Dean hanya tersenyum. Pipi Afifa ditoreh lagi. Kini pipi kiri pula.

"Sa..sakit" kata Afifa.
Camelia melihat Afifa yang menahan kesakitan itu.

"darling...kita nak buat apa dengan budak comel ni?" Soal Camelia sambil melihat suaminya itu sedang meminum air kopi campuran susu itu.

"Biar Firash derita dulu baru kita lukakan budak ni" balas Dean lalu tersenyum sinis.

*****

"Mama! Oh, mama!" Panggil Firash kuat. Pembantu rumah nama Syamila mendapatkan anak majikannya itu.

"Iya tuan?"soal Syamila sambil menundukan kepala tanda hormat.

"Mana Puan Sri?"soal Firash sambil melilau pandangan mencari Puan Sri Fara.

"saya tak tahu Tuan..dari semalam lagi Puan Sri tak balik" kata Syamila dengan kepala masih tunduk.

"Erm, Tuan Sri?" Soal Firash pula.

Baru Syamila mahu membuka mulut. Seseorag sudah memotong percakapannya.

"Ash, cari siapa?" Soal suara garau yang dikenali itu membuatkan mereka berdua berpaling.

"Eh papa, ni hah semalam Ash balik, tengok tengok Fifa dah tak ada...padahal dalam setengah jam gitu Ash balik tengok Fifa tak ada tapi ada surat ni hah" balas Firash seraya menyeluk poket seluarnya mencari kertas yang disebutkan itu. Setelah dipastikan, baru diserahkan kepada ayah mertuanya.

Setelah membaca dan mencari jawapan, dia gagal.

"Sebenarnya papa pun dapat mesej sama...tapi nombor dia tu privasi. Tak boleh nak telefon..Ash dah siasat?" Tan Sri Saiful melihat muka menantunya yang serabai itu.

Kisah Cinta Cik Ego✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang