"Cikgu buat apa kat sini?"soal Firash sambil meletakkan kedua belah tangannya didalam kocek seluar jeans birunya.
"Cikgu, cikgu, panggilah puan, tak lah formal sangat..saya hantar Afifa kat sini,dia demam..tu pun ngigau"balas Puan Fara sambil menundingkan jarinya di wad Afifa.
"Oh, kalau macam tu, saya boleh jenguk dia puan?"tanya Firash lagi.
Puan Fara hanya melihat Firash yang masih menunggukan jawapan dari mulutnya.
"Herm..pergilah tapi jangan buat benda yang tak senonoh pulak ya"pesan Puan Fara lalu beredar.
*****
Pintu wad Afifa dibuka sedikit, cukup untuk dia masuk. Salam diberi. Kelihatan Afifa nyenyak tidur di katil wad.
Mukanya pucat."Hai, Am..ni Ash..Am kena tabah tau"tutur Firash sebak. Ye lah, dah Afifa ni kan bekas Bffnya yang dulu.
"Ash tahu, yang Am mesti dengarkan? Ni nak kata, yang Ash ada lagi tau kat bumi ni, cari lah Ash sampai dapat"tutur Ash. Dia menarik sedikit selimut Afifa keatas sedikit.
Bagi Afifa pula, dia mampu mendengar , penglihatannya hanya hitam. Hanya mampu mendengar.
Hatinya rintih.
Otaknya ligat memikir, siapa yang bercakap ni?
Macam kenal!Ash?!
Ash?!
Ash!!
"Ash! Am sayang Ash.."rintih hati Afifa.
"Ash tahu Am dengar apa yang Ash cakap ni kan? Cari eh Ash, Ash tunggu. Bai, salam sayang Ash"ujar Firash lalu beredar ke wad ibunya.
Satu mutiara jernih keluar ditubir mata Afifa.
Jangan lah pergi Ash!
Am nak tahu Ash dekat mana?*****
Setelah ditutup pintu wad Afifa, dia berlalu ke wad ibunya, rintih hatinya.
Dia tahu Afifa itu satu satunya kawan perempuan yang ada didunia ini.
Namun hatinya sedih, bila mahu katakan yang dia itu, Ash?
Ya ALLAH! Sudah 12 tahun dia kehilangan gelak tawa Afifa, senyuman manis yang terukir dibibir Afifa dan juga kecomelannya. Bila Firash pulang ke Malaysia, semuanya hampa, Afifa yang dulunya ceria, comel sekaranganya ego melangit!
Senyuman tu susah nak dapat!
Nak dengar dia ketawa? Hampeh.Firash duduk dibangku hospital. Termenung seketika. Akhirnya idea masuk kedalam otaknya. Lantas dia bangun. Dia berlari kewad ibunya.
Setelah dibukanya pintu wad, kelihatan ibunya sudah sedar. Farina tiada, mungkin ke tandas?"Ummi, Firash nak kahwin!"tutur Firash sedikit kuat.
Umminya yang sibuk melayan drama yang tah apa dikaca tv menoleh. Lantas ditutup tv itu."Hermm, dengan siapa? AFIFA?"soal Puan Hajjah Faridah.
Firash angguk.
*****
Setelah dua hari cuti, sekolah dimulakan seperti biasa. Namun Afifa tiada. Mungkin keluar negara atau Demam, agak Luqyana.
Seketika bunyi kelas seperti pasar ikan dan ayam, kini senyap tatkala Cikgu Sabrina masuk kedalam kelas."Selamat pagi Cikgu!"laung seorang ketua kelas bernama Tahajuddin.
"Selamat pagi"balas Cikgu Sabrina. Matanya meliar mencari tempat duduk kosong. Kelihatan tiga buah meja kosong. Kemungkinan ponteng.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Cik Ego✔
RandomDia datang mengantikan kekasih lama yang bertapak dihati. Dia pencuri hati yang mampu mencairkan hati seorang gadis yang ego. Bila hati kata rindu tapi mulut menafikan, ego saja lebih. COMPLETED : SEP 2016 Best achivement : #1 in random July/Jun2016...