BAB 46

4.8K 156 33
                                    

Afifa bangun dari tidurnya liat sekali. Yelah semalam tengok bola, tidur pukul 3 pagi. Mana tak nya. Dah lah subuh terlepas. Terpaksalah ganti balik. Baru sahaja membuka mata, Firash sudah siap berkemas memakai baju formal untuk ke PDRM.
Ye lah, dia kan spy.

Lah sangat💁

"Abang nak pergi mana?"soal Afifa sambil menutup mulutnya menggunakan belakang tapak tangannya.

"Abang kena pergi kerja" balasnya sambil membaiki tali pinggangnya.
Afifa angguk.

"PDRM atau Kafe?"soal Afifa sambil merapikan rambutnya perlahan.
Firash dipandang.

"PDRM" balas Firash sepatah.
Afifa dah tahu pasal kerja Firash, tapi dia hanya tahu yang Firash kerja di PDRM dan dia belum tahu pasal spy.
masa mula mula tahu tu mana taknya dia mengamuk. Merajuk dan mengamuk dalam satu masa. Dekat seminggu dia merajuk tak nak cakap dengan Firash.

Haih...

Bila diceknya kat hospital, tup tup mengandung. Mana taknya gembira sakan lah!

"Jap Fifa siapkan breakfast" kata Afifa lantas mengikat rambutnya.
Firash hanya tersenyum melihat telatah isterinya.

"Bang! breakfast dah siap!" Laung Afifa yang sekian lama berperang didapur.
Firash turun dan melabuhkan punggung dimeja makan.

"Erm, sedapnya...walaupun roti bakar dan air milo" puji Firash sambil menyumbat roti bakar. Ala, nak buat mi goreng tak sempat.
Ah, bantai je lah, roti bakar pun bakar je lah!

Setelah lama mereka berbreakfast, Firash terus ke PDRM. Misi tetap misi.
walaupun Afifa tidak dapat menerima yang Firash akan ke PDRM selama 6 jam, dia tetap menghormati keputusan Firash.

Tiba tiba, dia rasa sakit diperutnya. Ah, sakit sekali, seperti ditusuk pedang halilintar yang banyak sekali. Dia terasa sesuatu mengalir dicelah kakangnya.

"Arh, sa..sakit" Afifa perlahan mengesot sikit demi sikit untuk mencapai telefonnya yang berada dimeja ruang tamu.

"Aa..abang...tolong bang, sayang sakit..sakit bang.. balik bang, tolong balik" adu Afifa dicorong telefon.

"Sayang, jangan main main, abang nak kerja ni"

"Abang, sayang betul ni..ah, abang"

Afifa mengesat air mata jernih yang keluar dari matanya, Ya Allah sakitnya.

"Sekejap abang patah balik"

telefon dimatikan, Afifa menahan tangisan yang mahu keluar.
Perut dipegang tanda sakit.

"Sayang!"panggil Firash lalu mendapati Afifa yang sudah duduk dihadapan pintu rumahnya.

Diangkatnya Afifa ke atas keretanya. Afifa memegang perutnya dan meramasnya berkali kali.
Peluh didahi dibiarkan.
Hati makin resah mengingatkan tentang melahirkan anak.
acap kali zikirullah meniti dibibir.

"Sayang sabar eh, abang bawak sayang ke hospital ya" katanya lembut sambil memegang tangan Afifa yang sejuk.
Afifa sekadar mengangguk sahaja.

*****

Setelah sampai dihospital, Afifa laju menuju ke bilik wad berdekatan.
Lama menunggu akhirnya Doktor Sofea keluar juga.

"Macam mana doktor?"soal Firash kalut. Muka Doktor Sofea dilihat.

"Afifa okey, cuma babies akan keluar dalam beberapa jam lagi, sebab menda tu baru bukak 5 cm, tak apa ni baru air ketuban" terang Doktor Sofea sambil membuka mask yang menutupi mulutnya dan hidungnya.

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now