BAB 38

5.1K 167 5
                                    

Harini hari perkahwinan Firash dan Afifa. Hari yang dinantikan oleh Firash dan hari yang Afifa terima Firash sebagai suami.

Afifa hanya beriak biasa tiada apa apa, baju pengantin yang khas untuk nikah sudah disarung kebadan, baju kurung berwarna putih cream . Tudung pula shawl tona sama. Mekap hanya neutral. Tu pun dia berkeras.
Satu keluhan dilepaskan.
Pintu bilik dikuak perlahan.

"Jom dik, pengantin lelaki dah sampai" kata Sofia lalu mengiringi adik iparnya itu.

Lama itu, akad nikah dijalankan.
Afifa masih termenung. Umur 20 dah jadi isteri.

"aku terima nikahnya Afifa Ameera binti Muhammad Saiful dengan 50 dinar emas tunai" lafaz Firash dengan tenang.
Semua menumpukan kearah tok kadi dan Firash.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

Tok kadi mula memanjat doa kehidrat Illahi.
Setelah itu, Firash mula menuju ke Afifa.
Pembatalan wudhuk akan dimulakan.

Firash memegang tangan Afifa, mula mula Afifa mahu saja menepis tangan Firash, bila teringat yang dia sudah jadi isteri sah pada Firash tidak jadi pula.

Firash menyarung cincin dijari manis Afifa dan mula mengucup dahi Afifa lembut.
Kini Afifa pula menyarung cincin dijari Firash, dia mencium tangan Firash lembut.

"Senyum lah sikit, awak tu isteri saya, kan cantik kalau senyum" kata Firash lembut tatkala Afifa mencium tangannya.

Sejuk!

Afifa mula senyum kepada Firash, kau nak sangat aku senyum kan? baik aku senyum.

Setelah itu, mereka menjamu selera.

Jam dinding terus berdetak sehingga pukul 2:30 petang. Kini upacara bersanding pula.

Mula mula terketar ketar juga lah nak naik pelamin ni, last last Puan Sri Fara menggesa mereka berdua dan terus naik ke pelamin,

Guess what? Zarith yang kena jadi pengapit lelaki, dia yang bising terus kena ambik.
Dan pengapit perempuan pula, Farina. Mula mula meroyan tak nak jadi pengapit, lepas tu Zarith jadi pengapit lelaki terus setuju.

Afifa dan Firash duduk diatas pelamin, semua mata memandang mereka.
Afifa apalagi, malu lah weh....
Inai dijari ditatapnya,
Warna merah terang,
Ni kak Liana dan Kak Qasya lah pi buat, dua dua suka inai sampai suami pun kata dah macam penari india ni.

Puan Hajjah Farifah naik ke atas pelamin untuk menyalam pengantin.

"Fifa, jadi isteri solehah tau, jadi isteri yang baik untuk Firash" pesan Puan Hajjah Faridah perlahan. Afifa menyalam Puan Hajjah Faridah sambil angguk.

"ash, jadi suami baik tau, bagi nafkah, jaga makan minum Fifa" pesan Puann Hajjah Faridah kepada Firash.
Firash angguk lalu memandang Afkfa dengan senyuman manis.

*****

Malam sudah menjelma, hari esok adalah sambut menantu sebelah lelaki, harini Firash tinggal dirumah Puan Sri Fara.

Watt!!! Sebilik dengan Afifa.
oh em ji.

"Awak tidur sini eh malam ni?"soal Afifa yang masih beluk menggantikan baju kurung petang tadi, sepatutnya pakai baju tidur. Firash yang lengkap memakai baju tidur menoleh Afifa dipintu bilik Afifa.
Firash angguk.

"Oh, oke.."Afifa menutup pintu, dia teragak agak mahu membuka tudungnya.

Firash yang melihat Afifa yang dari duk terkira kira nak buka tudung, kesian lak.

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now