BAB 2

15.4K 450 11
                                    

Hari ini Afifa datang awal, dia tahu yang bakal jadi pada dirinya. Spy spynya ada bagi tahu apa 'hadiah' dari Haqim dan Hazim.
Pagi tadi seorang junior tingkatan 2 lelaki meninjau kawasan lepak Haqim dan Hazim. Dan sangkaannya betul, mereka sedang membuat 'hadiah' untuk Afifa dan Afifa keluar dari kelasnya dan menuju ke kantin. Dia ada juga 'hadiah' untuk kembar itu.

Plan si kembar itu baru sahaja dimulakan.
Afifa datang dengan selamba dan buat tak tahu.
Dia lalu dihadapan loker tempat biasa 'singa'nya dilepaskan. Ditangan kiri mempunyai hadiah untuk Haqim dan Hazim.
Satu...dua...tiga!!

Tepung yang dijadikan cucur selepas digaul dengan air dan seterusnya, jatuh keatas kepala Afifa. Haqim yang mencurahkannya. Haqim berada diatas loker. Tidak sempat Hazim mencurahkan kanji yang dibuat pagi tadi, Afifa mengelak.
Dan baldi dipenuhi kanji itu dicurahkan kembali keatas Hazim.
Manakala Haqim, dicurahkan satu bungkus tepung yang lebihan.

"Wei, kalau kau tak caya yang mak aku pengetua pun agak agak lah weh, benda ni dah lapuk lah, kau yang ketinggalan zaman."amarah Afifa membuak buak didalam dirinya. Belum sempat Afifa pulang ketandas untuk menukarkan tudung yang baru, Afifa melemparkan sebiji telur mentah kearah Hazim dan juga Haqim.
Mereka terus senyap dan tidak membalas kata kata Afifa.
Afifa meninggalkan Si Kembar itu disitu. Dia sudah sedia tudung dan baju yang lebih. Dia menukarkan tudung yang baru.

"assalamualaikum!"laung Khairunnisa Salsabila iaitu kembar comel dan jaguh sekolah ini.
Salsabila Nadhita ialah adik kepada Khairunnisa Salsabila. Haqim dan Hazim memang ada perasaan terhadap kembar ini. Mereka ahli sukan yang terhebat. Merentas desa, 30 minit manakala pelajar biasa hanya 1 jam atau lebih kurang 2 jam. Lari pecut, 1minit 55 saat!
Memang jaguh sekolah!

"Waalaikumussalam!"jawab Afifa yang kemas selepas menukar tudung yang tadi dipenuhi tepung, mukanya juga penuh 'bedak' yang dicurahkan oleh Haqim.

"Weh semua duduk Madam Liza datang!"laung Ain selaku penolong ketua 5 Sains Tulen 1.
Kelas yang dari tadi macam pasar ikan dan pasar tani sudah senyap tatkala mendengar perkataan 'Madam Liza'
Maka semua pembelajaran berjalan seperti biasa.

*****

"Firash, Rizz dan Faris sila masuk ke pejabat saya sekarang juga"arah Tuan Tajul yang bermain misai kesayangannya.

"Baik Tuan!"

Mereka berjalan masuk dengan berdebar debar. Macam nak ambil SPM bukan macam jumpa polis sebab roadblock.

"Assalamualaikum Tuan"ucap Firash tanda hormat bukan nak bodek eh.

"Waalaikumussalam, duduk!"tegas Tuan Tajul tangannya diletakkan dibelakang badannya.

"Ya, kenapa tuan?"soal serentak Firash, Rizz dan Faris.

"Kamu berdua orang baru kat sini kan? Baru satu tahun kan?"soal Tuan Tajul ke hulu ke hilir.

Mereka menggangguk.

"Kamu ni bisu ke apa?"soal Tuan Tajul marah.

Tuhan dah kurniakan nikmat bercakap guna lah sebaik mungkin. Ni tak!
Mereka geleng.

"Ya tuan!"

"Saya nak kamu bertiga bincangkan nama kumpulan kamu"pinta Tuan Tajul lalu bermain dengan misainya.

"Baik tuan!"

"Kamu tidak boleh mengambil nama kumpulan ini iaitu, Qu Spy Lu Sapa?!, Star Night, Fighting Panda dan So Diva. Yang ini kamu tidak boleh ambil. Reka je lah ya"ujar Tuan Tajul lalu berjalan ke balkoni dipejabatnya.

"Baik Tuan!"

Mereka mula membincangkan nama yang sesuai. Takkan Boboiboy kot!

"Hah nama Knight Dragon?"cadang Faris.

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now