Afifa menyelongkar seluruh begnya. Mana lah benda alah ni! Time ni lah gawatnya.
Sedang sibuk mencari benda alah ada tangan menepuk bahunya. Seorang gadis yang sama umur dengannya tersenyum melihatnya."Apa hal ni Fifa?"soal Natasha Adina. Salah seorang musuh Afifa. Budak ni baru masuk dua bulan lepas dah berlagak taiko. Lepas tu bajet gedik depan Ammar galah tu.
"Kau ada 'roti'?" Soal Afifa laju. Natasha masih belum paham.
"Mende tu lah, yang perempuan punya" bisik Afifa. Natasha angguk lalu memberikan benda alah itu kepada Afifa secara sembunyi.
"Thanks" ucap Afifa lalu pergi tandas.
"Aku pun mintak maaf sebab langgar kau tempoh hari sampai lengan kau luka. Dan aku mintak maaf lagi sebab buat gedik dengan Ammar. Dan baru aku tahu yang Ammar tu minat kau. Maaf sebab aku buatkan korang hampir putuskan hubungan korang..." tutur Natasha sebak. Dan Afifa menoleh ke belakang. Dia tahu budak ni gilakan si Ammar galah tu. Dan dia salah faham.
"Hey, aku tak ada apa apa hubungan dengan Ammar, lagipun aku ni bakal bini orang dan semestinya bukan Ammar, kau boleh ambik Ammar tu, kalau kau nak lah, kalau kau tak nak, ramai lagi nak kan dia tu" balas Afifa tenang. Natasha lantas memeluk Afifa.
"Thanks maafkan aku"
"Manusia sering buat kesalahan dan manusia juga memaafkan kesilapan orang lain"
"Jadi aku boleh lah ada hubungan dengan Ammar?"
"Yep, boleh apa salahnya. Alu pun gembira tak lah dia susahkan hidup aku lagi" sinis sahaja Afifa berkata lalu pergi ketandas berdekatan.
*****
Cikgu Azli selaku ketua displin menyebut satu persatu nama pelajar yang bakal menduduki peperiksaan nanti. Lagi setengah jam untuk menduduki SPM.
"A'arisa Dania binti Hamdan"
"Saya!"
"Afifa Ameera binti Muhammad Saiful"
Sepi.
Sunyi.
Ramai pelajar mula berbisik sesama sendiri.
Ammar mencari kelibat pengarang jantung buah pinggangnya. Hilang.The 8 roses sudah panik. Ketuanya atau majoriti ramai yang memilih Afifa sebagai ketua.
"Tak apa biarkan dahulu" Cikgu Azli menenangkan pelajar pelajar yang berada dihadapan dewan besar sekolah.
"Ahmad A'Awatif bin Hamdan"
"Saya"
semua nama pelajar yang sebanyak 180 orang telah disebut oleh Cikgu Azli. Kini doa pula dibacakan oleh Ustaz Kamarul.
Setelah meng-amiinkan doa itu, semua pelajar memasuki dewan besar dengan bismillah.Setelah mendapat tempat duduk masing masing, The 8 Roses dan Ammar melihat tempat duduk Afifa yang jauh lah juga, dah semua nama dengan huruf yang lain dari A. barian untuk menduduki SPM menggunakan huruf hadapan nama.
Afifa nombor dua hadapan.
Tengok nama lah.Prittt~~
Bunyi wisel menandakan SPM subjek pertama dimulakan.
Sudah 10 minit berlalu, Afifa masih lagi tiada. Dan bunyi pintu dewan besar sekolah dibuka."Maaf cikgu saya lambat, ada hal tadi" rintih Afifa perlahan. Cikgu Azli hanya mengangguk. Lantas menyuruh Afifa ke tempatnya. Dan kini The 8 Roses mula tenang begitu juga dengan Ammar si galah.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Cik Ego✔
RandomDia datang mengantikan kekasih lama yang bertapak dihati. Dia pencuri hati yang mampu mencairkan hati seorang gadis yang ego. Bila hati kata rindu tapi mulut menafikan, ego saja lebih. COMPLETED : SEP 2016 Best achivement : #1 in random July/Jun2016...